Masa mula2 kerja hotel bahagian cold kitchen, hari2 potong buah ni. Gembira dapat share teknik potong buah nie. InshaAllah menjadikan hidangan majlis makan anda lebih bergaya.
Tapi sebelum tu jom tgk dulu komen pembeli video masakan saya
Terharu juga bila ramai kata video saya lebih lengkap dan terperinci. Tapi saya tak tahu laa mcm mana video masakan org lain. Sbb tak pernah beli sehingga hari ni.
Dan ramai asyik tanya “Bila nak keluar video masakan terbaru?”. Nanti kalau ada mood untuk buat. InshaAllah saya bagitahu.
Cara Potong Buah Style Hotel
Jom kita mula belajar cara potong buah style hotel ini.
Ini Merupakan cara memegang pisau yang memudahkan anda memotong buah. Cara ini memudahkan anda menggerakkan pisau ke kiri, ke kanan, condong dan sebagainya.
Pisau mestilah tajam untuk memudahkan anda memotong buah. Elok gunakan pisau yang tebal seperti gambar di atas. Untuk gambar pisau khas untuk tembikai anda boleh klik >>> Pisau Tembikai
Langkah 1: Dapatkan sebiji tembikai. Letakkan di atas papan pemotong. Dan potong pada bahagian kanan seperti dalam gambar di sebelah kiri. Dan kemudian potong pada bahagian kiri seperti dalam gambar di sebelah kanan.
Langkah 2: Seterusnya dirikan buah tembikai di atas papan pemotong. Dan potong buah tembikai dari arah atas ke bawah. Semasa memotong, cuba potong mengikut lengkuk bulat buah tembikai. Potong sehingga ke bawah.
Langkah 3: Setelah siap. Sambung potong bahagian kulit buah buah tembikai seterusnya. Potong dari atas ke bawah. Dan potong mengikut garisan putih pada bahagian putih kulit tembikai seperti gambar di atas.
Seterusnya buat dengan cara yang sama berulang-ulang sehingga siap memotong kesemua bahagian kulit buah tembikai.
Langkah 4: Setelah siap dipotong kulitnya. Potong dua buah tembikat dan letakkan satu bahagian di atas papan pemotong seperti gambar di sebelah kanan.
(Jika ada bahagian atas tembikai yang berwarna putih, anda boleh potong lagi untuk membuangnya)
Langkah 5: Seterusnya potong buah tembikai menjadi tiga bahagian seperti gambar. Jika buah besar, kena potong menjadi empat bahagian.
Jika anda potong tiga, anda perlu potong menyerong seperti di dalam gambar di atas. Setelah siap, ambil satu bahagian belah kanan sekali.
Langkah 6: Letakkan satu bahagian buah tembikai di atas papan pemotong. Dari arah kanan potong nipis dalam 1cm atau sebesar jari anda.
Potong sehingga habis dari kanan ke kiri. Kemudian letakkan pisau dibahagian bawah buah tembikai dan angkat menggunakan pisau anda.
Langkah 7: Sekarang kita akan mengangkat buah tembikai menggunakan pisau. Caranya, pisau dimasukkan ke bawah tembikai seperti gambar. Dan tangan kiri memegang bahagian hujung atas buah tembikai.
Sementara tangan kanan memegang pisau dan menahan bahagian bawah buah tembikai. Kemudian buah tembikai diangkat dan diletakkan di atas dulang hidangan seperti gambar di sebelah kanan.
Langkah 8: Sekarang kita buat cara yang sama pada bahagian kedua buah tembikai. Ambil bahagian buah tembikai di sebelah kiri sekali pula. Potong buah tembikai nipis dalam 1cm tebalnya.
Dan angkat buah tembikai menggunakan pisau. Caranya sama seperti ditunjukkan sebelum ini. Kemudian letakkan buah buah tembikai tersebut disebelah kiri di atas dulang hidangan seperti gambar.
Langkah 9: Seterusnya kita potong buah bahagian ketiga atau terakhir. Potong buah tembikai nipis dalam 1cm tebalnya. Dan angkat buah tembikai menggunakan pisau. Caranya sama seperti ditunjukkan sebelum ini.
Kemudian letakkan buah tembikai tersebut di bahagian tengah di atas dulang hidangan seperti gambar di sebelah kanan.
Langkah 9: Jika anda perhatikan buah tembikainya kembali kepada bentuk asal ketika sebelum dipotong iaitu separuh bulat. Sekarang menggunakan kedua-dua tangan, tolak buah tembikai kehadapan seperti gambar di sebelah kanan. Siap.
Buah tembikai anda telah siap untuk dihidangkan pada tetamu anda. Memang menyelerakan.
Siap hasil potong buah style hotel. Ini menyerikan lagi hidangan majlis di rumah anda. Selamat mencuba potong buah ini..
Resepi mousse nie mmg dari hotel laaa
Resepi mousse nie memang dari hotel masa saya kerja di pastry kitchen. Tapi di hotel saya tidak lah buat dalam cup macam tu. Saya buat dalam acuan besar. Lepas keras, keluarkan dari acuan dan letak atas pinggan dan buat hiasan di atas mousse. Ia diletakkan di buffet hotel. Sebab tu ramai kata sedap mousse nie. Anda boleh belajar di www.bisnesair.com
akubiomed says
Wow hebat seninya. Selalu main redah jer potong. 🙂
Hairul Hissam says
kalau makan sendiri, saya pun potong mcm biasa. heee