Resepi free kek batik coklat moist nie dah lama saya bagi. Kalau tak silap pada tahun 2011 dalam bentuk ebook percuma. Sekarang saya dah masukkan dalam artikel ini di bahagian bawah ya.
Sebelum tu jom tengok dulu komen kek harijadi macam kedai secret recipe.
Kalau beli kek ni di secret recipe, mahal gilos. Kalau buat sendiri, boleh makan sepuas-puasnya. Kalau jual, banyak untung. Anda boleh belajar di www.deco.rahsiakek.com
Resepi Kek Batik Coklat Moist
Jom kita belajar buat kek batik coklat moist yang sangat sedap ini.
Bahan-Bahan Kek Batik Moist Coklat
Bahan A
Milo – 50gm
Nestum – 50gm
Koko – 50gm
Gula Pasir – 80gm
Susu Segar – 200gm
Bahan B
Mentega – 100gm
Telur – 2 Biji
Esen Vanilla – 1 Sudu Besar
Coklat Masakan – 50gm
Bahan C
Biskut Marie – 200gm
Hiasan – Chocolate Rice / Color Ball
Cara Membuat Kek Batik Coklat Moist
Langkah Pertama: Timbang dulu kesemua bahan-bahan resepi kek batik ini.
Langkah Kedua: Patahkan biskut marie kepada empat bahagian atau saiz yang lebih kecil seperti di atas.
Langkah Ketiga: Masukkan ke semua bahan A ke dalam kuali. Masak dengan api sederhana.
Masak sehingga gula cair sahaja.
Langkah Keempat: Masukkan bahan B. Masak sehingga sedikit pekat. Apabila hampir pekat matikan api.
Jangan terlalu pekat, nanti susah pula nak dikacau dengan biskut marie.
Dah boleh matikan api ya.
Tips Sedap: Nak lagi sedap & mudah dipotong, lepas matikan api, tambah 50gm coklat masakan yang dipotong kecil dan kacau. Guna coklat masakan biasa atau dark chocolate. Tapi jangan guna milk chocolate ya.
Langkah Kelima: Ambil sedikit adunan coklat dan masukkan ke dalam bekas kecil. Tujuannya untuk topping pada atas kek batik di akhir nanti
Langkah Keenam: Masukkan 200gm Biskut Marie yang telah di patahkan dan kacau sehingga bercampur. Kacau perlahan-lahan untuk elak biskut marie hancur.
Langkah Ketujuh: Seterusnya masukkan kek batik coklat ke dalam acuan atau bekas kecil. Kemudian dengan menggunakan sudu, tekan kek batik moist sehingga ia padat.
Langkah Kelapan: Tuangkan coklat yang kita simpan tadi ke atas kek batik coklat moist dan ratakan dengan belakang sudu. Kemudian taburkan color ball atau chocolate rice di atas kek batik sebagai hiasan
Langkah Terakhir: Simpan di dalam peti sejuk dalam 4-5 jam. Kemudian barulah boleh dihidang. Boleh potong menggunakan pisau. Berhati-hati ketika mengeluarkan kek batik coklat moist dari acuan supaya tidak hancur.
Selamat mencuba yaa….
Biasa orang jual beratus ringgit, kek indulgency ni. Memang banyak untuk. Kalau nak belajar buat indulgency cake macam di secret recipe, boleh belajar di www.deco.rahsiakek.com . Siap belajar bermacam-macam kek harijadi lagi.
akubiomed says
Terliur melihatnya. Thorbaik
Hairul Hissam says
boleh cuba buat di rumah..