Saya beli juga sebuah buku hasil nukilan seorang arab iaitu Ahmad Salim Baduwailan. Buku ini diterjemahkan oleh Muhammad Uria bertajuk Berubat Dengan Buah Tamar. Bila dibaca, perghhh. Banyak betul khasiat buah kurma yang tidak diketahui. Patutlah Rasulullah s.a.w. berpesan “Rumah yang tiada kurma, penghuninya sentiasa lapar”. Ini sebenarnya satu galakkan dari Rasulullah s.a.w. yang mengetahui betapa besar khasiat buah kurma ini. Inilah tips dan cara yang diperlukan untuk kuruskan badan
Tips Cara Kuruskan Badan Dengan Kurma
Ok. kembali pada tajuk artikel ini iaitu tips nak kuruskan badan dengan buah kurma. Mesti ramai yang suka tips ini. Sebabnya ia mudah dan jimat wang. Caranya, jadikan buah kurma sebagai hidangan makan malam anda. So waktu malam, tak perlulah lagi makan nasi dengan lauk pauk. Tetapi gantikan dengan buah kurma. Cubalah buat dalam sebulan. InsyaAllah berat badan anda akan menurun. Badan pun lebih kurus, slim dan sihat.
Sebenarnya pada waktu malam, tubuh badan kita perlu banyak berehat. Jika tidak, makanan yang dimakan hanya akan menjadi lemak dan memberi tekanan pada organ tubuh kita. So amalan memakan kurma pada waktu malam memberi rehat pada organ di dalam tubuh kita. Seterusnya memberi kesihatan organ dan tubuh yang lebih baik. Tambahan lagi kurma memberi tenaga yang cepat pada tubuh kita. Inilah cara mudah kuruskan badan yang berkesan dan berkhasiat. Tips ini memang best.
Anda juga boleh membaca tips menurunkan berat bedan yang saya tulis sebelum ini. Sebelum ke sana, kliklah button like jika sukakan artikel ini. :D.
P/s: jangan lupa dapatkan resepi lazat percuma di sidebar kanan blog ini ya.. :D.
bEe says
Kurma bagus utk kesihatan…..
tips ini baik Utk ibu mengandung lagilah sesuai krn baik utk pertumbuhan utk bayi dlm kandungan.
Di samping tu, takde kolestrol π
Hairul Hissam says
Dalam buku tu ada tentang ibu mengandung. Katanya kurma mengandungi ‘axiotosin’ yg cukup baik untuk menguatkan rahim dan memudahkan keluarnya janin. Selain dari cara kuruskan badan, ia juga mmg bagus untuk ibu bersalin… π
Nurul aina izzati says
Yes.sye sokong
Hairul Hissam says
semoga bermanfaat..
super mak says
hebat nyer buah kurma… sentiasa diberkati
Hairul Hissam says
Memg byk khasiatnya Super mak, yang best boleh kuruskan badan . π
Lizz says
hm, aduh lupalah aritu masa pergi langkawai ade tourist guide ni ajar cara org arab jaga badan. untuk dapatkan tenaga dan sekaligus diet tp yg saya ingat kurma, tin,zaitun,kismis n ape ye lagi 1.x ingat!!! tp basically semua ni rendam dalam air semalaman dan esok pagi minum airnya.
Hairul Hissam says
Benar tu cik lizz.. teringat lagi masa saya kat U… ada juga ikut kelas agama.
mmg bagus katanya, rendam kurma semalaman sebelum dimakan dan diminum airnya.
Mmg diamalkan di zaman rasulullah s.a.w.. Tentu banyak manfaat dengan tips dan cara ini
Meera says
nak cari buku tu mungkin lambat. Alang2 dah En Hairul dah ada bukunya, bolehlah sy bertanya. Agak2nya berapa biji kurma yg perlu dimakan pd waktu mlm?. Kebiasaanya 3 biji spt yg diamalkan dlm bulan puasa.
Hairul Hissam says
Wsalam cik meera. Oh sebenarnya bergantung juga pada saiz kurma dan tubuh kita.
