Petua ini kiriman Cik Rozimariati (Azriey amrie) dalam Kuiz Kongsi Petua dapat hadiah.
Petua terakhir yg ingin sy kongsikan bersama anda, Petua mengelakkan dari hutang.. Zaman sekarang, semua memerlukan wang. Kos sara hidup yang tinggi, pelajaran anak2, perubatan dan mcm2 lagi. Kalau tidak bijak mengurus kewangan, mmg akan terbeban dgn hutang. Silap-silap boleh jatuh muflis. Jom lihat tips mengelak dari hutang yang dikongsi bersama.
.
Petua Cara Mengelakkan Dari Hutang
1 Beli barang mengikut keperluan, bkn mengikut kehendak. Sekiranya barang tersebut tidak begitu penting dan boleh ditangguhkan pembeliannya, beri keutamaan kepada barang yg perlu terlebih dahulu.
2. Elakkan dan kurangkan penggunaan kad kredit. Kad kredit hanya mengajar anda utk berhutang. Terlalu leka dgn penggunaan kad kredit, akn membinasakan anda.
3. Pastikan anda ada simpanan yg boleh digunakan utk kecemasan. contohnya anda menyimpan RM100 setiap bulan di bank. Gunakan ia sekiranya keadaan benar2 terdesak seperti ketika sakit. secara xlangsung, mendidik anda utk menabung..
4. Sekiranya anda ingin membeli satu barang yg agak mahal, ajar diri utk mengumpul wang sedikit demi sedikit. Bila sudah cukup, baru beli secara tunai… Pembelian secara tunai lebih jimat dari hutang kerana bila kita behutang, kita terpaksa bayar harga yg lebih dari harga asal.
5. Amalkan doa ini (doa diberi keupayaan membayar hutang)
Semoga petua atau cara ini mengelak anda dari hutang.
Admin: Terima kasih Cik Azriey atas kiriman petua cara mengelak dari hutang ini 😀
P/s: Jangan lupa membaca artikel sebelum ini iaitu Petua cara mengilatkan perabot kayu. Tapi sebelum itu, kliklah button Like, jika sukakan artikel ini.
Norasikin says
Betul tu. Jangan berhutang terus. Kalau barang yang nak dibeli terlalu mahal, kumpul duit sedikit demi sedikit atau jangan beli terus. Sentiasa asingkan sedikit pendapatan untuk beberapa perkara penting seperti, simpanan hari tua, kesihatan dan bila semua tu dah ada baru asingkan sedikit untuk sesuatu yg ingin kita beli
Petua Emak says
Benar tu, jgn terlalu ghairah utk membeli. belilah ikut kemampuan diri dan sentiasa berjimat cermat… 😀
titan says
senang aje. jangan buat hutang. Setel masalah. hehe..
Petua Emak says
hidup tanpa hutang… 😀
tehr says
memang kena tahan diri dari buat hutang
berhutang senang je
nak habis bayar, bukan main lama masa
huhu
Petua Emak says
nak bayar tu yg liat kan bro…. sebab byk lagi benda lain yg nak dibayar…… so elakkan berhutang.. 😀
yas says
tips yg bagus nih…tp tang nafsu tu yg betul2 nak kene jaga…
Petua Emak says
benar tu bro.. kena control nafsu membeli 😀
'Izzah says
Bt0l2~~Sye s0k0ng sgt2 tips2 diatas.
sye pernah terdgar.
“0rang yg mati syahid d0sa2nyer
akan diampunkan kecuali hutang”
mmg ngeri sgt2 hutang nie.S0 lebih baik jgn berhutang.
kal0 ade hutang,baek byr cpt2,sbb takut x smpat. 🙂
'Izzah says
kata2 nie sye dgar kat radi0 ikim.. 🙂
Petua Emak says
Mmg merisaukan kalo tak sempat bayar hutang, ajal dah sampai. So lebih baik jangan berhutang.. 😀
Mohd Rujhan says
petua yang bagus…kerana zaman sekarang segala2nya hutang belaka…hutang keliling pinggang pulak tu…
Petua Emak says
mmg ramai terjebak dgn hutang kad kredit nie…
ohcikgu says
tak suka berhutang. tak best.
Petua Emak says
lagi best byr cash kan cikgu.. 😀
gloryatie says
Saya pun tak suke hutang. kalau nak sesuatu pikir 2-3 kali. paling penting kalau nak berhutang selalu pikir, sempat ke aku bayar? kan aku mati esok tak sempat bayar pula, so baik tak yah hutang kecuali hutang dengan bank kira okla sikit coz, mati takyah bayar uhuhuhuhuhu kira langsaila tu hihihihi 🙂
Petua Emak says
tu yg merisaukan.. lagipun kehidupan di dunia ini sementara sahaja.. 😀
Choco Nila says
Huh.. Susah tol lah nak jaga nafsu ni … Asal gi shopping sume bnde nak ~~
Petua Emak says
so kurangkan pergi shopping… kalo ge shopping, jgn bawak kad kredit, jgn bawak duit2 byk2…. dan pastikan perut dah kenyang betul.. 😀
sabree hussin says
sekarang ni memang agak susah nak elakkan diri dari berhutang
Petua Emak says
rumah dan kereta.. confirm kena berhutang… 😀
bukit gambang says
sekali buat hutang mesti selalu akan nak berhutang.
Petua Emak says
boleh jadi ketagih kan bro 😀
bEe says
Kalau personal loan xleh buat pe… hehehe
Petua Emak says
family loan pun boleh…. kalo mau…he.he.he