Teringat pada tahun 2009 dan 2010. Pada masa tu ramai betul jual panduan belajar dalam bentuk ebook dan video. Memang ramai. Macam-macam jenis panduan belajar ada. Ada yang siap berhenti kerja lagi untuk jual ebook panduan belajar nie. Tapi akhirnya ramai yang senyap sunyi, gulung tikar dan terpaksa cari kerja semula.
Bukan ebook atau video mereka tak bagus. Tapi kelemahan menjual panduan belajar ialah orang tidak akan beli berulang kali seperti beli goreng pisang. Macam mana bagus panduan tu, orang tetap akan beli sekali je. Dan kawan-kawan mereka pun akan beli sekali juga. So penjual terpaksa terus menerus mencari pembeli baru. Atau membuat produk baru. Memang penat di masa hadapan. Sebab tu ramai yang lingkup.
Berbeza dengan menjual makanan. Pembeli dan kawannya akan terus membeli dan membeli berulang kali. So bisnes akan berkembang maju kerana pembeli sedia ada dan pembeli baru akan terus membeli. Macam akak dalam gambar di atas. Dua tahun lepas beli dvd taufufah di www.rahsiataufufah.com dan sampai sekarang bisnes taufufahnya masih maintain dan terus berkembang. Sebab itu bisnes makanan terbukti ramai yang berjaya. Bila dah berkembang maju dan ada pekerja, lagi laa senang.
Memang ramai yang telah berjaya dengan bisnes makanan sebab keuntungannya berterusan dan bertambah. Tempahan atau jualan pun akan bertambah macam abang yang jual kek tu. Berbeza dengan menjual ebook atau video panduan belajar. Mula-mula ramai beli. Tapi selepas semua orang dan kawannya telah beli, mula laa sales menurun. Selepas tu, letih laaa mencari pembeli baru atau buat produk baru. Kalau tak dapat pembeli baru, memang gulung tikar laa jawabnya. Silap haribulan, rumah dan kereta pun kena tarik. Dengan bini sekali cabut lari. hu.hu.hu..
Puteri says
Sedap tgk kekkkk!
Hairul Hissam says
sedapnya mmg tak terkata. hanya pembeli dvd kek jee yg taw. heee
Puteri says
Hahaha!
Ok, nanti kite beli kek boleh terus makan 😛
Hairul Hissam says
Kalau dapat buat sendiri, lagi seronok taw…heee
zool says
Betullah tu.. jual ebook dan video boleh lingkup lepas dah ramai beli..
atau dalam erti kata lainnya dah tepu./.
kena ada bisnes yang akan dibeli berkali-kali ..
tak boleh harap ebook dan video sahaja
Hairul Hissam says
Mmg tepat sekali tu bro.. kena ada bisnes yang org beli berulang kali.. baru bisnes boleh berkembang maju dan bini tak cabut lari. heee
raihanah says
oo dah tutup ke. takpe nanti boleh tambah baik la kan
Hairul Hissam says
Dah tutup, tak perlulah tambah baik lagi. heee
so fokus jual dan improve produk yg terbaik shj…
Uncle Zuan says
business makanan ni memang laku keras kan. nak nak klu kita memang niaga nak bagi orang makan dan nak untung. memang laku keras lagi
Hairul Hissam says
Mmg betul tu bro.. laku dan berterusan sbb org mmg hari-hari makan kan..
onlajer says
Bisnes makanan memang menguntungkan bro, lagi peluang untuk orang beli berulang kali sangat tinggi
Hairul Hissam says
Mmg betul tu bro..bisnes makanan lebih terjamin income dan keuntungannya..
Hairul Hissam says
Skrg jual produk terbaikkkk yg ramai puas hati sahaja…
mrhanafi says
memang betul tu bro..pembaharuan amat diperlukan supaya kekal diterima oleh para pembaca
Hairul Hissam says
betul tu bro dan memilih bisnes yg income berterusan serta pembeli membeli berulang kali pun penting bagi bisnes terus berkembang..
ema says
tengah fikir-fikir juga nak buat sambilan bab masakan ni,,, to itulah masa tak mencukupi..InshaAllah satu hari nanti.
Hairul Hissam says
Elok belajar dulu pada waktu terluang.. nanti dah pandai.. bila2 masa boleh start bisnes…
Noriza Abdul Rahman says
Alhamdulillah, semakin banyak ilmu yang diajar semakin banyak saham yang dikumpul disana. Semoga terus sukses chef Hairul
Hairul Hissam says
Semoga membantu org Malaysia berniaga..