Boleh dimulakan dengan makan 7 biji kurma. Nanti kalau terasa lapar, makanlah lagi beberapa biji.
Selamat mencuba cara kuruskan badan ini. . tq π
fiza says
nak cube la cara ini…nak tgk hasil nnt…jd ke x…hehe..tq en.Hairul..
Hairul Hissam says
Nanti bagitawlah hasilnya ya cik Fiza.. Mesti ramai nak dengar testimonialnya π
titan says
emm..kena makan kurma waktu malam la ek..
Hairul Hissam says
Yap.. nanti otak pun bertambah cerdas en. titan….. π
chii says
kalo dibuat jus pun..sedap gak kan..
chii suka kurma YT..
tp memang x nafikan..kurma mmg banyak sangat khasiatnya =)
Hairul Hissam says
yap.. mcm2 boleh buat cik chii…
masa kat hotel dulu.. celup ngan batter dan goreng.. pown ramai org makan :D..
Kalau selalu amalkan, nanti badan cik chii sentiasa kurus dan slim.. π
chii says
celup dlm butter? errr..apa je rasanya kan
Hairul Hissam says
bukan butter la cik chii.. tapi batter.. tepung goreng pisang
celup dan goreng.. cubalah try.. π
aina says
dulu2 tak suka makan kurma..tapi sekarang jadi my favourite lagi.. haha..
Hairul Hissam says
Rasanya kurma lagi sedap dari gula-gula kan.. makan byk pun gigi tak sakit.. π
haidar says
saya kurang gemar makan kurma kerna rs nya yg manis.when dh kn paksa makan,sy gagahkan jg tp saya terus telan n minum air putih…sy bkn penggemar manisan,so bagaimana langkah terbaik utk saya meneruskan amalan pemakanan kurma dalam menu seharian saya?sy mmg rs sgt2 rugi kerna x dpt nk abiskan sebiji kurma gara2 rs manis yg ada pd kurma…whal khasiatnya sgt bguna.
Hairul Hissam says
Saya tak pasti pula la cik haidar cara untuk mengurangkan rasa manis tu….
Tips dari saya, Mungkin boleh makan bersama roti atau benda yang tawar.
Tapi kalo kita biasakan..insyaAllah.. lama2 ok…
yg best cara ini boleh kuruskan badan π
aina says
yup..btol tu btol..
Hairul Hissam says
he.he.he π
Dulu Lain Sekarang Lain says
Memang bagus kalu dapat train diri makan makanan berkhasiat seperti buah kurma nie. Zaman ni terlalu byk makanan berminyak sbb sonang masak kalu goreng. Akibatnya ramai yg kantoi sakit jantung. Nanti kawe cuba gak lah diet kurma.
Hairul Hissam says
Itulah salah satu punca dari penyakit bro…. makanan berminyak.. berkimia.. dan mcm2…
Yg bestnya kurma nie tahan lama dan mudah disediakan..best kan cara ini.
p/s: malam tak perlulah penat2 memasak lagi
dapat kuruskan badan lagi.. π
emysyazeira says
sgt2 gemar makan kurma.. <3<3
plg mudah nk dpt wktu bln puasa..
lpas bulan nie.. agk sukar nak peroleh..
apa pun smemgnyer kurma sgt bnyk khasiatnyer.. =)
Hairul Hissam says
mmg susah nak cari lepas raya nie cik emy.. mencari jugak saya..
nasib baik la ada lagi dijual di pasar besar larkin.. π
jais says
Ada sesiapa yang tahu petua tradisi bagi masalah angin dalam badan banyak,perut macam kembung selalu,terlalu kerap sendawa,nak kata gastrik perut tak dah pedih sangat macam kawan yang kena gastrik…harap dapat membantu
Hairul Hissam says
kalo masalah masalah perut ni.. makan je bawang putih bakar en. jais….
makan setiap hari insyaallah baik dengan izinNya… cuba baca artikel dibawah:
Artikel khasiat bawang putih
suri says
kurma terus ingt nak baut jus kurma sedap2…manis2 buah tu heee
Hairul Hissam says
Kalo buat Jus kurma kacip fatimah… mesti laku π
Juan says
aku memang suka kurma, tp kurma kalau waktu biasa susah nk jumpa la kalau nk dijadikan amalan
Hairul Hissam says
Memang susah nak cari lepas raya nie…
sebab permintaannya kurang selepas raya…
Cubo en. juan.. tanya kawan2 .. mesti ada jual punya π
Sharom says
order terus dari Yusof Taiyoop dari kilangnya di Pulau Piang atau mana2 branch yg terdpt dlm Malaysia ni…
Google pasti dpt punya…..
