Program Kongsi Resepi Dapat Duit Tajaan Blog Hairul.com
Resepi Kuih Cara Manis ini kiriman Cik Azriey Amriey. Jom kita pelajarinya.
Bahan-bahan Resepi Kuih Cara Manis:
100gm tepung
200ml santan sederhana pekat/susu segar
1 sudu besar jus pandan (jun guna esen pandan sbb daun pandan x d)
1 biji telur
1/2 sudu teh garam
beberapa titik pewarna hijau (lg sdp gunakan air pandan)
gula sebagai inti
Cara Membuat Resepi Kuih Cara Manis:
1. Campurkan tepung, santan, telur dan garam. Kacau rata. Kemudian masukkan jus pandan atau pewarna hijau sedikit. Jika terlalu berketul, tapis.
2. Panaskan acuan, lengser ngan minyak. Masukkan adunan tepung, biar sekejap, masukkan 1/2 sudu teh gula atas setiap satu kuih dan tutup acuan sebentar.
3. Pastikan api kecil supaya kuih tidak hangus, sbb kuih ni cepat masak, dalam 1-2 minit aje..
Hairul.com: Terima kasih kepada Cik Azriey kerana sudi berkongsi resipi kuih cara manis
Leave a Reply