Program Kongsi Resepi Dapat Duit Tajaan Blog Hairul.com
Resepi Udang Masak Cili Kering ini kiriman Puan My1981. Jom kita pelajarinya.
Bahan-Bahan Resepi Udang Masak Cili Kering:
=udang (saiz M) – anggaran utk 4org mkn
=10 biji cili kering (potong memanjang)
=4 ulas bawang merah (kecil) – hiris
=1 cm halia (cincang halus)
=1 biji lada benggala kuning
=1 tangkai daun bawang
=1 labu bawang besar (potong 4)
=3 sudu besar minyak makan
BAHAN PERASA
=1/4 cawan air
=2 sudu kecil kicap perasa maggi (seasoning)
=2 sudu besar sos tomato
=1 sudu kecil serbuk pati ikan bilis
=garam dan lada sulah secukup rasa
=1 sudu kecil gula (optional)
=sedikit tepung jagung (bancuh dgn sedikit air)
Cara Membuat Resepi Udang Masak Cili Kering:
1) panaskan 1 sudu besar minyak masak dan kacau goreng cili kering lebih kurang 1minit.angkat,tos dan ketepikan.
2) panaskan pula baki minyak(2 sudu besar) dan tumis bawang merah dan halia hga naik bau.
3) masukkan udang.goreng lbh kurang 2minit dan masukkan lada benggala,bawang besar dan bahan perasa KECUALI bancuhan tpung jgung..
4 teruskan menumis sehingga semua bahan masak.kemudian,masukkan semula cili kering,daun bawang dan bancuhan tepung jagung.
5) gaul sebati dan cuba rasa.bila sdh secukup rasa,matikan api.
Hairul.com: Terima kasih kepada Puan My1981 kerana sudi berkongsi resipi udang masak cili kering
Leave a Reply