Hairul Hissam says
tima kasih atas info tu… π
nizamghazi says
Salam hairul π
Lama tak singgah sini…
Berkenaan dengan buah kurma ni memang tak dinafikan
dengan pelbagai khasiat dalamnya. Boleh sy kata
kurma adalah buah yang paling sedap di dunia π
Tapi sy jarang makan buah kurma sebab femes time bulan puasa je.
Hairul Hissam says
Wsalam en nizam… yelah.. mesti bro busy nie… byk projek la tu . :D…
saya pun baru cuba2 amalkan…
hari tu gigi saya sakit dan bergoyang akibat byk makan chocolate homemade buatan sendiri..
tapi lepas beberapa kali makan kurma.. hilang sakit giginya…. mmg byk khasiat kurma nie…
Kak Mala says
Terima kasih hantar artikel.Kak suka makan kurma tp susah nak dpt kecuali masa abg gi ceramah.
Hairul Hissam says
Tima kasih kembali kak mala……
Kalo kat Jb nie.. boleh beli kat pasar besar larkin….
kat tempat lain. elok tanya2 org atau kedai.. mesti ada jual tu…. π
suri says
bro kurma campur asam boi mesti sedp kan heee…
kurma slu bulan pose mmg byk..skr kena cari heeee
bdan atas asal nmpk seska ei…
Hairul Hissam says
Best gak idea tu.. mesti sedap jus kurma ngan asam boi…
itulah badan abg macho yg paling Ok yg jumpa kat google.. π
fiezaradzi says
tul, tima puasa mmg byk, time2 cmni, kena usaha sikit la kan suri..
Hairul Hissam says
Usaha tangga kejayaan… π ….
M. Noor says
Betul kata han tu….
fiezaradzi says
mmg bagus kurma ni.. leh la amalkan lepas ni.. biasanya makan roti je malam2.. pasni leh tambah supaya perut lebih sedap…
Hairul Hissam says
InsyaAllah .. perut bertambah kenyang .. badan pun bertambah sihat nanti cik fieza….
koko says
kurma kisar dgn susu buat jus sdap ah. campur kismis lg byk khasiat utk bodi
Hairul Hissam says
Mesti sedap dan berkhasiat tu.
tima kasih bro, mmg kena cuba nie π
MEKAR says
Apa yang menjadi sunnah Nabi Muhammad saw, semamngnya adalah yg terbaik utk diamalkan.
