Sebelum kita ke 5 sebab kegagalan bisnes makanan gagal, saya ingin berkongsi satu email dari pembeli www.rahsiabun.com. Emailnya agak ringkas. Namun email ini membuatkan saya tertanya-tanya. “Apa yang tak wajar nie?”. Bila baca ayat seterusnya, baru saya paham. Jom baca emailnya dibawah:

Setakat ini, saya tak de plan nak naikkan harga. Nak tambah lagi ilmu di dalam rahsia bun ada laa. Cuma tak de kesempatan laa sebab nak kena fokus pada produk seterusnya. Tapi tak tahulah kalau saya berubah fikiran di masa depan untuk menaikkan harganya. Manalah tahu kan. 😛
5 Sebab Kegagalan Bisnes PENJAJA Makanan
Sebab 1. Masakan Tidak Sedap. Tiada siapa suka ke kedai makan yang tidak sedap kan. Sebab itu sebelum menjual, bagi test dulu pada jiran-jiran, rakan-rakan atau saudara mara. Dapatkan komen ikhlas dan perbaiki lagi masakan anda. Usaha ini akan meningkatkan lagi peratusan pembeli anda, insyaAllah.
Sebab 2. Harga Masakan Sangat Mahal. Sebelum menjual, pastikan anda survey/tinjau terlebih dahulu harga di tempat anda. Pastikan harga masakan anda tidak terlalu mahal dibandingkan harga di kedai lain. Jika lebih mahal, pastikan kuantiti masakan anda lebih banyak atau lebih special.
Sebab 3. Makanan Kelihatan Tidak Menarik. Masakan kurang menarik memberi gambaran yang masakan anda tidak sedap. So perlu usaha memperbaiki masakan anda di segi rupa, tekture, warna. presentation dan keunikkannya. Sebab dari mata, jatuh ke hati. Dari matalah membuatkan orang membeli atau sebaliknya.
Sebab 4. Tidak Memberi Keselesaan Pelangan. Saya suka pecahkan kepada keselesaan fizikal, minda dan emosi pembeli. Senyuman anda memberi keselesaan emosi pelangan anda. Kebersihan dan kekemasan kedai memberi keselesaan minda pelangan anda. Kalau kotor, pelangan akan mula fikir yang bukan-bukan. Tempat parking dan susunan peralatan memberi keselesaan fizikal kepada pelangan anda.
Sebab 5. Tidak Konsisten. Hari nie sedap, esok tak sedap pula. Hari nie murah, esok mahal pula. Hari nie mesra, esok masam mencuka pula. Hari nie kedai buka, esok tak buka kedai pula. Jika anda tidak konsisten, pelangan akan serik ke kedai anda. Terutamanya pada rasa masakan. So elakkan teknik campak mencampak dalam memasak. Elok gunakan sukatan sama ada guna gm, cawan, senduk atau sebagainya. Ini menjadikan rasa masakan anda lebih konsisten.
Sebagai peniaga, anda kena extra berhati-hati dalam percakapan anda. Dalam Islam sendiri banyak menekankan tentang bahaya mulut. Kerana bahaya mulut inilah penyebab pergaduhan, permusuhan dan juga buatan orang(sihir). Amalkan apa yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. “Bercakap baik atau diam”. Simple je, tapi membuatkan hidup bahagia dan bisnes anda terus maju, insyaAllah.
Amirul says
Sangat setuju… kadang2 muak dan sesetengah kedai makan mcm ni… sekali ja la datang lepas tu memang tak datang dah
Hairul Hissam says
Mmg merugikan peniaga, bila pelangan dah serik atau muak spt kata bro amirul 😀
Mizz Aiza says
teringat kembali sebuah kedai makan ketika aiza belajar di terengganu dahulu.. harganya sangat murah walaupun rasa makanannya biasa-biasa sahaja.. ramai student yang suka membeli dan makan di kedai itu..
Hairul Hissam says
SAya pun masa student dulu pun suka ke kedai yg murah dan rasanya biasa2 je. Ramai juga student masak nasi sendiri dan beli lauk di kedai untuk berjimat cermat. 😀
Ummi Hanie says
menggoda hati rasa nak beli panduan buat bun ni 🙂
Hairul Hissam says
Jangan tunggu lama2 . heee 😀
akubiomed says
Pandangan saya, pelanggan tidak kisah berbelanja lebih asalkan ia sedap.
