Program Kongsi Resepi Dapat Duit Tajaan Blog Hairul.com
Resepi Karipap Keledek ini kiriman Cik Azriey. Jom kita pelajarinya.
Bahan-bahan Resepi Karipap Keledek:
250g tepung gandum
2 sudu besar marjerin – panaskan
2 sudu besar minyak masak
garam
air
INTI Resepi Karipap Keledek
2 biji keledek
200g udang kering-tumbuk
setangkai daun kari
1 1/2 sudu besar kari ayam/daging – bancuh dgn sedikit air
1 biji bwg besar
garam
air
Cara Membuatn Resepi Karipap Keledek:
1. Untuk membuat kulit karipap – campurkan tepung, marjerin,minyak masak yang telah dipanaskan (utk mendapatkan kulit karipap yg rangup). Gaul rata. Bancuh garam dan air. Masukkan sedikit2. Uli doh hingga boleh dicanai dan mudah ketika mengelim.
2. Untuk buat inti – keledek dikupas dan dipotong dadu dan ketepikan.
3. Blend bawang besar. Tumiskan bawang , udang kering dan juga daun kari hingga naik bau. Masukkan pes kari dan kacau rata. Kemudian masukkan keledek, , air dan garam secukup rasa. Rebus sehingga keledek empuk dan air kering. tutup api.
4. Apabila inti telah sejuk, boleh la mulakan proses mencanai. Asingkan daun kari
5. Masukkan inti keledek dan tutup serta kelim mcm biasa.
6. Goreng dengan api yang sederhana.
Hairul.com: Terima kasih kepada Cik Azriey kerana sudi berkongsi resipi karipap keledek
Leave a Reply