Program Kongsi Resepi Dapat Duit Tajaan Blog Hairul.com
Resepi Batang Buruk ini kiriman Puan My1981. Jom kita pelajarinya.
Bahan-Bahan Resepi Batang Buruk:
=5 keping kulit popia (saiz kecil,potong 4)
=1 biji telur (untuk melekatkan hujung kulit popia)
=minyak untuk menggoreng
=susu tepung ( secukup kegunaan)
=1 sudu kecil gula aising (optional)
Cara Membuat Resepi Batang Buruk:
1) ambil 1 bahagian kulit popia yg telah di potong 4,lipat tepi dan gulung.basahkan hujung kulit popia dengan telur yg bertindak sbg gam.
buat sampai hbs & biarkan lbh kurang 6 jam/semalaman (bg kulit popia btl2 kering/keras supaya ranggup bila mkn)-boleh jg jemur di bawah cahaya matahari.
2) sentuh kulit popia,kalau dh keras,boleh lah di goreng.
3) goreng dlm minyak yg banyak sehingga garing/kuning keemasan.
4) angkat dan letakkan seketika di atas pinggan yg beralas dgn paper towel (utk serap lebihan minyak)
5) masukkan kedlam bekas yg mengandungi susu tepung dan gula aising.gaul rata.
6) sedia untuk dinikmati.
Hairul.com: Terima kasih kepada Puan My1981 kerana sudi berkongsi resipi batang buruk.
akubiomed says
Kuih ini ketika kecil dahulu suka buat main sembur.
Hairul Hissam says
samalah kita 😀
Ramlah says
Tq atas resepi batang buruk ini. InsyaAllah akan dicuba nanti.
Hairul Hissam says
Selamat mencuba 😀
mcna says
boleh try nie…
Hairul Hissam says
selamat mencuba resepi batang buruk yg sedap nieee..