Hairul Hissam says
Tapi sebenarnya bergantung juga pada kewangan pembeli juga..
Masa saya kerja dulu, ramai staff yg merungut dan membandingkan harga antara kedai makan waktu lunch mereka.
Rungutan mereka membuatkan staff lain takut nak ke kedai tersebut. ..
saimi says
Tidak mengapa kalau terpaksa berbelanja lebih asalkan kita berpuas hati.
Hairul Hissam says
kalau nak harga lebih mahal, kenalah lebih special…. 😀
.
mrhanafi says
memang benar sebab-sebab tersebut ada logiknya!
Hairul Hissam says
Sebenarnya sebab2 nie sbg panduan utk pembeli2 produk saya yg baru dalam bisnes makanan :D.
titan says
tak wajar? mahu kasi naik? wahhh..
Hairul Hissam says
Eh.. dlm artikel saya ada bagitaw la bro.. setakat ini, harga masih kekal. Akan datang tak tahu laaa 😀
Azie Namico says
kalau harga mahal makanan nya tip top memang berbaloi , tapi tak kurang jugak makanan sedap harga murah…ikut citarasa pembeli…
Hairul Hissam says
dan bergantung juga pada tempat kedai tersebut.
Teringat pula penjual burger bakar di tepi jalan di tempat saya..
Tak lama buka, akhirnya tutup kerana harga terlalu mahal.
Mungkin tak kena pada tempatnya… 😀
myrujukan says
salam hairul, boleh x saya gunakan gambar email diatas untuk artikel pasal bun ni
Hairul Hissam says
wslm. Boleh. no problem bro juan. . tqvm bro 😀
onlajer says
saya nak guna juga ya 🙂
Hairul Hissam says
kalau ramai.. nak kena charge nie. gurau je.. boleh la bro.. heee
puteri kasih says
kalau makanan sedap, puteri rasa pelanggan mungkin tak kisah bayar lebih tapi taklah sampai terlalu mahal kan.
Hairul Hissam says
kalau terlalu mahal dan tidak kena pada tempat dan rasa.. Boleh menyebabkan pelangan memburukkan bisnes kita..
sebab masa saya berniaga dulu pun ada pelangan yg merunggut kat saya pasal peniaga lain… Habis satu kampung dia jaja cerita tu.. 😀
onlajer says
sedap tu penting maa, disamping harga yang berpatutan
wah bro ada produk baru lagi ke,mohon jemput saya ya hehe,
Hairul Hissam says
Kalau tak buat produk baru.. tak berasap bro dapur. heee
Hanim says
salam, nak tnya klu nak beli cd pelajari 10 aneka putu bambu dan panduan bina website brp harga?
Hairul Hissam says
Utk pertanyaan produk, elok sms/call ke 0137757915 atau email ke soalan@rahsiaputu.com
blog nie hanya fokus pada artikel shj..tqvm.. 😀
Nur Azmanie says
Saya brminat nak beli pakej2 en hairul..nak tmbh ilmu n nak tlong kluarga..tp buat masa ni blm dpt lg..bb xckup bajet lg..tgah usha la ni..buat kopiah kait..:-)hrp en blm brubh fkrn ya..hehe:-)
Hairul Hissam says
Bagus niat cik azmanie tu.. saya doakan semoga cik azmanie berjaya 😀
akma says
Terbaik…!! Byk ilmu sy dpt dr vcd bun ngn putu. Mmg ade niat nk bniaga tp ank kecik lg..bleh xbg idea camne nk jual dr umah je.
Hairul Hissam says
Ramai juga yg berjaya dengan meletakkan produk ke kedai yg berdekatan atau ke kantin sekolah yg berdekatan. Boleh juga PUan akma cuba cara tu… 😀
MUHAMMAD FAHADA BIN MUSTAFA says
YA ALLAH!!! Moga ALLAH memberkati kehidupan tuan dan seluruh keluarga tuan di dunia ini dan juga di akhirat sana. IKHLAS dari saya…
Hairul Hissam says
Amin semoga kita bersama2 diberkati Nya.
omydroid says
sy sebagai student pulak kalau kurang sedap pun xpe..asal murah…hehe
Hairul Hissam says
Student mmg kena berjimat cermat..
dan kalau ada kedai yg tak sedap murah dan yg sedap murah.. tentu kita tetap pilih yg sedap murah kan. heee