Kiriman Kak Raja (Program Kongsi Resepi Dapat Duit Tajaan Blog Hairul.com)
Resepi Mee Bandung Muar ini kiriman Kak Raja. Memang nampak menyelerakan mee dia tu. Tengok pun dah tahu sedap mee bandung tu. Ala Muar lagi. Kalau buat sendiri baru puas hati makan mee nie. Jom kita pelajarinya
Bahan-bahan Resepi Mee Bandung Muar
1 paket cili kering (rebus jab)
1 labu bawang putih
2 biji bawang besar (sy sk gn bwg bsr sbb sng nak kupas)
2 paket udang kering
15 udang hidup
200g daging (rebus n simpan airnya)
Sayor (bunga kobis, sawi, karrot)
Sedikit gula, garam, sos tiram
3 – 4 cawan air rebusan daging
1 sudu makan sos tiram
Telur ayam untuk tiap pinggan
Cara membuat Kuah Resepi Mee Bandung Muar:
1. Kisar cili kering, udang kering, gula, bawang putih, bawang besar seperti dalam resepi.
2. Panaskan kuali dgn sikit minyak dan tumis bahan-bahan mee bandung tadi.
3. Masukkan air rebusan daging dan 2 sudu besar sos tiram
4. Masukkan udang, daging (boleh letak sotong, ayam, fishcake dan lain-lain)
5. Masukkan sayur dan tambah air rebusan daging jika nak lebih kuah
Masa nak hidang, panaskan kuah dan masukkan telur sampai separuh masak. Masukkan sikit sayur .
Kemudian letakkan mee dalam pingan dan tuang kuah dan pastikan telur berada diatas mee. Taburla bwg goreng ke daun bawang dan cili untuk mee kelihatan cantik
Hairul.com: Terima kasih kepada Kak Raja Kerana sudi berkongsi resepi mee bandung muar ini
hafizmd says
yeay! ada resepi mee bandung kat sini..
akan dicuba dalam masa terdekat… =)
thanks bro hairul n kak raja
Hairul Hissam says
selamat mencuba bro.. tentu isteri bro suka.. 😀
NorHana says
Ade satu benda tinggal tu..kacang tanah kisar kasar..itu dia punya rahsia yg buat dia lg lemak..yummy
Hairul Hissam says
Terima kasih atas tips rahsia tu… tentu lagi sedap..
azlina hamdan says
saya suka tengok resepi mi bandung yang pelbagai..
peberet sungguh …
Hairul Hissam says
selamat mencuba resepi ini dan semoga berjaya buat mee bandung ini..