Artikel ini kiriman pembaca blog ini iaitu Cik Tie. Masyarakat melayu memang terkenal dengan pelbagai jenis jamu yang berkhasiat untuk tubuh badan. Namun terdapat juga jamu-jamu yang mendatangkan mudarat dan kesan sampingan kepada tubuh badan. Jom baca cara memilih jamu dan ubat agar tidak memudaratkan diri
.
Cara Memilih Jamu & Ubat
Wanita terlalu obses dengan kecantikan dan penampilan. Pantang ada promosi jualan ubat-ubatan, jamu atau apa-apa yang berkaitan, mesti nak follow up. Tapi ingat, sesetengah ubat memang mujarab, tetapi ada sesetengah ubat boleh membawa kesan sampingan seperti, penyakit buah pinggang. So, kat sini, Cik Tie nak share cara mengenal pasti ubat dan cara mengatasinya.
Cik Tie dapat info ni pun dari kakak Cik Tie, maklumlah kakak selalu jumpa specialist. Nak dijadikan cerita, suatu hari Cik Tie cadangkan kakak ambil satu jamu ni. Dia pun dengan slumbernye, ambil sebiji dan masukkan dalam segelas air. Then bermulalah sesi kaunseling dari kakak untuk Cik Tie tentang cara memilih jamu dan ubat (*,~)
Kalau beli ubat atau jamu, pastikan ia jenis mudah larut. Untuk pastikan ia mudah larut, ambil sebiji jamu atau ubat dan masukkan dalam segelas air. Biarkan hingga larut. Tengok lama mana masa diambil untuk larut. Macam tulah dalam sistem tubuh badan kita. Kadang-kadang ada ubat atau jamu susah larut. Bayangkan, sebiji sehari kita ambil, jika yang semalam belum larut, hari ni kita makan lagi, bertambah lagi ketidaklarutannya di ginjal kita. Lama-kelamaan akan menjejaskan fungsi ginjal. Sebab itulah berlaku masalah penyakit buah pinggang dan sebagainya.
Bukan tidak boleh ambil ubat atau jamu. Memang boleh, lagi-lagi ia membantu dalam kesihatan dan kecantikan. Tapi ada cara memilih jamu dan ubat untuk mengelakkan berlaku kesan sampingan. Dengan meminum air masak yang banyak, dapat membantu mempercepatkan proses penghadaman dan membantu ubat atau jamu larut dengan cepat. oleh itu, dinasihatkan kepada semua pengguna jamu, ubat-ubatan atau apa-apa produk kecantikan, minumlah air masak sebanyak yang mungkin.
Hairul.Com: Terima kasih Cik Tie kerana sudi berkongsi artikel cara memilih jamu dan ubat ini. Semoga kita lebih berhati-hati dalam memilih jamu agar tidak merbahayakan diri sendiri.
puteri kasih says
memang bahaya kalau ubat tak larut kan
Hairul Hissam says
Betul tu.. kena test larut atau tidak sebelum menelannya.. 😀
akubiomed says
Tidak dinafikan produk tradisional belum mencapai standard antarabangsa walaupun mempunyai GMP. Pembangunan standard untuk perubatan tradisional masih dibangunkan.
Hairul Hissam says
Pendidikan dan latihan perlu diberikan pada pengamal perubatan jamu dan tradisional ini.. 😀
nurmisnan says
Suka makan makjun + susu = sodap
lagi sedap bdan dan tidak risau kerana
rasanya sudah tau ori atau tidak..
Hairul Hissam says
Teringat pula arwah ayah yg suka makan makjun masa saya kecil… pernah gak curi2 rasa sikit masa kecik dulu.. ha.ha.ha
TehR says
tak pernah pula aku makan sebarang jamu
memang bahaya tu kalau bahan tak larut
Hairul Hissam says
Saya pun kurang suka makan ubatan atau jamu.. 😀
riza says
Hairul sebut pasal ubat tak larut ni, kak Riza teringat suatu ketika dulu kak Riza beli ubat satu syarikat dari luar negara. Kak Riza dan suami makan tak habis. Jadi, kami buang dalam pasu bunga. Nak tau tak, selepas setahun ubat (pil) tu masih tak larut…! Cakap betul ni, tak tipu. Jadi kami dok berfikir, kalau masuk dalam perut, apa nak jadi kat kami. Nasib baik tak makan dah ubat-ubat ni. Seperti yang Hairul kata, memang elok minum air masak banyak-banyak. Masa nak minum, baca Bismillah dan selawat, Insyaallah kesihatan terjaga.
Hairul Hissam says
Perghhh.. setahun tu masih tak larut atau hancur… Jika makan, tentu letih/rosak perut dan ginjal nak menghadamkan ubat tersebut… Semenjak saya keluar university hingga sekarang saya mmg jarang sangatlah nak makan ubat2 nie. Hanya kalau terpaksa dan tiada alternatif je baru makan. Satu lagi cara yg bagus diamalkan para sahabat nabi s.a.w. dan ulama ialah baca surah alfatihah banyak kali pada air dan minum airnya. Mmg banyak manfaatnya…
riza says
Pil dalam pasu tu masih kekal bentuknya, kalau larut pun sikit je kot. Memang ngeri kalau difikirkan. TQ Hairul bagitau cara sahabat nabi kita dan ulama baca al-fatihah sebelum minum. Islam ada cara tersendiri tapi kita je yang tak kisah nak amalkan. Syukur, Alhamdulillah, ilmu tu kak Riza dapat dri Hairul. Nanti kak Riza akan sebar-sebarkan pada orang sekeliling.
Hairul Hissam says
terima kasih kembali… Sekadar berkongsi apa yg saya baca sahaja… 😀
suri says
camner nk test ubat jual dlm pek tak blh bukak smpi umh blh buka ..bancuh..apa blh amik tip sni kena minum byk air.sy mkn vitamin suplemnt kena minum byk air klu tak badan terhidrat mudah lesu.
Hairul Hissam says
kena beli satu dulu utk testing…. nak badan cergas, kena rajin makan buah-buahan segar.. 😀
Encikshino says
Sekarang banyak ubat ubatan di pasaran. Paling laris biasa ubat kurus dan pemutih kulit. Masalahnya susah nk pastikan benda memudaratkan atau tidak sebab di botol hanya mention herba.
Hairul Hissam says
tu yg kita takut.. nak selamat gunakan yg semulajadi shj..