Program Kongsi Resepi Dapat Duit Tajaan Blog Hairul.com
Resepi Sayur Goreng Ikan Masin ini kiriman Kak Raja. Jom kita pelajarinya.
Bahan-Bahan Resepi Sayur Goreng Ikan Masin
Kailan / sawi / kangkong ikan masin
1 ikat kailan /sawi / ape2 sayor
50 g ikan tenggiri masin
2 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 biji cili merah
1 camca besar sos tiram
1/4 cawan air
Cara Membuat Resepi Sayur Goreng Ikan Masin
1. Siang sayur n asingkan daun n batangnya
2. Batang sayur hiris nipis sup cepat masak
3.Ikan tenggiri masin di hiris nipis atau dadu (tp jgn kecik sgt)
4.Panaskan minyak dalam kuali, masukkan ikan masin tadi dan goreng garing
5. Letak hirisan bawang merah, bawang putih dan cili merah
6. Kacau, tuang sos tiram.
7. Masukkan batang sayur, gaul, tuang air.
8. Bila batang nya lembut sedikit, masukkan daunnya pula, kacau hingga layu sikit jek
Siap. Masakan ini xde garam sbb ikan tu dah masin.
Hairul.com: Terima kasih kepada Kak Raja kerana sudi berkongsi Resipi Sayur Goreng Ikan Masin
farah says
masakan ni klu x letak sos tiram leh x?
Hairul Hissam says
sebenarnya masakan spt ini, kita boleh ubahsuai mengikut citarasa kita 😀