Teringat pula artikel lama saya pada tahun 2011. “Skim cepat kaya akan terus berubah. Siang malam mereka berfikir untuk menipu, sudah tentu strategi mereka sangat licik dan advance”. Ia juga menjadi peringatan kepada saya untuk tidak melayan apa jua jenis skim yang menjanjikan pulangan lumayan. Wang tidak akan datang bergolek. Sebelum saya sambung artikel menarik nie, jom tengok dulu testimonial video bun di bawah nie:

Tahniah saya ucapkan kepada brother tu kerana berjaya membuat bun dengan baik. Semoga berjaya menjalankan bisnes bun dengan jayanya. Dan jika anda ingin menjadi usahawan bun seperti brother tu, boleh belajar di resepi bun style hotel <<< Klik Sini
Kisah Sendiri Diajak Sertai Mecca Fund / Makkah Islamic Hotel
Beberapa tahun lepas, bapa saudara datang ke rumah saya mengajak menyertai mecca fund global. Ia juga dikenali Makkah Islamic Hotel. Katanya, skim nie adalah perkongsian keuntungan dari bisnes sewa hotel di mekah. Duit yang dilaburkan akan dapat pulangan berlipat kali ganda, hasil dari keuntungan menyewa petak-petak hotel di Mekah. Katanya lagi, ada Pak Arab bermurah hati berkongsi keuntungan perniagaan dengan umat islam. Wow. memang kelabu mata dibuatnya.
Namun dengan cara baik saya menolaknya. Alaaa ASB yang dijamin kerajaan pun saya tak berminat. Inikan pula mecca fund global. Bukan masalah betul atau salah. Tapi tak mahu mendidik diri mendapat wang cara mudah. Bila kita dah mula seronok dapat duit dengan cara mudah. Suatu hari nanti pasti, kita akan terjebak dan tertipu dengan skim cepat kaya advance.
episod meraih keuntungan mecca fund bermula…..
Ramai saudara mara belah mak menyertai. Bila balik kampung, diaorang asyik bercerita keuntungan yang diterima dari mecca fund global (makkah islamic hotel). Yelah dah bertahun-tahun skim tu berjalan. Diaorang masih maintain menerima pulangan wang yang berganda dan lumayan. Ada yang bakal jadi jutawan lagi tu. Ada yang sudah sponsor saudara mara ke mekah lagi. Siap nak sponsor lagi buat umrah ramai-ramai tu.
Akhirnya Mecca Fund / Makkah Islamic Hotel Runtuh jua..
Suatu hari, saya call mak. Bila bertanya khabar saudara mara, mak terus bercerita “Kau tak tahu ke skim mecca fund tu dah tak bayar lagi. Yang kata pelaburan sewa petak hotel mekah tu, tipu”. Terperanjat juga saya dengar. Tapi syukur adik beradik saya, seorang pun tak masuk. Kesian juga pada bapa saudara yang mati-mati percaya keuntungan makkah islamic hotel dari bisnes sewa hotel di mekah.
Lepas tu saya contact emak saudara yang menyertai untuk kepastian. Takut juga kalau emak tersilap dengar. Dan jawapannya sama, pelaburan skim mecca fund (makkah islamic hotel) adalah penipu dan wang dividen tidak dibayar lagi. Memang menyedihkan sebab ramai saudara mara disebelah emak menyertainya. Dan ramai ustaz-ustaz, orang agama dan pegawai kerajaan yang tertipu dengan skim nie kerana ia berunsurkan islam.
Fahami Bagaimana Skim Cepat Kaya Runtuh…
Skim cepat kaya dibina dari pelaburan wang ahlinya. Manakala dividen keuntungannya dibayar menggunakan wang pelaburan ahli baru dan wang ahli lama yang memasukkan semula wangnya. Selagi ada ahli baru dan ahli lama memasukkan semula wang, selagi itulah skim cepat kaya akan terus bertahan. Tidak hairanlah skim cepat kaya bertahan bertahun-tahun lamanya.