Hairul Hissam says
Benar tu cik Mekar, segala yang diamalkan oleh Rasulullah s.a..w tentu terbaik untuk kita… π
Hazmin Hamudin says
tak tau pulak kurma boleh kuruskan badan kan… memang logik jugak dengan apa yang dicadangkan tu…
Hairul Hissam says
InsyaAllah jika diamalkan mampu menurunkan berat badan. en hazmin π
tips says
ooooo.. saye nak syorkan kpd kwn & diri sendiri. thanks! π
Hairul Hissam says
Dialu-alukan bro tqvm π
ShashaCahaya says
Tak tahu plak kurma boleh kuruskan badan. terima kasih for the info π
Hairul Hissam says
Konsepnya kurangkan makan pada waktu malam dengan mengantikannya dgn kurma… cubalah π
Pinky Yell says
Buah kurma atau tamar memang dijadikan Allah mempunyai pelbagai kelebihan dan khasiat kerana mengandungi vitamin dan zat galian yang diperlukan oleh tubuh badan manusia. Apa yang saya tahu dari pembacaan kalau tidak silap, kita digalakkan memakan tamar dalam bilangan angka ganjil iaitu 1, 3, 5 atau 7 biji sekali makan. Untuk elakkan rasa manis, bagi yang sudah biasa tidak suka makanan manis boleh memilih kurma ajwa atau kurma nabi. Biasanya kurma yang datang dari Tanah Suci Mekah atau Madinah, kurang manis. Untuk mendapatkan bekalan, boleh menghubungi pembekalbuah kurma dari Syarikat Yussuf Taiyyob atau satu lagi syarikat / kedai di kawasan Sg.Besi/Sri Petaling, Kuala Lumpur. terpima kasih di atas artikel tips kuruskan badan ini
Hairul Hissam says
Itulah makanan para nabi yg sangat berkhasiat. π
ciksembang says
benar sangat petua ni.. kurma boleh mengenyangkan dan ambillah dlm 7biji
Hairul Hissam says
amat mengenyangkan cik sembang, mmemang mudah cara dengan kurma ini π
ieka says
so siang bole mkan ape2 jewla?
Hairul Hissam says
Yap siang makanlah apa sahaja selagi halal dan tidak berlebih-lebihan cik ieka π
nina says
sy suka artikel ni..
terima kasih en hairul..daripada cuba mcm2 baik amalkan kurma..inasya allah banyak manafaatnya. boleh beli kurma secara online di facebook Kurma(dates) Online..saya ada like
Hairul Hissam says
Yg bagusnya Cik nina, kurma nie tiada bahan kimia dan kesan sampingan π
miz ubai says
ma ksh atas perkongsian tips ni mmg mudah dan senang…saya pun nk amalkn nya..
kepada kawan2..jom kita amalkn mkn buah kurma..bukan utk tips kurus jer tp utk kesihatan ..byk khasiatnya..
Hairul Hissam says
Selamat mengamalkannya… π
Hairul Hissam says
Yap.. jom kita mengamalkannya… insyaAllah kurus, slim, menawan dan sihat π
salbiah othman says
tqvm akan cuba setakat ni saya amal kismis doa dgn air suam je. ye la kismis berkualiti agak mahal sikit. tapi kalau baik boleh diselangseli selari dgn khasiat makanan.
semoga hairul terus berjaya dimasa2 akan datang.
Hairul Hissam says
Mmg byk khasiat kismis nie kan cik salbiah… Jika tambah dgn kurma tentu lebih berkhasiat… tqvm ya π
Amiruddinbasri says
Bagus tips ni Tq
Hairul Hissam says
Semoga bermanfaat…..
Rokiah says
Salam…bagus sgt info yg ade di sini.cume sau perkara nk tanye, cmne saye nak save Quran yg ade kat tepi sebelah kana tuh…yg ade terjemahan dan bacaan sekali..maklumlah, tmpt saye ni bukannye selalu ade line internet yg elok…syahdu sgt dengar bacaan.boleh ikut skali.tolong, memang x pandai n nak sgt…pls…tq
Hairul Hissam says
Wsalam.. oh perkhidmatan online percuma.. mmg tak boleh save di komputer.. kena dengar online sahaja…. mmg banyak manfaat mendengar alquran nie.. π
Jebeng Otaiβ’ says
tp ade yg mengatakan buah kurma tidak boleh diminum dgan sus..btul ker??
Hairul Hissam says
tak pernah pula saya baca berkenaan hal tu… π
ida says
agak2 kan berapa jumlah kurma ye diperlukan tuk sekali makan(makan malam),,
saya suka makan kurma,,
tkot makan nnti terlebih lebih plak,,:)
Hairul Hissam says
Setahu saya tiada kesan sampingan jika terlebih makan.. Tapi elok makan 7 biji dulu.. kalo terasa lapar, makan lagi… π
sue says
insyaallah sue akan mencuba
Nurul says
salam…wahhh diet dengan kurma..??? bagus ni kalo cuba..
