Sempat juga share resepi biskut raya sebelum hari raya. Yessss. Resepi nie paling simple dan mudah dari nota kerja di hotel dulu. Sepatutnya guna piping. Tapi leceh laa nak piping-piping nie. Kita masuk dalam paper cup sudah leee. Janji ada rupa biskut raya sudah leee. heee. Saya siap gaul dengan kurma cincang, cornflake, mix fruit, kismis dan bermacam lagi. Tu yang best.
Berkenaan manifesto untuk melancarkan pakej kek bersama pakej putu. Mohon maaf bebanyak. Sebab makcik saya dah mula sibuk pada bulan puasa. Kedainya turut menjual bahan-bahan kek dan biskut. So bila bulan puasa nie, memang busy la dia pack bahan biskut raya. Tambah lagi dengan biskut special kedainya. Saya sempat juga buat beberapa video sebelum puasa. Tapi susah juga nak buat video di kedai orang. Buat video time dia buka kedai lagi. hu.hu.hu.
.
Bahan-Bahan Resepi Biskut Raya Cornflake Butter Cookies
.
600gm Tepung Gandum
100gm Tepung Jagung
500gm Butter
250gm Icing Sugar
2 Biji Telur
.
Langkah-Langkah Resepi Biskut Raya Kurma Butter Cookies
Langkah 1: Pukul 500gm Butter dengan 250gm Icing Sugar. Seterusnya masukkan 2 biji telur dan pukul lagi. Pukul macam kat gambar di atas tu.
.
Langkah 2: Seterusnya masukkan tepung jagung dan tepung gandum. Kalau rajin, boleh lah ayak dulu :D. Masukkan sedikit demi sedikit tepungnya ya. Pukul dengan gear perlahan sehingga semua bahan bercampur. Digambar sebelah kanan tu saya bahagikan adunannya kepada empat. Yang pertama, saya gaul dengan kurma cincang. Yang kedua dengan mix fruit. Yang ketiga dengan chocolate chip dan yang ke empat dengan cornflake. So dapatlah 4 jenis biskut raya untuk hari raya. heeee Boleh juga gaul dengan kacang tanah goreng yang dikisar.
.
Langkah 3: Seterusnya masukkan ke dalam paper cup mengunakan sudu atau garfu. kalau nak cantik lagi, taburlah diatasnya dengan kismis cincang, badam cinciang, color bubble, chocolate rice atau sebagainya. Maaflah saya tak sempat nak beli semua tu. Seterusnya bakar pada suhu 150 darjah selama 15-20 minit sehingga bahagian atasnya sedikit brown. Baru-baru masak, ia agak lembut sikit. Tapi bila dah sejuk baru ok.
.
.
Inilah hasil biskut raya cornflake butter cookies. Dari empat jenis tu, yang paling saya suka ialah campuran mix fruit. Dah macam kek buah daaaa. Campuran chocolate chip pun sedap. Belum try lagi dengan campuran kacang tanah goreng dan kisar. Ok. untuk adunan yang tak sempat dibakar boleh disimpan di dalam peti sejuk dan dibakar bila ada masa free. Selamat mencuba yaaa.
ciknor says
bijaksana sungguh en hairul ni ye…terkesima jap saya.
selamat hari raya.
Hairul Hissam says
selamat mencuba dan selamat hari raya.. 😀
hafizmd says
Terbaiklah bro hairul.
InsyaAllah akan dicuba buat lepas raya ni….
Selamat hari raya bro hairul….maaf kalau ada tersalah bahasa…
Hairul Hissam says
Selamat mencuba dan selamat hari raya…. kalau biskut raya habis, boleh buat on the spot.. heee
UmmiKami says
Assalamu’alaikum dah makan ke belum… 🙂
Selamat menyambut hari raya ‘Aidil Fitri,
Buat menantu pilihan sedunia,
Semoga menjadi chef terhebat.
Hairul Hissam says
Wsalam, dah kenyang sampai tak boleh bangun nie 😛 .
perghhh.. sedunia tu. he.he.he..
terima kasih dan selamat hari raya.. 😀
Mohd Shubhi says
Sedap nampak kuih dalam gambar tu. Selamat Hari Raya Aidilfitri…moga ceria selalu. Jangan lupa posa 6
Hairul Hissam says
Terima kasih kerana mengingatkan dan selamat hari raya… 😀
puteri kasih says
menarik..satu adunan dapat buat 4 jenis biskut yang berbeza hanya dengan penambahan bahan-bahan sampingan. Terer la Hairul ni 🙂
p/s Selamat hari raya buat Hairul dan keluarga. Maaf zahir batin 🙂
Hairul Hissam says
Bukan empat je puteri.. nak buat lebih lagi pun boleh… rasanya itulah cara kilang2 yg buat kuih raya.. mereka guna adunan yg sama.. cuma bentuk je berbeza 😀
selamat hari raya dan maaf zahir batin.. 😀
puteri kasih says
sebenarnya mudah je kan nak buat biskut raya atau kek..yang penting kita tau bahan dan cara basic..yang lain tu boleh di olah ikut kreativiti kita sendiri..betul tak hairul? 🙂
Hairul Hissam says
Betul tu puteri, jauh lebih mudah dari belajar sains atau matematik form 5, heee 😀
TehR says
masuk hari ke-5 ni
molek sangat kalau jumpa resepi baru
selamat hari raya
maaf zahir batin
dunia dan akhirat
Hairul Hissam says
selamat hari raya dan maaf zahir batin bro…
kalau kuih raya habis stok, org masih dtg lagi.. boleh buat kuih raya nie… 😀
blackrosehunter says
hebat la bro buat kuih raya.. suka cornflake.. 🙂
Hairul Hissam says
Sebenarnya mudah je bro 😀
Blog Asyraf says
sedap biskut ni.. 🙂
Hairul Hissam says
InsyaAllah sedap. Ditambah lagi dgn kurma, tentu lebih berkhasiat 😀
gee nana says
assalam salam aidilfitri
en hairul tk byk2 sbb dpt gak tmbah koleksi resipi kuih raya
walau simple tp msti sedap n crunchy kan.msti cuba ni..
