Pernahkah mengalami rasa tension, risau dan bimbang?. Semua orang pasti pernah merasainya. Bagi pelajar risau dengan keputusan peperiksaan atau temuduga kerjanya. Bagi mereka yang bekerja pula, risau dengan kerenah bos, masalah kerja dan sebagainya. Manakala ibu bapa pula, risau dengan anak-anak, masalah kewangan dan sebagainya. Tentunya anda tidak mahu kebimbangan ini terus menghantui diri anda.
Sebenarnya Islam telah memberi panduan yang cukup baik dalam menangani masalah ini. Salah satunya ialah prinsip usaha, doa, tawakal dan redha dalam Islam. Sebenarnya prinsip ini menjadikan hati kita lebih tenang dan pemikiran kita lebih fokus. So jika anda terasa sangat tension dan bimbang, ia satu signal “Oh aku sebenarnya tidak amalkan prinsip usaha, doa, tawakal dan redha dalam diri aku”
Pada saya, prinsip ini adalah cara terbaik menghilangkan rasa tension, risau dan bimbang. Secara ringkas prinsip ini memerlukan kita berusaha bersungguh-sungguh dalam melakukan apa sahaja kerja. Selepas berusaha kita berdoa memohon bantuan dari Allah s.w.t. Seterusnya kita berserah dan redha pada ketentuan Allah. s.w.t.
Ini bermakna selepas kita berusaha, kita tidak perlu lagi memikirkan sangat hasilnya. Kita lebih bersikap positif, “Aku dah buat yang terbaik untuk kerja ini, terserahlah kepada Allah s.w.t. menentukan apa yang terbaik buat diriku” Ini membuatkan hati kita lebih tenang. Barulah fikiran dan emosi kita lebih fokus untuk berusaha bersungguh-sungguh untuk kerja yang lain pula.
Dan apa jua hasilnya samada baik atau buruk, kita redha. Kita yakin bahawa segala ketentuan Allah adalah yang terbaik buat diri kita. Kita yakin Allah s.w.t maha mengetahui apa yang terbaik buat diri kita. Dengan ini, apabila hasilnya kurang baik, kita tidaklah keluh dan kesah. Kita tidaklah tension yang melemahkan semangat kita. Malah kita lebih bersemangat untuk terus berusaha, memperbaiki dan buat yang lebih baik
Jadi selepas ini, apabila anda terasa sangat risau atau bimbang. Ia sebenarnya satu signal. Satu signal menunjukkan anda tidak mengamalkan prinsip usaha, doa, tawakal dan redha dalam kehidupan anda. Oleh itu, kita bertanggungjawab mendidiklah diri kita dan keluarga kita dengan prinsip ini. Barulah kehidupan kita lebih tenang dan ceria dan bahagia. Nasihat ini juga ditujukan pada diri saya yang serba kekurangan. Nantikan artikel Part 2 ya 😀
Shasha Catering says
Doa, tawakal dan redha.
Terima kasih di atas perkongsian yang diberikan
Hairul Hissam says
tq kembali 😀 . Bersama-samalah kita amalkan utk kebahagiaan hidup kita 😀
hatiputera says
Terima kasih kerana sudi berkongsi artikel yang amat berguna ini.
Hairul Hissam says
tima kasih kembali En Putera 😀
yas says
Yang penting usaha bersungguh dulu pas tu baru la bertawakal…kalau usaha kureng tp nak hasil lebih mana nak jadi kan bro…
Hairul Hissam says
Benar tu En Yas.. Usaha tu sangat penting. Kena usaha bersungguh-sungguh dulu, barulah bertawakal.. 😀
titan says
itulah. orang kita ni memang mudah lupa..
Hairul Hissam says
Marilah kita memperingatkan yg lupa … 😀
Pyna says
Sy sangat setuju dgn apa yg ditulis dlm artikel ini. Setelah berusaha sehabis baik dan berdoa kita perlu bertawakal dan redha dgn apa yg Allah tentukan buat kita kerana Allah adalah perancang yg terbaik utk kita kerana kita tak tahu apa sbnrnya yg terbaik utk diri kita…
Hairul Hissam says
Yakinlah semua ketentuan Allah s.w.t adalah yg terbaik buat diri kita… 😀
kak long says
Tarima kasih atas perkongsian ilmu
Hairul Hissam says
Tq kembali Kak long 😀
suri says
ingat sllu setiap masalah dan dugaan tu ada hikmah dan lalui dg lapang dada..
Hairul Hissam says
Benar tu.. tentunya ada hikmah untuk kebaikan kita dunia dan akhirat… kan cik suri… 😀
akubiomed says
Tidak berputus asas meminta bantuan daripada Allah SWT.
Hairul Hissam says
dan juga tidak berputus asa dlm berusaha…… 😀