Petua ini kiriman Cik Rozimariati (Azriey amrie) dalam Kuiz Kongsi Petua dapat hadiah
Kelemumur menyebabkan kepala gatal dan mengotorkan rambut. Memang merimaskan apabila rambut ada kelemumur ini. Tentu ramai mencari cara menghilangkan kelumumur dengan berkesan.
.
Petua Cara Menghilangkan Kelemumur
1. Selepas rambut dibasuh, lumurkan dengan beberapa potong limau nipis. Biarkan selama 15 minit. Kemudian cuci dengan air sehingga bersih. Kelemumur bukan sahaja dapat diatasi bahkan rambut menjadi lembut dan bersinar.
2. Kisar tiga batang serai bersama dua biji limau nipis hingga lumat. Kemudian tapis dan ambil patinya. Sapu pada seluruh rambut seperti menggunakan syampu. Gosok rata-rata dan biarkan selama 15 minit. Bilas dengan air biasa hingga bersih. Amalkan dua kali seminggu.
3. Rendam halba dan kacang hijau selama setengah jam. Kemudian tumbuk sehingga hancur. Campurkan ke dalam secawan santan pekat dan sapukan pada rambut. Biarkan selama 15 minit sebelum dibilas dengan air bersih. Lakukan dua kali seminggu.
Cubalah Petua Cara Menghilangkan Kelemumur ini. Insya Allah, rambut anda akan bebas kelemumur dan cantik menawan…
Admin: Tima kasih Cik Rozimariati atas kiriman Petua Cara Menghilangkan Kelemumur ini 😀
P/s: Jangan lupa membaca artikel sebelum ini iaitu Petua cara mengelak mata berair memotong bawang. Tapi sebelum itu, kliklah button Like. Baru saya tahu anda sukakan artikel ini.
ohcikgu says
ok. boleh cuba petua nih.
Petua Emak says
selamat mencuba cikgu..
gloryatie says
kalau bab limau nipis, memang saya selalu cuba kat rumah untuk menghilangkan kelemumur. memang berkesan. selain tu kita kena tahu rambut kita bermacam kategori. setiap individu berbeza kesensitifannya. so elakkan penggunaan syampoo yang tidak sesuai dengan rambut. so, kenala tahu yang mana satu syampoo yang sesuai untuk kita, jangan terikut-ikut dengan iklan je 🙂
Petua Emak says
benar tu.. kalo syampu yg tidak sesuai.. boleh merosakkan rambut…. elok guna yg asli, kurang kesan sampingannya…
choco nila says
boleh cube cara ni juga>>ambil beberapa helai daun nangka dan daun durian, masukkan ke dalam mangkuk atau gayung. masukkan air dan ramas daun-daun tersebut. gunakan air ramasan sebagai syampu.amalkan selalu.
arof says
Ini yg sy muskil…org kata kalo syampu rambut jgn smpai kena kulit kepala? Benarkah? Tp bagaimana pula dgn 0rg yg ade mslah kelemumur? Takkan nk cuci rambut 2 jer? Logik nya kulit kpala yg bermaslh bkn? Patut pijat kulit kepala atau tidak syampu n conditioner 2?