Sebenarnya hacker ni bukannya dia godam akaun fb, email, ig atau tiktok anda. Mereka hanya buat tipu muslihat dalam mendapatkan password dan username akaun fb, email dan ig anda.
Sebelum saya cerita cara tipu muslihat mereka, jom baca dulu komen pembeli rahsiaputu
Semoga brother ini murah rezeki dengan menjual putu mayam nanti. Tengok putu mayamnya pun dah meleleh air liur. Korang juga boleh belajar buat putu mayam yang gebu dgn klik link ini www.rahsiaputu.may.my
Pengalaman sendiri hampir kena hack akaun fb
Bulan lepas saya ada terima notifikasi amaran dari admin fb. Katanya page fb saya melanggar peraturan fb. Katanya lagi fb page saya akan ditutup segera. Dia minta saya klik link notifikasi tu untuk memberi pengesahan.
Cuak juga saya dibuatnya. Saya pun terus lah klik link notifikasi dari admin fb tu. Ia membawa ke satu laman web lain dan meminta saya memasukkan username dan password fb.
Nasib Baik Allah s.w.t. tolong…
Masa nak masukkan password, nasib baik tergerak hati nak tengok dulu laman webnya. Dalam hati, “Apesal pulak laman webnya bukan laman web fb”
Nasib baik teringat zaman email dulu. Zaman email dulu memang pernah terima email amaran yg akaun email akan di tutup sama seperti notifikasi FB tadi. So sahlah hacker atau scammer nak dapatkan password saya dan ambil alih fb saya.
So saya abaikan laa notifikasi fb tu. Alhamdulillah beberapa minggu kemudian tiada apa berlaku. Page fb saya tidak ditutup. Dan saya boleh guna page dan fb saya seperti biasa.
Cara Tipu Helah Mereka Sama Sahaja Dari Dulu…
Samada email, fb, ig atau tiktok. Cara mereka nak hack, sama sahaja dari dulu. Mereka hanya menyamar sebagai admin fb atau company email. Kemudian menakutkan anda untuk segera beri username dan password fb anda di laman web lain.
Selepas dapat password mereka akan log in fb anda dan ambil alih fb anda dengan tukar username, password dan no hp anda.
Kalau anda ada masukkan credit card atau debit card dalam fb tu, habislah mereka akan gunakan seperti beli fb ads.
Nasihat saya, jika anda terima notifikasi fb, ig, tiktok yang membawa anda ke laman web lain. Kemudian minta password fb… abaikan sahaja. Tengok betul-betul laman webnya. Jangan sesekali isi password di laman web yang bukan laman web fb, ig atau tiktok.
Kalau dapat call, sms dan whatsapp minta password dan username pun jangan bagi. Macam2 cara tipu helah mereka untuk dapatkan username dan password anda.
Kenapa Ramai Kena Tipu Ribuan Ringgit Dgn Scammer Call.
Kalau korang baca berita, ramai sangat rakyat malaysia kena tipu ribuan ringgit dengan scammer call ni. Yang kena tipu, lawyer, pegawai bank, guru, doktor dan golongan terpelajar pulak tu.
Mereka kena tipu dgn scammer yang menyamar jadi polis dan bank negara guna phone je. Lepas tu mereka minta anda pindahkan wang ke dalam bank lain untuk siasatan.
Guna call nie senang kena tipu sebab kita susah nak berfikir panjang. Dengan soalan scammer yang bertubi2 menakutkan mangsa… Tu yang ramai kena tipu dengan penyamaran mereka.
Sebab itu, saya sekarang lebih suka guna wasap sahaja. Senang nak fikir dan jawab jika ada scammer menyamar sebagai pembeli.
Guna wasap ni pun lagi senang jawab soalan pembeli. Copy paste ajeee detail pakej dan cara beli pada pembeli.
Kalau dulu zaman email, teruk juga saya kena jawab call. Dah tak boleh buat kerja lain, asyik layan call. Sekarang nie senang, tak sampai seminit copy paste jawapan pada pembeli.
Nasihat saya, kalau korang nak elak kena scam ribuan ringgit. Tak payah angkat call dari orang tak dikenali. Reply jee call tu dengan wasap. Dalam wasap senang korang nak fikir panjang dan senang nak abaikan.
Semoga artikel ini bermanfaat. Dialukan klik button share supaya kawan korang pun tak kena tipu.
Leave a Reply