Program Kongsi Resepi Dapat Duit Tajaan Blog Hairul.com
Resepi chicken adobo ini kiriman Puan My1981. Jom kita pelajarinya.
Bahan-Bahan Resepi Chicken Adobo :
=2 ketul paha ayam(ikut suka nak bahagian mana) – potong sederhana
=1 labu bawang besar(saiz kecil) – hiris halus
=2 ulas bawang putih (cincang/tumbuk)
=1 sudu kecil cuka
=1 sudu kecil kicap pekat – nak guna kicap cair saja pun boleh.
=1 sudu besar kicap cair
=1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
=1 sudu kecil minyak masak
=50 ml air.
=garam secukup rasa
*sukatan ni utk 2 ketul paha ayam saiz sederhana.kalau ayam byk kena lah lebihkan sikit sukatan bahan2 di atas.
Cara Membuat Resepi Chicken Adobo :
1) gaul ayam,bawang besar,bawang putih,cuka,serbuk lada hitam,minyak masak dan air di dalam periuk-sebelum buka api.
2) setelah sebati,hidupkan api.masak dengan api sederhana (utk mengelakkannya hangit).tutup periuk.
3) setelah agak mendidih,masukkan kicap pekat,kicap cair dan garam.perasakan secukupnya.
4) teruskan memasak smpai daging ayam empuk.tutup api setelah kuah agak pekat.
5) sedia utk dihidangkan.
Hairul.com: Terima kasih kepada Puan My1981 kerana sudi berkongsi resipi chicken adobo
Leave a Reply