Program Kongsi Resepi Dapat Duit Tajaan Blog Hairul.com
Resepi kuey teow goreng basah ini kiriman Cik Kamsiah. Jom kita pelajarinya.
Bahan-Bahan Resepi Kuey Teow Goreng Basah
1 bungkus kuey teow [Direndam dulu,Celur dalam air mendidih di atas api,angkat dan di toskan.
4 Tangkai daun sawi
30Gm isi ayam [di potong kecil]
2 Biji bawang besar [di kisar halus]
2 Biji bawang putih [di kisar halus]
5 Tangkai cili kering [dikisar halus]
4 Sudu mkn perencah char kuey teow
2 Sudu mkn sos tomato
3 Sudu mkn kicap mee
Garam seculup rasa
Air [ikut kita nk letak banyak mana]
Minyak untuk menggoreng secukupnya
Hiasan Resipi Kuey Teow Goreng:
Bawang goreng
1 Ketul tauhu [di goreng]
Cara Membuat Resepi Kuey Teow Goreng Basah:
1. Panaskan minyak dalam kuali.tumis bwg besar dan bwg putih sehingga berbau wangi.
2. Selepas itu, masukkan cili kisar dan tumis sehingga pecah minyak..dan kacau sehingga sebati.
3. Masukkan isi ayam dan goreng sehingga masak.
4. Masukkan air,sos tomato,perencah char kuey teow dan kicap mee dan garam secukup rasa..kacau
hingga rata.
5. Selepas itu, masukkan sawi dan gaul hingga rata
6. Setelah mendidih, masukkan kuey teow dan gaul sehingga sebati selama 3 minit.
7. Bila Sudah masak,angkat dan sedia dihidang bersama bahan hiasan.
Hairul.com: Terima kasih kepada Cik Kamsinah kerana sudi berkongsi resepi kuey teow goreng basah
Sri says
Salam Hairul. Mana nak beli perencah char kuey teow tu ye?
Hairul Hissam says
Ini artikel kiriman pembaca bukan artikel saya.. 😀