Program Kongsi Resepi Dapat Duit Tajaan Blog Hairul.com
Resepi Roti Jala Berinti ini kiriman Cik Azriey Amrie. Jom kita pelajarinya.
Bahan-bahan Kulit Resepi Roti Jala Berinti :
2 cawan tepung gandum
2 cawan air
1 bij telur
1 sudu kecil garam halus
beberapa titik pewarna kuning
Bahan Inti Resepi Roti Jala Berinti :
1 tin besar sardin – buang sosnya
1 labu bawang besar – dadu
3 ulas bawang putih – cincang
2 sudu besar cili kisar
sedikit air asam jawa
garam dan gula secukup rasa
Cara Membuat Resepi Roti Jala Berinti:
1. Untuk Roti Jala – Masukkan semua bahan dalam blender. Blend hingga semua sebati. Perapkan selama 1/2 jam. Sediakan kuali leper non-stick dan ceduk adunan dengan acuan roti jala dan tebar/kirai adunan atas kuali. Gunakan api perlahan. Masak lebih kurang 1 minit. Angkat dan gulung atau lipat ikut suka.
2. Untuk Inti – Panaskan minyak, tumis aja lah bawang besar dan bawang putih hingga naik bau dan masukkan cili kisar. Masukkan air asam jawa dan sardin. Masak sebentar sambil dihancur-hancurkan isi sardin. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Masak biar agak pekat. Angkat dan sejukkan. Sediakan roti jala dan lipat sikit tepinya dan letakkan inti sardin tadi. Lipat pula tepi kiri dan kanan roti jala dan gulung seperti kuih dadar tu. Buat hingga habis.
Hairul.com: Terima kasih kepada Cik Azriey kerana sudi berkongsi resipi roti jala berinti
Leave a Reply