Tiba-tiba tahun nie minat pula bela arowana. Sampai berjenis-jenis arowana yang dibeli. Tapi yang paling cantik ialah super red. Kilauan merah birunya menusuk jiwa dan kalbu. So dalam artikel nie saya nak berkongsi cara membela arowana dari pengalaman. Sebelum tu jom lihat dulu testimonial kek butter red valvet super moist.
Wah sampai berkotak-kotak jual kek butter di office. Kalau kek butternya super sedap, super gebu dan super moist, insyaAllah ordernya non-stop. Hanya belajar dengan dvd jee dah boleh berjaya buat bisnes kek. Anda juga boleh belajar dengan klik link ini: resepi kek butter
Cara Bela Arowana
Cara bela arowana nie tak deee laa susah sangat. Ikan nya tahan lasak dan payah nak kiok. Dan umurnya panjang pula tu sampai 30 tahun. Sisiknya pula memang cantik. So sangatlah berbaloi membelanya.
Inilah 4 ekor arowana kesayanganku. Super red, golden crossback, bluebase crossback dan mgbb. Kecik lagi boleh lah bela banyak-banyak. Tapi bila nak besar nanti memang tak muatlah akuarium tu. Nak kena clearkan juga dua ekor nanti.
Makanan Arowana
Kalau korang nak bela arowana, eloklah cari yang dah siap train makan pellet. Kalau beli jenis makan benda hidup macam saya punya, teruk juga nak beli makanannya selalu.
1. Ulat kecik (mealworm). Ini makanan paling murah dan senang bela. Saya biasa bagi ulat kecik nie makan oat atau nestum. Memang cepat dia gemuk. Ulat kecik nie tak boleh kena air. So kena letak di tempat yang berangin, tidak panas dan tidak lembab. Kalau tak pernah tengok ulat kecik boleh lah tengok di link ini
2. Ulat besar. Ini saya tak galak bagi makan. Sebab ulat besar nie kulitnya tebal dan susah nak hadam. Ada seller cerita tentang ikan arowana dia mati. Bila belah perutnya, penuh dengan kulit ulat.
3. Cengkerik. Kekadang beli juga cengkerik nie. Cuma cengkerik nie susah nak bela. Biasa lepas 2 hari mesti banyak cengkerik yang akan mati. So tak boleh beli untuk stok seminggu. Ada juga cengkerik yang saya frozenkan. Dan bagi makan masa cengkerik tu beku. Lama-lama makan juga arowana tu
4. Katak. Memang syok tengok arowana makan katak. Arowana pun akan cepat besar. Cara bela katak, kena letak dalam bekas yang berisi air. Paras air hingga paras bawah mulut katak. Lepas tu kena rajin tukar air dia. Kalau tak nanti air kencing katak tu akan bunuh katak tu. Boleh bagi katak tu makan pellet atau ulat kecik. Boleh juga frozenkan.
5. Anak ikan. Kalu balik kampung, saya letak lee banyak-banyak anak ikan dalam akuarium tu. Pandai-pandai lee dia tangkap dan makan. Cuma kalau bagi anak ikan, arowana jadi lebih agresif laa.
6. Anak lipas (dubia). Nie bukan lipas yang kat rumah tu. Lipas nie khas untuk arowana. Saya bagi makan oat je pada anak lipas nie. TApi harganya mahal sikit.
Cara train arowana makan pellet: Caranya kena biarkan arowana lapar dalam 3 hari. Kemudian baru bagi dia makan pellet. Kalau lepas 15 minit dia tak makan, kena buang pellet tu. Esoknya try lagi bagi dia makan . Kalau tak makan, try lagi esok. Sampai laa dia makan. Tapi syaratnya kena ada ikan-ikan lain di dalam aquarium yang makan pellet tu. Kalau tak, arowana pun tak tahu pallet tu boleh dimakan. Nak campur dengan ikan biasa, kena campur banyak. Beli laa 5-7 ekor leporinus/parrot/silver dollar ke. Untuk gambar leporinus, klik di sini.
Bila ikan dah besar, elok train makan ikan pasar atau udang dengan cara yang sama. Badan arowana gemuk baru cantik. Makan pallet tak gemuk sangat leee.
Cara Tanning Arowana (Naikkan Kilat Sisik)
Kalau bela arowana, tapi tak tanning… memang tak berkilau lah sisik arowana. Tanning nie ialah kita guna lampu florescent untuk naikkan kilat sisk arowana. Caranya mudah sahaja.
Step 1: Dari size 5inci hingga 11inci: Apa sahaja jenis arowana guna lampu florescent. Yang bagus jenis bulb e27 philip tornado 24w daylight. Untuk gambarnya klik sini. Sambung sendiri wayer, plug dan bulb holder dan mentol. Mula2 buka lampu dalam 6jam dulu. Tengok arowana ok, baru tambah kepada 12jam. Kalau arowana tak de meragam tak makan, tambah laa kepada 18jam. Jangan lebih. Kesian arowana tu. Background poster mesti putih untuk semua arowana. Ini untuk kilatkan baris sisik ikan hingga ke level lima atau enam (atas cross). Ketinggian air akuarium dalam 11inci shj.
