Program Kongsi Resepi Dapat Duit Tajaan Blog Hairul.com
Resepi Sambal Ikan Bilis ini kiriman Cik Azriey Amrie. Sambal ikan bilis menjadikan hidangan lebih menyelerakan. Jom kita mempelajari cara membuat sambal ikan bilis ini:
Bahan-Bahan Resepi Sambal Ikan Bilis :
6 biji bawang merah ditumbuk
segenggam ikan bilis ditumbuk kasar
2cm belacan
2 sudu besar cili boh
1 biji bawang besar dihiris
1 sudu besar asam jawa dibancuh dengan 1/2 cawan air
1 biji bawang besar (potong bulat)
garam dan gula
Cara Membuat Resepi Sambal Ikan Bilis:
1. Tumis bawang merah sehingga wangi
2. Masukkan belacan dan ikan bilis. goreng sehingga kekuningan
3. Masukkan cili boh dan tumis sehingga pecah minyak
4. Masukkan air asam jawa
5. Tumis sehingga pekat
6. Masukkan bawang yang dipotong bulat
7. Masukkan garam dan gula secukup rasa
Cadangan sayuran
1. Kangkung rebus
2. Timun
3. Kacang botol
4. Peria.?
Hairul.com: Terima kasih kepada Cik Azriey kerana sudi berkongsi resepi sambal ikan bilis
Nani Shuhada says
Ringkas dan menarik.. boleh cuba ni.. tq for sharing
Hairul Hissam says
Selamat mencuba 😀