Namun apabila ahli baru berkurangan dan ahli lama tidak lagi memasuk semula wangnya, maka skim cepat kaya akan mula goyang. Tapi tauke skim cepat kaya tentulah bijak bistari. Dia dah ready dengan parameter dan calculation dia. Sebelum skim cepat kaya benar-benar runtuh, tauke sudah cabut lari dulu dengan duit berjuta-juta. Yelah, siang malam kerja dia berfikir untuk menipu, sudah tentulah dia lebih bijak dan genius dalam bab menipu. Jangan kata ustaz, professor pun mudah untuk dia tipu.
Adakah Keuntungan Skim Cepat Kaya Nie Halal?
Mungkin ada yang kata “Skim nie baru mula laa, kita masuk awal-awal. dapat untung, kita cabut cepat-cepat”. Ini pun taktik biasa penganjur. Tapi masalahnya, adakah keuntungannya halal. Adakah wang keuntungan yang diambil dari wang ahli baru tanpa keizinannya, dikira halal?. Anda sebenarnya menindas ahli baru yang akan kehilangan wang. Seperti anda mencuri duit mereka. Adakah ia halal? Anda sendiri tahu jawapannya.
Jika Skim Cepat Kaya Benar-Benar Betul, mati kebulur kita semua
Jika skim cepat kaya betul, maka tiada siapa lagi nak penat-penat bekerja. Dari penat bekerja, lebih baik duduk rumah tunggu duit masuk je. Maka tiada siapa lagi nak tanam padi, ternak ayam dan tangkap ikan untuk anda makan. Tiada siapa lagi nak buat baju, kasut dan seluar untuk anda pakai. Tiada siapa lagi nak buka klinik untuk merawat anda sakit. So tersangat mustahil skim cepat kaya adalah betul. Tersangat mustahil.
Skim Cepat Kaya Akan Terus Berubah……
Mereka pasti akan muncul lagi dengan wajah baru. Tipu helah lama dah kantoi, tentulah tipu helah baru lebih advance. So jalan terbaik, jangan layan dan jangan kaji kebenaran apa jua skim pulangan lumayan. Semakin anda kaji, semakin mudah anda tertipu. Sebab skim ini dicipta oleh golongan terover bijak menipu. Sudah tentulah mereka tahu apa yang anda fikirkan, apa yang anda akan kaji dan apa tindakan anda seterusnya. Mereka dah ready dengan jawapan dan step-step untuk membuatkan anda percaya dan tertipu. So semakin anda bertanya dan mengkaji, semakin mudah anda ditipu.
Anak Cucu Anda Perlu Di Ingatkan Supaya Tidak Terjebak Lagi.
Yang dah terkena dengan mecca fund nie, jadikan ia pengajaran. Anda juga perlu sentiasa mengingatkan anak-anak dan keluarga anda akan taktik skim cepat kaya nie. Sebab skim nie pasti dan pasti akan muncul lagi dengan seribu satu wajah baru dengan jurus menipu gaya dewa pulak. Taktik lama dah kantoi, tentulah taktik baru lebih hebat. Bersama-samalah kita sentiasa mengingatkan keluarga kita. Semoga kisah mecca fund global atau makkah islamic hotel nie menjadi pengajaran buat kita semua.
mrhanafi says
manusia terlalu mudah terttunduk mendapat duit dengan cara senang
Hairul Hissam says
Benar tu bro…. semua nak kaya dgn cepat dan mudah.. akhirnya lebih miskin krn wang hangus ditipu oleh skim cepat kaya…
Ato says
Pernah juga terkena sekali hanya kerana mau jaga hati kawan… pengajaran sehingga kini
Hairul Hissam says
Pengajaran tu yg sgt berharga dlm kehidupan kita…
Uncle Zuan says
orang yang nak senang dan untung cepat pasti senang senang je percaya.. sedih 🙁
Hairul Hissam says
Betul tu bro.. Lagi2 bila tengok kawan dia dah dapat pulangan, tu yg terperdaya.. Tapi akhirnya segala wang hangus dilesapkan. Mcm mecca fund atau Makkah Islamic hotel.
onlajer says
Oh skim yang ini saya macam tak perasan lah bro…berapa agaknya ya minima modal yang dikenakan untuk menyertai skim ini..
