Kalau bil elektrik korang tinggi, Tukar je lampu panjang yang 40w tu kepada lampu mentol led 3w. Guna 2 atau 3 mentol led 3w pun dah terang.
Sambil tu, jom tengok bermacam fesyen lampu di rumah saya.
Tapi sebelum tu jom tengok testimonial rahsia taufufah
Kalau nak berniaga taufufah dengan supply ke gerai, pasar malam atau kedai makan. Bolehlah belajar di Kelas Air Soya Taufufah <<< Klik Sini
Kalau buat taufufah asyik tak jadi, boleh belajar dengan video saya. InshaAllah lagi sedap sebab ramai yang telah berjaya berniaga. Jom belajar di www.rahsiataufufah.com
Cara Jimat Elektrik Di Rumah Sendiri
Cara jimat elektrik ni guna mentol led 3watt. So nak pasang mentolnya, kenalah beli wall lamp atau ceiling lamp. Kalau nak jimat, beli lamp/bulb holder e27 yang harga rm4.
Bawah ni wall lamp dan ceiling lamp di rumah saya.
Tiga lampu nie saya pasang sendiri. Tak de laa susah sangat pasangnya. Cuma panjant siling tu buat lenguh kaki jee.
Dua lampu nie saya upah orang pasang. Risau pula, kalau pasang sendiri, tercabut dan hempap kepala. Sebab lampunya berat.
Setiap lampu tu saya guna dua biji mentol led 3w je. Oklah terangnya. Yang penting jimat elektrik.
Lampu nie pula dah lima tahun pasang. Memang tahan lama. Rasanya seumur hidup lah guna. Boleh dikatakan pelaburan jangka panjang yang menguntungkan.
So tak rugi guna sikit duit untuk tukar lampu-lampu di rumah. Sebab pulangannya berlipat kali ganda dengan penjimatan seumur hidup.
Kalau nak jimat ruang, beli kipas yang siap lampu di tengah seperti gambar kanan. Atau pasang lampu sportlight di tepi kipas.
Cuma lampu sportlight nie, cahayanya fokus ke bawah jee. Tak menerangi seluruh kawasan. Saya pun jarang on kan lampu sportlight tu.
Lampu-lampu nie bukan setakat jimat elektrik, malah menjadikan rumah lebih cantik dan menyerlah.
Seronok pula bila tengok tetamu masuk rumah dengan mulutnya ternganga ketika masuk. ha.ha.ha..
Lampu-lampu nie saya beli sikit demi sikit. Tambah sikit.. tambah sikit.. Lama2 penuh juga.
Jenis lampu bulb e27 yang digunakan.
Saya lebih suka beli mentol brand panasonic dan philip. Rasanya sedap lebih dipercayai. Dan
Saya guna bulb led 3w 6500k, warna cool day light (putih). Kalau warna warm white, cahayanya kekuningan.
Kalau nak terang lagi, beli lah yang led 10w.
Jom Kira Berapa Banyak Jimat Elektrik
Bayangkan setiap lampu, jimat 34w (40w-6w). Untuk 10 buah lampu, dah jimat 340w (10x34w). Penjimatan 340w sehari tu. Kalau sebulan dah jimat 10,200w. Kalau setahun. Perghhh.. Untung giler.
Modalnya tak de lah besar jika beli jenis lampu yang biasa. Beli wall lamp, senang pasang dan harganya murah.
Semoga artikel ini dapat membantu anda jimat elektrik.
akubiomed says
Dari sejak awal lagi masuk rumah baru saya wiring soket lampu jenis energy saver. Pada masa itu lampu versi LED belum keluar lagi. Mahalnya ya amat beli lampu jenama Philips energy saver. Sekali kena lampu kena kilat rasa nak nangis. Sekarang ini sudah ada lampu energy saver versi LED boleh dapat murah di MrDIY. Setakat ini pakai lampu LED dari MrDiy masa bertahan lama. Tak lagi nak beli jenama Philips dan OSRAM harga mahal. 🙂
Hairul Hissam says
Barang Mr Diy mmg murah. Saya pun suka beli di Mr DIy terutama barangan bekas plastik.
Rasanya dimasa hadapan tentu harga lempu led philips akan lebih murah..
mrhanafi says
memang betul betul menjimatkan bro.
jika selalu fikir cara nak jimat..akan timbul idea untul tujun tersebut.
perkongsian yang sangat menarik
Hairul Hissam says
dgn harga barang semakin meningkat nie kena usaha jimat kos.
anies says
taufufah time bulan puasa nampak sedap. bulan lain nmpk biasa je hahaha
Hairul Hissam says
kalau buat sendiri, lagi bertambah sedapnya. heeee