Alhamdulillah, saya menemui satu cara untuk menghilangkan perut buncit yang sangat mudah dan berkesan. Hasil dari kajian saya sendiri. Yang bestnya, tak perlukan duit dan tak perlukan apa-apa. Serious. Jimat dan berkesan.
Tapi sebelum tu jom tengok testimonial taufufah.
Mmg ramai yang berniaga roti sarang lebah dari www.rahsialoaf.com. Anda juga boleh belajar denga klik lini ini>>> www.rahsialoaf.com.
Kisah Perut Buncit Diri Sendiri
Pernah seorang makcik menegur saya. “Dik, jangan makan sambil minum, nanti perut buncit” Tersenyum saya dengar. First time dalam hidup saya, peniaga makanan prihatin pada pelangannya. Baik betul makcik tu.
Tapi dalam hati saya tertanya-tanya. Bagaimana pula dengan makanan berkuah. Macam mee sup dan soto. Alaa… nasi berlauk pun kita siram kuah apa. Kuah tu bukan air ke???. Patutlah ramai yg buncit. 😛
Punca Perut Buncit Sebenar
Pada pandangan saya, punca perut buncit disebabkan makan berlebihan. Secara logiknya, apabila perut tidak dapat menampung makanan yang berlebihan, maka terpaksalah perut membesar.
Sebab itu Nabi Muhammad s.a.w. siap berpesan, bila makan kena isi 1/3 perut dengan makanan, 1/3 perut dengan air dan 1/3 perut dengan udara.
Tapi bila makan, nasi atas pinggan pun dah lebih 1/3 dari saiz perut. Itu belum lagi lauk pauk dan side dish. Nampak kan, apa yang kita makan dan minum melebihi 3/3 dari perut kita. Patutlah perut terpaksa membuncitkan dirinya heee .
Mula-mula Cuba Guna Abdomen Belt
Pada awalnya, saya teringat arwah ayah yang suka memakai kain bengkung putih. Ia dililit pada perut untuk mengatasi perut buncitnya. Saya pun beli abdomen belt yang sama fungsi dengan bengkung putih. Tapi sehari jee saya pakai. Risau pula ia menganggu peredaran darah di bahagian perut.
Cara Menghilangkan Perut Buncit Paling Mudah
Dari fungsi bengkung putih tu, saya terfikir cara menghilangkan perut buncit paling mudah ini. Bila kita lihat fungsi bengkung putih tu, ia menekan bahagian perut agar ia kempis. So kenapa kita tak menekannya sendiri. Menekan dengan otot perut semasa kita bernafas.
Ini caranya…
Mula-mula tegakkan dan naikkan dulu tulang belakang supaya perut mudah ditolak ke belakang. Selepas itu tarik nafas. Semasa menarik nafas, kembungkan perut anda ka belakang dulu, kemudian kiri dan kanan. Jangan kembungkan perut kehadapan.
Tak perlu tahan nafas. Samasa menghirup udara, terus kembungkan perut kebelakang. Gunakan otot/kulit perut untuk tolak perut kembung ke belakang. Dan kemudian keluarkan udara seperti biasa.
Anda kena buat terus menerus setiap masa sehingga perut anda terbiasa dengan cara nie. InsyaAllah cara ini dapat membantu anda menghilangkan perut buncit anda dengan pantas dan berkesan.
Saya dah buat dan terbukti berkesan. Dgn lemak perut sekali hilang.. ha.ha.ha..
Nak Sihat…
Namun cara terbaik untuk menghilangkan perut buncit ialah jangan makan berlebihan agar perut anda tidak terus membuncit. Dan badan anda akan lebih sihat.
Cara Bernafas Yang Sihat Seperti Seorang Bayi
Dalam perubatan lama cina, cara bernafas yang sihat ialah seperti seorang bayi. Bayi bernafas seperti bola. Perutnya kembang ke belakang, kiri, kanan dan hadapan sama seperti bola. Inilah cara bernafas yang sangat sihat. Berbeza dengan orang dewasa yang bernafas, perutnya kembang ke hadapan sahaja. Ini tidak sihat.
Semoga bermanfaat. Dialu-alukan share link artikel ini supaya kawan-kawan anda boleh baca di sini. Baru betul.
hunymadu says
sambil baca sambil buat, emmm nk kena thn nafas ke?
alahai..ssh jugak hihihi
Hairul Hissam says
tak perlu tahan nafas cik hunymadu. .Yg penting tulang belakang dinaikkan.. bagus juga utk tulang belakang kita dari masalah bongkok..
.Dari pengalaman saya, mula-mula je rasa susah sikit.. lepas dah biasa.. automatik perut akan kempis sendiri tanpa bersusah payah… yg penting buat petua perut buncit secara terus menerus..
onlajer says
ok bhai gua nak cuba hehe
Hairul Hissam says
Bertambah macho bro lepas nie.. heee 😀
hafizmd says
Ok. Menarik.
Maksudnya kena ‘sedut’ perut jadi kempis ke dalam ke bro?
