Kalau korang hadapi stress di rumah atau tempat kerja. Formula terbaik nie memang berkesan. InshaAllah menjadikan hidup anda lebih tenang dan ceria.
Tapi sebelum tu jom tengok testimonial wow dah boleh buka kilang puff akak ni.
Cantik packaging puff akak nie. Saya doakan bisnes puff akak ni terus maju. InshaAllah dah boleh buka kilang puff tu nanti. Anda juga boleh belajar bisnes puff di www.rahsiapuff.may.my
Terima kasih juga kepada kawan kakak tu yang rekomen video masakan puff saya. Amat dihargai.
Teringat pula dulu ada pembeli kata suara saya serak-serak basah. heee
Cara Atasi Stress Di Tempat Kerja & Di Rumah
Sebenarnya punca utama stress ialah sikap anda sendiri yang terlalu memikirkan masalah. Semakin lama anda memikirkan masalah, semakin stress hidup anda.
Untuk mudah anda paham, saya share satu video menarik bagaimana stress berpunca daripada sikap anda sendiri yang terlalu memikirkan masalah. Jom tonton:
Dalam video di atas, masalah di ibaratkan gelas yang berisi air. Jika anda pegang sebentar, ia tidak memberi stress kepada tangan anda. Tapi jika anda pegang gelas itu lebih lama, ia mula memberi kesakitan dan stress kepada tangan anda. Dan jika anda pegang gelas terlalu lama, ia akan menjadikan tangan anda rosak dan lumpuh.
Samalah dengan otak anda. Jika anda fikir masalah sebentar, ia tidak akan memberi stress kepada diri anda. Tetapi jika anda terlalu lama memikir masalah, ia menjadikan otak anda stress, rosak dan lumpuh. Seterusnya menyebabkan kesihatan mental dan tubuh anda terjejas.
Cara Atasi Stress Dgn Ubah Tabiat Anda.
Jelaslah, punca stress ialah sikap anda sendiri yang berlebihan atau terlalu lama memikirkan masalah.
Ia dah jadi tabiat anda sekian lama. Bertahun-tahun anda amalkan tabiat yang salah ini. Sudah tentu ia memerlukan masa untuk diperbetulkan.
So untuk atasinya, anda kena berusaha kurangkan fikir masalah. Percayalah semakin cepat anda berfikir masalah, semakin bahagia hidup anda. Semakin lama anda berfikir satu masalah, semakin merana hidup anda.
Formula terbaik atasi stress…
Formula terbaik atasi stress dengan banyak fikir perkara yang baik dalam hidup anda. Ini akan menjadikan kehidupan anda akan lebih ceria.
Semua orang pasti melalui perkara yang baik dan buruk/masalah dalam hidupnya. Tapi jika anda asyik memikirkan perkara buruk dalam hidup, anda akan jadi sangat stress.
Cara Atasi Sress Di Rumah
Daripada formula di atas, anda kena elakkan berfikir perkara yang buruk yang dilalui bersama keluarga anda. Sebaliknya kena banyak fikir perkara yang baik dilalui bersama keluarga anda.
InshaAllah hubungan keluarga akan lebih baik dan hidup anda akan lebih ceria. Anda kena berusaha betulkan cara berfikir anda
Kerja Syaitan Mau Anda Tertekan…
Syaitan akan terus menghasut anda berfikir perkara yang buruk. Itulah sebab anda mudah berfikir perkara yang buruk. Syaitan ini, nak hidup anda tertekan dan bergaduh dengan keluarga atau rakan anda.
So setiap kali anda terfikir perkara yang buruk, cepat-cepat abaikan. Dan yakin ia dari hasutan syaitan yang mahu hidup anda lebih tertekan.
Belajar fikir yang baik….
Akhir kata, banyakkan fikir perkara yang baik. InshaAllah hidup anda lebih bahagia. Ini kerana apa yang anda fikirkan memberi kesan kepada emosi dan kesihatan tubuh anda.
Semoga artikel ini dapat membantu anda mengurangkan stress di tempat kerja dan di rumah. Dan juga mengingatkan saya sendiri.
akubiomed says
Mana tak stress. Ada majikan tidak menghormati waktu lepas kerja pekerja. Ganggu dengan tugasan tambahan.
Perlu contohi negara Eropah ada polisi melindungi pekerja waktu diluar waktu kerja agar majikan tidak menganggu pekerja.
Hairul Hissam says
Tapi mana2 kerja ada masalah tersendiri.. Kalau tak dengan majikan.. dengan perangai rakan sekerja..Kalau tak dengan rakan sekerja.. dgn supplier atau pelangan dan lain2..
Sebab itu mengawal fikiran yg lebih penting, supaya measalah tidak menganggu kehidupan harian kita.
Mohd shazzuan bin ab razak says
Sangat menarik sebagai rujukan dan dijadikan panduan untuk memulakan bisnes dan sebagai makanan keluarga
Hairul Hissam says
Semoga bermanfaat dan hidup lebih bahagia..