Cara halau cicak ni memang jimat dan terbaik. Saya dah cuba. Memang berkesan. Tak perlu beli apa2 racun atau ubat. Tekniknya pula sangat mudah.
Tapi sebelum tu, jom tengok dulu komen croissant terbaik hotel.
Memang seronok lepas belajar dan buat, hasilnya macam di hotel atau kedai. Hilang terus penat lelah membuatnya. lepas tu dapat makan sepuasnya bersama keluarga. Bila keluarga puji nanti, tu yang rasa nak buat hari2. heee
Anda juga boleh belajar membuat croissant style hotel di www.rahsiapuff.may.my
Bila sebut pasal suara, teringat anak buah tanya. “Kenapa suara video masak pakcik tak sama dengan suara pakcik”. Entah laa. Bila guna microphone, jadi lain sikit suaranya. Mungkin kalau adjust lagi suaranya, boleh jadi suara awie atau ella. he.he.he
Cara Halau Cicak Tanpa Beli apa2
Cicak ni bukan saja2 merayap di rumah anda. Mereka cari makanan.. Maka kalau tiada makanan, maka tiada lah cicak di rumah anda.
So cara terbaik halau cicak ialah pastikan tiada sebutir sisa makanan untuk cicak di rumah anda. Inilah petua hapus cicak paling berkesan.
Ni 5 step pastikan tiada makanan untuk cicak…
1. Selepas makan petang atau makan, pastikan tiada sebutir nasi atau sisa lauk di atas meja dan bawah meja. Lepas makan terus bersihkan.
2. Selepas masak, pastikan tidak sedikit sisa makanan di atas dapur masak dan di lantai dapur masak. Lepas masak terus bersihkan.
3. Lepas sapu sampah ke dalam penyedok, terus masukkan sampah di dalam tong sampah. Jangan biarkan sampah di atas penyedok.
4. Cicak pandai buka tong sampah yang jenis mudah di tolak buka. So anda perlu letak benda berat di atas tong sampah. Guna botol air pun ok.
5. Semua makanan yang tidak dimakan perlu disimpan di dalam bekas tertutup kuat seperti tupperware.
Bonus: Sebelum masuk tidur, pastikan tiada sisa makanan di lantai ruang tamu dan dapur. Waktu malam lah cicak ni aktif cari makan.
Kalau anda amalkan 5 step atau petua ni, inshaAllah cicak akan berkurangan selepas 7 hari. Nanti cicak tu siap bagitaw kat kawan2 diorang yang rumah anda takde makanan.
Petua halau cicak ni memang jimat sebab tidak perlu sesen pun duit untuk beli ubat hapus cicak.
Kalau guna racun cicak macam mana?
Bagus juga guna racun untuk hapus cicak. Tapi selagi rumah anda banyak sisa makanan di atas lantai dan meja. Selagi itulah cicak-cicak akan datang dari rumah jiran2 anda.
Didik anak2 untuk jaga kebersihan…
Kalau didik anak dengan cakap jeee… memang tak jalan leee. So cara terbaik, tunjuk pada anak2 video2 cicak dan lipas yang banyak dan mengelikan akibat tak menjaga kebersihan. Boleh dapat dari youtube. Baru anak2 anda rasa seram sejuk.
Lepas tu tunjuk hari2 video yang berbeza, baru laaa melekat kat kepala anak anda. Barulah mereka mula menjaga kebersihan.
Kenapa cicak merayau atas dinding dan siling.
Selain tangkap serangga di atas dinding, cicak juga tengah perhati sisa-sisa makanan di atas meja dan lantai rumah anda. So bila anda tiada, mereka akan serbu makanan tu, sepantas kilat.
So jika tiada sisa makanan di lantai rumah anda, mereka akan beredar ke rumah lain. Cara ini secara tidak langsung meng halau cicak tu ke rumah lain.
Kekadang cicak tu datang juga buat spot check….
InshaAllah dengan petua ini, tiada lagi cicak di rumah anda. Tapi kekadang, cicak tu datang juga untuk buat spot check. Kalau ada sisa makanan, habislah dia panggil kekawan datang.
Cicak-cicak dari rumah jiran akan sentiasa menjenguk rumah anda untuk cari makanan. So perlu pastikan rumah anda sentiasa bersih sepanjang masa.
Leave a Reply