Kalau bil elektrik korang tinggi, boleh lah cuba cara nie. Tukar je lampu-lampu fluorescent yang 40w tu kepada lampu bulb led. Guna dua mentol led 3w pun dah terang. So korang akan jimat 34w untuk setiap lampu. Memang banyak jimat tu. Seumur hidup pula tu. Tapi sebelum tu jom tengok testimonial rahsia taufufah
Kalau nak berniaga taufufah dengan supply ke bazar ramadhan atau pasar malam. Bolehlah belajar di Kelas Air Soya Taufufah <<< Klik Sini
Cara Jimat Elektrik Di Rumahku Sendiri
Bila balik rumah sendiri nie, macam2 nak diubahnya. Baru-baru nie terfikir guna mentol led 3w. Terus cari dan beli lampu-lampu yang guna mentol bulb e27. Beli yang murah jee. Akhirnya semua lampu di rumah berjaya ditukar. Niat hati nak jimatkan karen jeee. Bukan sebab nak raya.
Tiga lampu nie saya pasang sendiri. Tak de laa susah sangat pasangnya. Hanya perlu buka wayer dari lampu lama dulu. Jika nak pasang tempat baru, kena tebuk lubang ceiling dengan scewdriver. Lepas tu panjat atas ceiling. Tarik wayer dan masukkan ke dalam lubang cronice yang ditebuk tadi. Turun balik bawah dan pasang wayer dan lampu pada dinding. Wayer hitam sambung hitam. Wayer kuning sambung putih. Dan wayer hijau bumi tak guna. Siap. Sambung wayer guna pvc cable connector. Kalau tak tahu cable connector, klik link ini
Dua lampu nie saya upah orang pasang. Risau pula, kalau pasang sendiri, tercabut dan hempap kepala. Sebab lampunya berat. Upah pasang rm50 setiap lampu. Oklah. Tapi kalau buat sendiri, dah jimat rm100. Macam-macam boleh beli dengan rm100. Setiap lampu tu saya guna dua biji mentol led 3w je. Oklah terangnya. Yang penting jimat elektrik.
Lampu nie pula dah lima tahun pasang. Memang tahan lama. Rasanya seumur hidup lah guna. Boleh dikatakan pelaburan jangka panjang yang menguntungkan. So tak rugi guna sikit duit untuk tukar lampu-lampu di rumah. Sebab pulangannya berlipat kali ganda dengan penjimatan seumur hidup.
Kalau nak jimat ruang, beli kipas yang siap lampu di tengah seperti gambar kanan. Atau pasang lampu sportlight di tepi kipas. Cuma lampu sportlight nie, cahayanya fokus ke bawah jee. Tak menerangi seluruh kawasan. Saya pun jarang on kan lampu sportlight tu. Sebab nak kena ada 6 mentol, baru cantik cahayanya. Rasanya lazat bazir elektrik laaa.
Lampu-lampu nie bukan setakat jimat elektrik, malah mencantikkan rumah. Menjadikan rumah lebih menyerlah. Seronok pula bila tengok tetama datang rumah dengan mulutnya ternganga ketika masuk. ha.ha.ha.. Lampu-lampu nie saya beli sikit demi sikit. Tambah sikit.. tambah sikit.. Lama2 penuh juga.
Jom Kira Berapa Banyak Jimat Elektrik
Bayangkan setiap lampu, jimat 34w (40w-6w). Untuk 10 buah lampu, dah jimat 340w (10x34w). Penjimatan 340w sehari tu. Kalau sebulan dah jimat 10,200w. Kalau setahun. Perghhh.. Untung giler. Modalnya tak de lah besar jika beli jenis lampu yang biasa. Beli wall lamp, senang pasang dan harganya murah.
Jenis lampu bulb e27 yang digunakan.
Saya lebih suka beli mentol brand philip. Rasanya sedap lebih dipercayai. Dan saya guna bulb led 3w 6500k. Warnanya pula saya pilih warna cool day light. Kalau warna warm white, cahayanya kekuningan. Kalau nak terang lagi, beli lah yang led 10w.
Semoga artikel ini dapat membantu anda jimat elektrik.
akubiomed says
Dari sejak awal lagi masuk rumah baru saya wiring soket lampu jenis energy saver. Pada masa itu lampu versi LED belum keluar lagi. Mahalnya ya amat beli lampu jenama Philips energy saver. Sekali kena lampu kena kilat rasa nak nangis. Sekarang ini sudah ada lampu energy saver versi LED boleh dapat murah di MrDIY. Setakat ini pakai lampu LED dari MrDiy masa bertahan lama. Tak lagi nak beli jenama Philips dan OSRAM harga mahal. 🙂
Hairul Hissam says
Barang Mr Diy mmg murah. Saya pun suka beli di Mr DIy terutama barangan bekas plastik.
Rasanya dimasa hadapan tentu harga lempu led philips akan lebih murah..
mrhanafi says
memang betul betul menjimatkan bro.
jika selalu fikir cara nak jimat..akan timbul idea untul tujun tersebut.
perkongsian yang sangat menarik
Hairul Hissam says
dgn harga barang semakin meningkat nie kena usaha jimat kos.
anies says
taufufah time bulan puasa nampak sedap. bulan lain nmpk biasa je hahaha
Hairul Hissam says
kalau buat sendiri, lagi bertambah sedapnya. heeee