Hairul Hissam says
wsalam, insyaallah badan pun sihat jika diamalkan… π
Nurul says
insyaallah..trima kasih berkongsi ilmu..:)
Hairul Hissam says
tima kasih kembali π
BEN says
terbaiklah..teruskan usaha anda.. saya suka membacanya. Terima kasih.
Hairul Hissam says
Terima kasih kembali.. semoga bermanfaat π
super mak says
buah yg diberkati… percayalah kurma yg disimpan tidak akan dihampiri oleh semut kecuali kurma yg disira gula yg banyak… Maha Hebat Allah
Hairul Hissam says
Betul kata super mak.. semut tak akan naik kat buah kurma dan buah kurma nie tahan lama. Satu nikmat yg tak terhingga Allah s.w.t. berikan… π
suri says
assalamualaikum…..sy brminat dgn artikle ni…andai kate ia dipasarkn dlm bntuk tablet….adakh fungsi n khasiatnye akan brubah@trjejas?
Hairul Hissam says
Saya tak pasti pula.. tapi kurma mmg tahan lama.. π
riza says
Cakap pasal kurma ni, kak Riza nak cerita pasal cuka kurma. Ini kisah benar. Suatu ketika dulu, suami kak riza disahkan doktor kandungan kolesterol dalam darahnya tinggi. Jadi dia kena makan ubat kolesterol yang doktor bagi. Pada masa yang sama kak Riza suruh dia minum cuka kurma (kadang-kadang ganti cuka epal/epal cider). Selepas beberapa minggu dia minum cuka kurma ni (2 X sehari), bila check balik, kolesterolnya dah turun. Yang pasti dia tak makan ubat doktor bagi tu. Jadi bolehlah dibuat kesimpulan, cuka kurma/ cuka epal ni boleh menurunkan paras kolesterol dalam darah kita. Alhamdulillah, kita ada alternatif lain, tidaklah bergantung kepada ubat moden saja. Kak Riza sekadar berkongsi pengalaman, kalau nak cuba apa salahnya…
Hairul Hissam says
wah.. kena buat satu artikel khas nie pasal cuka kurma.. heee.. boleh kan.. π
riza says
Silakan…
Hairul Hissam says
tqvm.. kak riza..
cik tom says
tips yg menarik utk cik tom cuba..mmg tgh nk diet kuruskan badan..hehe
Hairul Hissam says
Elok sgt makan kurma cik tom.. badan puh bertambah sihat. inshaaAllah..
Myra Jay says
Pernah cuba makan, tapi godaan anfsu makan tu tak berjaya dielak..hehee
Hairul Hissam says
Kena pula anak2 dan husband makan depan mata.. heee
Myra Jay says
tu la psl, makan kurma tapi kena gak cari makanan lain jugak ;D
Hairul Hissam says
kalau semua makan kurma jee. teruk la peniaga2 yg jual makanan lain tu .. b
Rafdi says
kurma memang bagus dimakan..masalahnya susah nak dapat buah kurma bila lepas puasa nak2 kalau duk kat kampung,jenuh mencari
Hairul Hissam says
Mmg tak ramai yg jual selain bulan puasa sebab kurang permintaan. selain cara nie, makan buah-buahan juga bahan dalam kuruskan badan.
mamanabila says
Assalamualaikum kurma ni alhamdulillah memang menjadi makanan wajib ada dalam rumah mama. Kalau di Melaka nih mama selalu beli kurma di kedai “BalWeel” kurma yang dijual dalam balang@bekas secara timbangan. Paling mama suka makan kurma mariami…rasa sedap dan taklah manis sangat… Terima kasih atas info dan penulisan ini. Kena beli stok lebih nampaknya untuk cuba petua nih
Hairul Hissam says
Lebih berkhasiat dan lazat makan kurma dari makan makanan ringan kan mama π
umi says
Kurma bagus jugak untuk menyusu..
Hairul Hissam says
Terima kasih atas tips tambahan tu kak umi…
Sihat Ceria says
Memang diakui banyak khasiat kurma. Cuma susah sikit nak dapat kalau diluar bulan puasa.
Hairul Hissam says
Kena beli staok utk setahun mcm tu. heee