Program Kongsi Resepi Dapat Duit Tajaan Blog Hairul.com
Resepi bihun goreng tomyam ini kiriman Cik Aina Eira. Jom kita pelajarinya.
Bahan-Bahan Resepi Bihun Goreng Tomyam:
1/2 bungkus bihun
2 paket paste tomyam adabi
1 ketul dada ayam sederhana (chicken keel) – dipotong kecil-kecil
10-15 ekor udang saiz sederhana
1 batang lobak merah saiz kecil – dipotong panjang
1 pokok sawi – dipotong
Sedikit bunga kobis – dipotong
2 cawan air
2 ulas bawang putih – dicincang halus
1 sudu besar cili boh
garam secukup rasa
minyak masak secukupnya
bawang goreng sebagai hiasan
Cara Membuat Resepi Bihun Goreng Tomyam:
1. Rendam bihun sampai agak lembut dalam air biasa. Kemudian, bilas dengan air bersih dan toskan.
2. Tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan cili boh dan paste tomyam adabi.
3. Masukkan ayam dan goreng sebentar. Kemudian masukkan air. Diikuti udang, lobak merah, bunga kubis dan sawi.
4. Reneh selama 10 minit dengan api sederhana. Masukkan garam secukup rasa.
5. Akhir sekali masukkan bihun yang ditoskan tadi. Goreng sehingga bihun masak dan kuahnya mengering sedikit.
6. Sedia dimakan panas-panas dengan taburan bawang goreng.
Selamat mencuba! 🙂
Hairul.com: Terima kasih kepada Cik Aina kerana sudi berkongsi resepi Bihun Goreng Tomyam
.
lindaannur says
Salam hairul nak tanya sikit…
Tiap gambar nak kena ambil dengan thumbs up ke??
Kita ada Resepi kek coklat ais krim oreo…
Tapi gambar je…
Thumbs upnya takde..
Boleh ke?
Hairul Hissam says
Sorry kak linda.. memang kena ada tangan sendiri bagi membuktikan gambar itu milik kita. Kalo tidak… ramai la yg akan ambil gambar dari internet. nanti…apa kata akak buat semula. 😀 … tqvm kak linda kerana sudi menyertai..