Program Kongsi Resepi Dapat Duit Tajaan Blog Hairul.com
Resepi: Ikan Bawal Masam Manis ini kiriman Ummi’s Kitchen. Jom kita pelajarinya.
Bahan-Bahan Resepi: Ikan Bawal Masam Manis :
– 1 ekor ikan bawal
– 1 bawang besar dihiris bulat2
– 3 biji bawang putih dihiris nipis2
– sedikit halia dihiris nipis juga
– sos cili
– sos tomato
– sos tiram sikit
– nenas dalam tin dipotong 4
– 2 biji tomato dipotong dadu besar
– garam dan gula secukup rasa
– sedikit air
– lobak dipotong kecil memanjang
– satu cili merah besar dibelah 2
– sedikit cuka
– sedikit minyak untuk menumis
Cara Membuat Resepi: Ikan Bawal Masam Manis :
– ikan digoreng terlebih dahulu jangan terlau garing
– panaskan minyak dan tumis bawang2 dan halia
– masukkan lobak, cuka, sos cili, sos tomato dan sos tiram
– masukkan sikit air
– masukkan nenas dan ikan
– masukkan pula tomato hiris dan gula serta garam seckup rasa
– masak hingga semua bahan sebati
– siap!
Hairul.com: Terima kasih kepada Puan Ummi kerana sudi berkongsi resipi ikan bawal masam manis
akubiomed says
Ini mesti masakan Bawal Power. 🙂
Hairul Hissam says
Memang power dan menyelerakan bro 😀