Program Kongsi Resepi Dapat Duit Tajaan Blog Hairul.com
Resepi Mee Bandung ini kiriman Puan My1981. Jom kita pelajarinya.
Bahan-Bahan Resepi Mee Bandung:
=1 genggam mee kuning (celur,cuci,toskan)
=2 sudu makan cili kisar
=1 sudu makan udang kering (rendam,tos,tumbuk)
=2 ulas bawang merah kecil (tumbuk)
=2 ulas bawang putih (tumbuk)
=4 ekor udang
=1 keping fish cake
=2 biji bebola ayam
=1 tangkai sawi
=300 ml air rebusan ayam/daging
=garam dan serbuk perasa (secukup rasa)
Cara Membuat Resepi Mee Bandung Muar:
1) tumis bawang merah,bawang putih,udang kering dan cili kisar hingga naik bau.
2) tambahkan air rebusan.didihkan seketika.
3) masukkan bebola ayam,fish cake,udang dan sayur sawi.
4) masak sehingga semua bahan masak dan perasakan secukupnya dgn garam dan serbuk perasa.
5) tutup api dan tuang kuah atas mee yg telah dicelur tadi.
Hairul.com: Terima kasih kepada Puan My1981 kerana sudi berkongsi resipi mee bandung muar ini.
akubiomed says
Saya suka akan makan Mee Bandung Muar. 🙂
Hairul Hissam says
Yang paling sedap.. tentunya di muar 😀
ATIQAH says
PENANG LAGI SEDAPPPP
Hairul Hissam says
Eh tak la.. org Johor kata, muar lagi sedap.. he.he.he 😀