ok teruskan perjuangan dlm blog yg byk bg manfaat kat rakan2 yer..
wassalam n tq
Hairul Hissam says
Wsalam dan terima kasih kembali kerana sudi mencuba dan sokongan, cik nana….
InsyaAllah akan terus memberi info berguna kpd pembaca blog ini… 😀
Hafizul says
Hehe..piping tu apa bro?emm untung pandai buat kuih muih ni..nak makan tak yah tunggu raya.buat aje sendiri..hehe..saya bab masak ni rasa tak serasi la bro..rasa juga keinginan nak memasak ni..hehe..selamat hari raya bro..
Hairul Hissam says
Piping yg org guna utk menghias kek tu bro.. yg picit2 tu bro . heee..
betul la kata bro. kalau biskut raya nie boleh mengantikan gula2 atau jajan kan bagus…. boleh makan hari2…
selamat hari raya bro…. 😀
Hafizul says
ooo lagu tu yer piping..yang picit2 boleh wak bentuk2 ekk..hehe..baru tahu..
Hairul Hissam says
bila sebut picit2, tu yg syok. heeee 😀
mahani says
Terima kasih Hairul, share resepi yang simple tapi menarik ni. Bolih tambah koleksi resepi kuih raya saya. InsyaAllah, bolih cuba raya tahun depan.
Hairul Hissam says
Macam2 boleh buat dgn adunan tu cik mahani.. tentu lebih meriah.. 😀
super mak says
kagum saya…. t kasih hairul, satu idea yg sgt kreatif..
selamat hari raya.
Hairul Hissam says
Oh, nie resepi hentam sajeee.. heee . selamat hari raya super mak 😀
onlajer says
selamat hari raya bro,suka juga aku dengan biskut cornflake lagi – lagi yang bermadu
Hairul Hissam says
Selamat hari raya bro… tambah madu tentu lebih sedap dan berkhasiat.. 😀
ejah says
wah, kreatifnya en hairul…trima kasih, mesti cuba ni… ringkas & mudah:)
Hairul Hissam says
Rugi kalau tak cuba 😀
Mekar says
Tahun depan harus cuba resepi2 nih. Dah dapat 4 jenis cookies kan?..hehe
Salam Lebaran Hairul. terima kasih atas resepi2 yg di post selama ni.
Hairul Hissam says
Boleh jadi lagi 10 cookies kalau nak cik mekar.. tambah sikit warna dan bentukkan lain sikit.. so tak payah penat2 buat cookies yg berlainan.. selamat hari raya cik mekar.. 😀
kamisah says
assalamualaikum,
terima kasih kerana sudi berkongsi resepi..Insya Allah sy akan menambah koleksi biskut keluaran De’Akma.sebelum ni da mbik pakej rahsia bun dan Allhamdulillah sememangnya segala ilmu yg en hairul berikan semuanya menjadi dan telah merubah ekonomi keluarga sy..sy doakan en hairul menjadi KAYA DAN BERJAYA..Selamat hari raya aidilfitri..maaf zahir & batin
Hairul Hissam says
Wsalam. Tahniah puan kamisah kerana telah berjaya dalam bisnes makanan. saya pun tumpang gembira.. Semoga rezeki puan semakin bertambah ya 😀
habsah mohammad isa says
assalamualaikum….
slmt hari raya maaf zahir batin walau pun terlambat tp syawal masih berbaki lagi.
tk krn pos resepi yg sedap ni cumanya belum try lagi.
bagus idea tu satu adunan boleh buat 4 rasa yg berlainan.
tk.
Hairul Hissam says
Wsalam dan salam syawal buat habsah sekeluarga…
terima kasih atas pembelian pakej saya dan selamat mencuba resepi di sini.. 😀
Lell says
terima kasih daun keladi…..
Hairul Hissam says
sama2 .. 😀
devi says
hanya bisa membayangkan kelezatannya saja,,hemmmmmmmm
Hairul Hissam says
cubalah.. 😀
Azizah Che Rus says
Sungguh creative dan menarik resepi2 tu.
Hairul Hissam says
selamat mencuba..:D
Index Apk says
saya pernah buat ni,, rasanya memang sedap
Hairul Hissam says
raya tahun nie kena buat lagi kuih raya nie..
Halina says
Nmpk simple dan sedap..sy pun nk try buat ne…lagipun sy mmg gemar mkn biskut….
Hairul Hissam says
Sedap dan sihat tanpa bahan kimia tambahan. Slmt mencuba..