Resepi penuh sandwich goreng cheeseĀ dengan gambar step by step ada di sini. Rangup betul. Mudah betul buatnya. Hanya perlukan 5 bahan sahaja.
Bahan-bahan:
Roti Buku
Jem kaya
Mozzarella Cheese
Breadcrumbs
Telur
Cara membuat resepi roti sandwich goreng
1. Kita buang dulu tepi roti sandwich. Potong kesemua tepi roti sandwich
2. Korang boleh gunakan apa sahaja jem yang korang suka. Di sini saya gunakan jem kaya.
3. Seterusnya, letakkan mozzarella cheese ke atas roti. Bahan ini yang biasa kita gunakan dalam pizza.
4. Rotinya dilipat duan. Kemudian dengan guna garfu, tekan ditepi kiri dan kanan roti.
5. Kita perlukan dua biji telur. Pukul dengan garfu. Dan celup roti kaya cheese ke dalam telur. Celup bawah dan atas.
6. Kemudian kita salut roti cneese dengan serbuk roti. Tekan tekan sikit supaya serbuk roti melekat pada roti.
7. Kemudian goreng di dalam minyak panas. Goreng hingga warnanya keperangan.
Inilah hasilnya, roti sandwich cheese tarik. Memang sedap dan rangup. Keluarga korang mesti sukakannya. Cara buatnya sangat mudah. Rugi tak cuba.
Leave a Reply