Program Kongsi Resepi Dapat Duit Tajaan Blog Hairul.com
Resepi Cendawan Masak Lemak ini kiriman Puan Sumi. Jom kita pelajarinya.
Bahan-Bahan Resepi Cendawan Masak Lemak
1 mangkuk cendawan segar atau cendawan tiram
sedikit ikan bilis yang tumbuk kasar
2 cawan santan
2 batang serai
1 biji bawang besar*
2 ulas bawang putih*
8 biji cili padi*
2cm kunyit hidup* (*dikisar halus)
sedikit garam
Cara Membuat Resepi Cendawan Masak Lemak:
1. Masukkan sedikit minyak dalam kuali. Tumis ikan bilis, bawang besar, bawang putih, cili padi, kunyit hidup dan serai.
2. Masukkan cendawan masak sekejab.
3. Selepas itu masukkan santan dan garam secukup rasa. Masak dengan api perlahan sambil dikacau selalu.
4. Bila kuah mendidih, angkat dan sedia untuk dihidangkan bersama nasi panas. Selamat mencuba.
Hairul.com: Terima kasih kepada kerana sudi berkongsi resipi cendawan masak lemak
Leave a Reply