Hairul Hissam says
eh bro nak masuk kee.. dah tutup dah. heee
seingat saya seribu usd satu lot.. saya pun dah tak ingat…
psst: skim nie popular juga bro sampai JAKIM siap bagi fatwa khas utk mecca fund..
fatwanya harammmm.. tapi kalau tanya ngan org mecca fund, diaorg akan kata, org majlis agama pun ada join. org bank negara pun ada join.. Semua tu taktik mereka…..
Raihanah says
takde benda yang boleh dapat dengan mudah sekarang ni, kecuali benda tu penipuan. nak duit memang kena usaha, takde yang betul kalau suruh goyang kaki tapi masuk duit. unless anda tu tailor.
Hairul Hissam says
betul tu sis…kena betul2 usaha, barulah wang masuk…
kalau goyang kaki jee. .bukan duit masuk, tapi sakit yg masuk.
termasuk sakit hati sbb kena tipu dgn skim cepat kaya. heee
raihanah says
itulah, tapi orang kita tak serik2 camni. rugi puluh ribu rm tu.
Hairul Hissam says
Semoga lepas nie, org kita lebih berwaspada…
Nur Razali says
Lumrah sebagai manusia memang sukakan cara mudah sama ada nak cepat kaya cepat nak dapat hasil. Tanpa perlu berusaha kan. Artikel ni dapat beri kesedaran pada kita terutamanya orang melayu. Skim cepat kaya ni cepat runtuh cepat jugak ganti yang baru. Kita sama2 berdoa Allah lindungi kita dari terjebak dengan perkara2 yg merugikan. In Shaa Allah
Hairul Hissam says
Betul tu sis.. yg penting selalu berdoa kpd Allah S.w.t. agar dijauhkan dari penipuan spt ini…Dengarnya mmg byk wang ditipu oleh skim mecca fund global atau makkah islamic hotel nie. Semoga menjadi pengajaran kpd kita dan generasi akan datang….
sabree hussin says
Skim-skim macam ni sebenarnya memang ada “peminatnya” yang tersendiri. Sebelum masuk lagi, diorang dah tau apa risikonya, dan apa yang perlu dibuat untuk segera balik modal dan untung cepat.
Apa pun, siapa yang dah terkena tu, belajarlah dari kesilapan. Bukannya cepat-cepat cari skim baru dan join semata-mata nak jadi yang teratas atau yang terawal.
Lagi teruk, buat skim cepat kaya sendiri. Almaklumlah, sekarang ni tak susah nak buat skim cepat kaya sendiri.
By the way, syok pulak ada testimoni pasal bun tu. Ni yang buat rasa nak join program affiliate ni
Hairul Hissam says
Ada juga yg tanya saya ttg belajar buat website multi level nie. Mmg mudah skrg nie buat sendiri skim cepat kaya. Kat FB yg buat skim cepat kaya secara manual pun banyak. Dah mcm tak terkawal benda nie kan. TApi kalau kita dapat wang yg haram, bala dan hukum karma pasti akan dapat..
Kalau berminat dgn affiliate saya, sangat dialu-alukan.. email jeee. heee
zara says
ish ish tak baiklah gitu..orang nak pegi tunaikan haji sudahnya tertipu..lagi kesian kalau kene dekat mak pak yang dah lama kumpul duit semata2 nak tunaikan rukun islam ke 5
Hairul Hissam says
Mmg kesian dgn mereka yg tertipu terutama pakcik makcik yg kumpul duit utk kehaji.. tapi itulah sasaran utama tauke skim nie. semoga kita lebih berhati2..
Oja Samid says
Ramai mangsa skim cepat kaya di kalangan orang melayu kita, agak sedih di situ. Yang menipu tu pun Melayu Muslim juga.. 🙁
Hairul Hissam says
Mmg sedih… Kan bagus jika wang2 tersebut dilaburkan atau diwakafkan utk pembangunan ekonomi ummah..
cik tom says
cantiknya bentuk bun testimoni bun tu..kalau ciktom pun nak beli…hihi..
ciktom pernah kena tipu jgk sekali dgn skim lbih krg camtu tahun 2011..nasib baik tak pujuk org lain join..smpi skang serik..huhu…
then pastu ada org lain offer lagi join skim camtu dan guna ayat cam hairul bagitau tu..kita jadi org terawal join dan dpt untung cabut..tapi sama fikir aniaya orang lain..jadi xnak..
