Petua ini kiriman Cik Rozimariati (Azriey amrie) dalam Kuiz Kongsi Petua dapat hadiah
Sesekali terjadi gulai yang kita masak terlebih garam. Menjadikan gulai terlalu masin dan tidak boleh dimakan. Rugi kalau dibuang. Disini, saya ingin kongsi petua cara utk kurangkan masin dalam masakan.
.
Petua Cara Kurangkan Masin Dalam Masakan
1) Ambil sedikit daun pisang, cuci bersih2, masukkan ke dalam masakan tadi,.
2) Masukkan beberapa biji kentang yg dipotong dadu, biarkan kentang empuk dan keluarkan semula.
3) Setelah gulai mendidih, tutup api dan periuk. Biarkan beberapa minit, angkat tutup periuk dan basuh.. Tp, jangan keringkan tutup periuk tersebut. Tutup semula gulai td dgn tutupnya yg sudah dibasuh..
Selain itu, untuk mengetahui sama ada masakan kita cukup masin atau tidak, letakkan setitik kuah di atas kuku ibu jari tangan anda. Jika didapati bulatan itu berbentuk kecil dan kemas bermakna telah cukup rasanya.
Admin: Tima kasih Cik Rozimariati atas kiriman Petua Cara Kurangkan Masin Dalam Masakan ini 😀
P/s: Jangan lupa membaca artikel sebelum ini iaitu Petua cara mengelakkan rambut beruban. Tapi sebelum itu, kliklah button Like. Baru saya tahu anda sukakan artikel ini.
Adif Fida says
petua yg cukup menarik…kentang tu dah biase buat…
tang letak kuah kat kuku pestime dngar…camtu eh
letak time panas2 atau suam2 gitu?
azrie amriey says
letak suam2 pun xpe… ada org letak kt hujung jari… klau rasa perit, mknanya terlebih garam…
mak lagenda says
Menarik semua petua di atas. Yg biasa buat, guna kentang tuh lah wlupun pernah dgr jugak petua lain2 tuh.
gloryatie says
yela, bagusla petua nih. boleh try ni, labih2 lagi yang main test tu. habis kalau terlebih masin ape yang terjadi kat kuah tu atas kuku tadi ek?
azrie amriey says
klau kuah 2 terlebih masin, dia meleleh ats kuku td…. mknany xde bulatan kecil ats kuku… 🙂
ciksembang says
mmg penuh dengan koleksi petua ni..
choco nila says
x penah terfikir ade petua camni ..sesuai untuk bulan puasa nnti.. kalau terlebih masin nnti boleh ade darah tinggi pulak