Step 2: Bila size arowana 12inci, tutup lampu dan biar bergelap selama sebulan dengan background poster hitam. Wajib guna background hitam untuk semua jenis arowana. Kalau background putih, tak jadi taw. Ini untuk naikkan base iaitu warna kulit dan tingkatkan shinning arowana.
Step 3: Lepas siap step 2, baru tukar background poster bergantung pada ikan arowana. Kalau golden guna background putih. Kalau super red, tongyan atau blue base guna background poster biru. Pada waktu nie boleh tukar lampu florescent kepada lampu led uv ikut warna yang korang suka. Nak guna e27 tornado pun boleh. Pada waktu nie boleh isi air akuarium tinggi. Tapi letaklah benda terapung atas air untuk elak mata arowana drop eye atau mata turun ke bawah.
Cara Air Akuarium Arowana Tak Keruh
Kalau malas selalu tukar air, beli jee akuarium kabinet yang siap filter tank dibawahnya. Memang berbulan-bulan tak payah tukar air jika tak terover bagi makan. Sebab makanan ikan yang buat air akuarium keruh. Cara lain guna blue top filter. Ada dalam gambar akuarium saya tu yang belah kiri. Itu pun buat air akuarium jernih lama. Kalau nak tengok lebih jelas blue top filter, boleh tengok di link ini
Sekarang pencarian arowana ku dah berakhir. Tinggal bela dan pilih dua yang tercantik. Sebab bila dah besar nanti saiznya, mak datuk. Besar saiznya, besarlah perutnya. Bertambah kopak leeee dompet ku…
Psst: kalau korang mencari arowana, boleh beli dari klang arowana proshop. Dia pun ada buat service pos arowana ke rumah. Nie link fbnya >>> Klang Arowana Proshop
mrhanafi says
hebat la bro..
dah ada hobi baharu..
lepas ini bila dah ikan banyak boleh la jual satu persatu satu..
rasanya tidak kot kecuali bro buat DVD cara menternak Arowana supaya ganteng dan mantap ..
hahahahha yang itu saya gurau je kerana saya tahu bro ada bakat dalam bidang sifu (kejurulatihan )
Hairul Hissam says
Saya pun ada terfikir juga bro buat bisnes arowana. heeee
sebab harga arowana mahal bermakna untungnya terover besar..
cuma arowana nie susah untuk biakan dia
mrhanafi says
yalah kan..
sebab itu harganya cukup mahal..
apa-apapun semoga terus sukses bro..
aamiin
Hairul Hissam says
Kalau pandai biakkannya.. mmg cepat kayo.. heee
mrhanafi says
hahaha…
in shaa Allah kalau ia jadi as-sebab jadi kaya bro..
saya memang tumpang gembira dan seronok
abam kie says
menengok ikan arowana berenang di dlm akuarium ni boleh menjadi terapi minda..
Hairul Hissam says
Mmg betul tu bro.. rasa tenang dan mengasyikkan..
tu yg syok tak terkata..
anies says
membela haiwan ni secara tak langsung mengajar kita jadi rajin kan… 😉
Hairul Hissam says
Rajin melayan arowana dan juga leka melayan arowana. heee
akubiomed says
Suatu ketika dahulu pernah beli ikan akurium. Masalahnya bila bercuti panjang. Balik dari cuti ikan macam tak sehat dan mati. Sejak itu serik nak bela ikan. Susah hati tinggal rumah.
Hairul Hissam says
Kalau bercuti panjang boleh guna auto feeder yg boleh set masa bagi makan ikan. Atau ada satu lagi makanan ikan yg keras byk dijual di kedai ikan. Ia akan hancur perlahan-lahan dalam masa dua minggu untuk ikan makan.
AhmadiKatu says
wah hebat la tuan, semangat ni lihat akuarium tuan. saya pula hanya penggemar aqua tropica. Tapi kalau ada peluang untuk bela arowana memang nak juga cuma masih tak mampu
Hairul Hissam says
Mmg syok bela arowana nie banding dgn ikan lain. mungkin sbb tu harganya mahal sedikit. Tak pe bro. slow2 simpan duit.
Raihanah says
sedapnya kek tu boleh buatlah juga
Hairul Hissam says
sedapx3
Ummi Hanie says
aduhduhh chef.
termimpi2 lak saya nak blajar buat kek super sedap ni
Hairul Hissam says
cepat belajar.. cepat boleh buat duit. heee
intan says
thanks for sharing
Hairul Hissam says
welcome..
ohpt3 says
nak jaga ikan arowana ni kena hati2 juga.. tak bole simpan tmpat umum.. sbb takut budak-budak bagi makan yang lain-lain atau berlebihan…
Hairul Hissam says
ikan arowana tak macam ikan emas bro.. ikan emas makan tak henti2 dan bedal apa shj yg menyebabkan dia sakit.. Ikan arowana nie sgt memilih makanan dan bukan jenis ikan yg makan non stop.
encikhafiz.my says
terbaik artikel ni, saya juga pernah nak beli arowana tapi takut mati sebab pernah beri makanan yang salah lol 😀
Hairul Hissam says
teringat pula kedai cerita.. ada customer dia.. mak customer dia spray dubia dia dgn racun seranga.. Dia tak tahu dan beri arowana makan.. mati arowana dia..