Hairul Hissam says
Betul tu cik tom.. seperti menganiaya org lain… Org bawah yg hilang duit tu mesti menyumpah2… termakbul sumpahan mereka tu.. bala yg kita dapat…
Wan Syahida says
Saya ada perasan perang fb antara org2 mecca fund ni yg nak menegakkan benang yg basah dengan azizi ali. Selalunya golonan ni akan tetap nak pertahankan yg diorang betul. Selalu akan kata org lain dengki ngan diorang.
Sebenarnya kita nak bagi kesedaran sebelum diorang menyesal pada kemudian hari. Tak dengki pon. Huhuh
Yg selalu terpedaya tentulah pekerja kerajaan. Ada banyak gak lagi skim cam ni di luar sana. Saya tengah tengok berapa tahun lagi ia nak bertahan.
Hairul Hissam says
Biasanya macam tu laa sis. selagi tak terhantuk.. selagi tu laa mereka tak terngadah atau sedar2.
Bersama2 kita sedarkan orang ramai diperingkat awal supaya tak terjebak dgn skim bakar duit niee..
Sani says
Selagi mentaliti orang kita goyang kaki dapat duit dengan cara yg mudah, selagi tulah ada skim skim yang seumpamanya.
Hairul Hissam says
Betul tu bro.. mentaliti spt nie perlu kita kikis dan hapuskan terutama dalam diri anak2 kita dan generasi masa hadapan..
Zati says
Ada rakan baik saya yang sudah 2-3 tahun menyertai skim ini bersama ibu bapanya. Tahun lepas ada mengajak saya masuk. Tapi sebelum bersetuju saya cuba buat research sendiri dulu. Dan ketika itulah saya terjumpa pelbagai artikel tentang skim ini yang mengatakan ianya semua tipu belaka dan JAKIM juga telah mengeluarkan fatwa haram baginya. Kemudian saya cuba panjangkan info tersebut kepada rakan baik saya. Namun, dia telah menolak mentah2 kesemuanya dan mengatakan itu semua hanyalah fitnah. Tapi yang paling saya sedih, rakan baik ini menyertai skim tersebut untuk membiayai kehidupannya di UK dan untuk masa depan anak kecilnya. Hingga sekarang saya tidak lagi menyentuh tentang perkara tersebut kerana khuatir hubungan baik kami terjejas. Tetapi rasa bimbang untuk dia sekeluarga masih ada. Saya hanya mampu berdoa supaya rakan baik ini akan tersedar dengan bahayanya skim ini.
Hairul Hissam says
Mecca fund atau islamic hotel nie mmg dah runtuh dah… Semoga kawan puan zati mengambil iktibar daripadanya. Kita pun kena sentiasa menasihati kawan yg lain. Sebab kalau belum masuk mmg mudah utk kita nasihatkan.. tapi kalau dah masuk.. mmg susahlah nak nasihat..
Sue says
Husband Sue hampir terjebak dengan Mecca Fund ni.
Sib baik la dia tanya dulu isteri yang bijak ni.
Isteri ini pon beri kata2 keramat dari orang kampung “There’s no such thing easy money”
mihmihhhh..
Hairul Hissam says
Nasib baik isterinya bijak. siap cakap org putih lagi. heee
Noriza Rahman says
Menipu jer diorang ni kan ,sampai nak ke Mekah pun menipu
Hairul Hissam says
Zaman skrg ramai nak kaya dgn cepat tanpa peduli halal haram.. so kita kena extra berhati2
NA says
Memang akan terpengaruh kali kata halal.
Hairul Hissam says
bila tgk ramai kawan yg dapat untung dari skim nie, lagi laa terpengaruh.. tapi tak kan lama untungnya..
abasozora says
saya bingung, tetapi tak apa lah, semoga hari libur ini menyenangkan
Hairul Hissam says
begitu juga abosozora, semoga hari libur menyenangkan juga