Kiriman Kak Raja (Program Kongsi Resepi Dapat Duit Tajaan Blog Hairul.com)
Resepi mee rebus batu pahat ini adalah kiriman Kak Raja. Tentu berbeza rasa mee rebus batu pahat nie dengan mee rebus lain. Jom kita pelajari cara membuatnya:
Bahan-Bahan Resepi Mee Rebus:
1. 1 paket mee kuning (celur air panas)
2. Segengam cili kering (rebus)
3. 2 biji bawang besar
4. 3 ulas bawang putih
5. 2 biji tomato
6. 3 sudu besar udang kering (rendam)
7. 3 susdu besar kacang tanah (goreng kering n tumbuk kasar
8. 2 sudu besar sos cili, 2 sb kicap manis, 2 sb tumix
9. 3 biji keledek (rebus dan blend)
10. 1/2 kilo Udang hidup
11. Hiasan : telur rebus, daun bawang, bawang goreng, cili hijau/merah, sawi, tahu goreng (potong nipis),tauge, limau nipis/kasturi
Cara-Cara Membuat Resepi Mee Rebus:
1. Kisar cili, bawang besar, bwg putih, tomato, udang kering. Masuk dalam kuali dan tumis sehingga naik bau.
2. Masukkan keledek yang di rebus dan bloedn terlebih dahulu
3. Masuk sos cili, kicap, tumix, kacang tumbuk, (blh gak ltk serai), garam, gula dan biar sampai menggelegak.
4. Masukkan udang, tunggu sebentar dan tutup api.
5. Masukkan mee dalam mangkok
6. Tuang kuah ke dalam mee tersebut.
7. Hiaskan degan tauge, sawi, tauhu, bawang goreng, telur, limau (jika suka). Kat dalam gambar ni, minima hiasan sebab anak2 akan makan mee dan kuah jek
Hairul.com: Terima kasih kepada Kak Raja Kerana sudi berkongsi resepi mee rebus