.
Resepi cream puff ini merupakan kiriman pembaca iaitu Kak Raja. Wah nampak creative sungguh bentuk cream puff ini. Nak makan pun sayang. Kalau nak buat hiasan pun boleh. Jom kita cuba membuat resepi ini iaitu cream puff bentuk swan ini.
.
Resepi Cream Puff Creative
Bahan-Bahan Resepi Cream Puff
200 ml air
90 gm butter
120 gm tepung gandum
4 biji telur(200gm)
Cara Membuat Resepi Cream Puff
1. panaskan oven pada suhu 200C dan sapukan butter atas loyang
2. Pukul telur sehingga telur kuning dan telur putih bercampur.
3. Tepung gandum di ayak. Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.
4. Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat. Elok guna whisk.
5. Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. 6. Kemudian padamkan api. Masukkan telur, kacau cepat-cepat. Siap adunan resepi cream puff.
7. Masukkan adunan cream puff ke dalam piping dan pipe kan ke atas dulang bebentuk bulat. Pada bahagian atas, tekan sikit dgn jari yg dicelup air. Setelah siap, spray permukaan cream puff dengan air.
8. Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 25 minit. Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan.
9. Selepas cream puff yg dimasak sejuk. Piping kedalam cream puff dengan resepi kastard mudah dibawah. Caranya cucuk sahaja piping ke dalam cream puff dan tekan isi piping ke dalamnya. Cuck dari bahagian bawah.
Resepi Kastard mudah untuk dalam cream puff: 1 cwn instant custard + 3 cwn air suam. Kacau rata. Jika terlembik tambah custart, jk terlalu pejal, tuang sikit air. Dan masak di atas api sehingga ia pekat.
Cara buat bentuk swan untuk resepi cream puff creative
Cream puff yg sejuk di potong melitang dan potong dua memanjang untuk bahagian atas. Cucukkan kepalanya dan kapitkan dengan dua kepak (cara buat kepala : guna dough tadi dan paipkan bentuk ‘?’ . Seterusnya picit kuat sikit di lenkungan kepala untuk membentuk paruh kepala. Selepas siap, bakar dalam oven)
Hairul.com: Terima kasih kak raja di atas kiriman resepi cream puff berbentuk swan creative ini. Memang creative. Di hotel dulu selalu juga buat cream puff ini. Cuma adunan yang masak tu kita pukul dengan telur menggunakan mixer heavy duty. Tapi saya tak terfikir pula buat bentuk swan yang creative ini. Kalau buat tentu gempak. Selamat mencuba resepi cream puff ini.
UmmiKami says
Salam manis kuih bakul 😀
Pak tua kuat dan masih pantas,
Bermain rodat memakai sampin;
Bila melihat kuih di atas,
Ingin ku buat hantaran pengantin. 😀
Hairul Hissam says
wsalam.. kurangkan manis dalam kuih muih… 😀
Mmg sesuai sgt buat hantaran tuk kak ummi..
TehR says
aku tak tahu pulak nak makan yang mana dahulu
kepala atau badan
hehe rasa sayang pulak
comel sangat tu
Hairul Hissam says
Mmg comel bro tehr.. tentu rasa sayang bila nak makan…. 😀
puteri kasih says
memang kreatif..sesuai dihidangkan untuk majlis yang istimewa kan 🙂
Hairul Hissam says
betul tu cik puteri… tentu menjadikan majlis lebih diingati… 😀
puteri kasih says
nak juga belajar membuatnya nanti 🙂
Hairul Hissam says
Semoga berjaya membuatnya.. Tentu keluarga cik puteri sukakannya 😀
nurmisnan says
Memang awesome lah cream puff angsa ni brother..
lu memang ketip betul.. hik3…
balik nanti aku cuba nooo
Hairul Hissam says
Selamat mencuba. kak nora.. 😀
Denaihati says
boleh juga naikkan selera kot, terutamanya anak2.
Hairul Hissam says
Betul tu.. kalau kanak2 mesti suka 😀
Juadah says
Pernah buat cream puff bentuk biasa tu. tapi tak pernah menjadi. adeh laa.. dia jadi leper. tak mengembang di bahagian dlm..huhu
Hairul Hissam says
Mungkin boleh cuba resepi ini… InsyaAllah jadi 😀