Program Kongsi Resepi Dapat Duit Tajaan Blog Hairul.com
Resepi Nasi Goreng Pattaya ini kiriman Puan My1981..Jom kita pelajarinya.
Bahan-Bahan Resepi Nasi Goreng Pattaya:
=1 mangkuk nasi
=1 sudu besar cili kisar
=1 ulas bawang merah (hiris halus)
=2 ulas bawang putih ( cincang halus)
=1 sudu kecil udang kering (rendam,tos,tumbuk kasar)
=isi ayam (secukup kegunaan)
=sayuran (ikut citarasa masing2 nak guna sayur apa)
=pati ayam tumix secukup kegunaan
=2 biji telur grade A
Cara2nya Membuat Resepi Nasi Goreng Pattaya:
1) tumis bawang merah,bawang putih,cili kisar dan udang kering sehingga naik bau.
2) masukkan isi ayam dan sayuran.tumis sehingga garing/sayur dan ayam sdh ckup masak.gaul rata.
3) masukkan nasi dan pati ayam.perasakan secukupnya.tutup api.ketepikan.
4) pukul telur bersama sedikit garam dan serbuk lada sulah.kemudian masak/buat telur dadar.
5) letakkan nasi di atas telur dan gulung.
6) siap untuk dihidangkan.
Hairul.com: Terima kasih kepada Puan My1981 kerana sudi berkongsi resipi Nasi Goreng Pattaya
shamsul says
baguis sungguh
Hairul Hissam says
selamat mencuba 😀