Berapa lama nak tarik? hehe
Hairul Hissam says
Sedut habis-habisan bro. heee..
mula2 je mcm susah nak kena tekan atau kempis..
lepas dah biasa, bila naik tulang belakang, automatik perut akan mengempis tanpa disuruh…
Elok dilakukan ketika berjalan.. barulah nampak machooo .. 😀
chii says
mcm dlm satu iklan dulu la plak..bila gurl ni berhadapan dengan lelaki..dia terpaksa tahan nafas..kempiskan perut..eheh
Hairul Hissam says
ada juga tengok iklannya di youtube.. mmg lawak la.. he.he.he..
sebenarnya walaupun perut dikempiskan, kita masih tetap boleh bernafas.. perut akan mengembang ke kiri, kanan dan belakang seperti bola.. Kalau ikut buku perubatan cina, cara penafasan tersebut lebih baik dan ia cara pernafasan semulajadi bayi..
kenit... says
mcam mna nk naikan tulang belakang???
Hairul Hissam says
tengakkan sahaja tulang belakang, nanti perut yg buncit tu akan kurang sikit dan kemudian bernafas, perut kembang kebelakang dan ketepi..
Suhairi Alias says
huhu.. hari-hari pergi gim confirm kurus..haha
Hairul Hissam says
Kalau rajin mmg bagus ke gim tu… 😀
akubiomed says
Boleh diamalkan petua perut buncit ini. Saya selalu pesan kepada isteri jangan letak nasi dengan jumlah yang banyak. 🙂
akubiomed says
Satu adalah tabiat memakan sambil menonton tv secara tidak langsung kita mengambil kuantiti makanan yang banyak tanpa sedar.
Hairul Hissam says
Betul tu bro.. kalau menonton sambil makan, mmg tak sedar yg kita makan terlalu banyak.. 😀
Hairul Hissam says
Saya pun lihat budaya kita suka letak nasi pada kuantiti yg banyak dalam pinggan.. lepas tu siap suruh tambah lagi nasi nya.. hu.hu.hu…
bagus tu bro amalkan letak nasi sikit… 😀
suri says
klu tambah nasi mmg sedp , tambh pula kt sebelah ada petai yang bermata besar heee
Hairul Hissam says
tambah pula dgn sambal belacan.. perghhh.. heee
UmmiKami says
Salam manis buat Hairul dari kak Ummi 😀
Kecut sedikit sibuah kedondong,
Belah semua rasa tak lalu;
Perut buncit dikata mengandung,
Ikutlah petua berpuasa selalu.
* Terimakasih Hairul, petua yang sungguh mudah.. 😀
Hairul Hissam says
wsalam kak umi yg manis rupawan.. heee….
betul tu kak ummi… berpuasa mmg bagus dalam menjaga perut dan kesihatan.. mmg bagus di amalkan… 😀
puteri kasih says
lepas ni memang ramai la yang akan cuba tips ni…hehe.
rasanya kalau rajin bersenam buat sit up selalu, memang leh hilangkan perut buncit tu..hehe
Hairul Hissam says
Sit up pun satu cara yg bagus. Tapi kena rajin dan konsisten membuatnya utk dapat hasil yg baik.. 😀
puteri kasih says
dengan bebanan kerja ..ramai yang tak konsisten dah untuk bersenam kan 🙂
Hairul Hissam says
Betul tu.. ditambah lagi dengan ada FB.. makin malas lah org kita. heee
TehR says
bersederhana ketika makan
tak boleh berlebihan
dan molek sangat berhenti makan sebelum kenyang
Hairul Hissam says
setuju dgn bro tehr.. Byk kebaikkan berhenti makan sebelum kenyang, disamping memberi ruang udara di dalam perut. 😀
suri says
tiada gamabr ke bro? susah nak ikut..sb tka berapa faham.. 🙁
Hairul Hissam says
Kena baca dgn teliti, dua tiga kali.., baru boleh paham cik suri.. 😀
suri says
terima ksh tuan ;)dah smlm senam2 gak sambil tgok tv3 cerita abu dhabi heee
Hairul Hissam says
Mmg bagus sambil menonton tv sambil bersenam 😀
nazray says
terasa tamparan buat saya baca entry ni. nak kurus!
Hairul Hissam says
try kempiskan badan tu. heee 😀
Imran says
thanks info…
Hairul Hissam says
semoga bermantaat..
chii says
tips yg menarik..leh gak prktikkan ni..ehehe
Hairul Hissam says
eh cik chii.. buncit keeee… heee 😀
hanafi abdullah says
kadang-kadang perut buncit itu trade mark orang kaya…kira ok juga tu.
Hairul Hissam says
bila byk duit.. tu yg terlebih makan kot.. 😀
daus says
Bape lama nk tolak perut kedalam tu
Hairul Hissam says
selama yg mahu 😀 … alaa.. sebelum perut buncit, mmg mcm tu keadaan perut kita.. so kita sebenarnya kembalikan kpd keadaan asal..:
Suhairi Alias says
huhu.. bersenam lah..
Hairul Hissam says
betul tu.. cara terbaik kena rajin bersenam kan..
lisasheila says
thanks for info…mungkin boleh juga guna kaedah sit up? heee… tapi betul tu… sebenarnya makan berlebihan yang mnyebabkan kegemukan / perut buncit. 🙂
Hairul Hissam says
Mmg bagus buat sit up.. tapi kena konsisten, baru nampak hasilnya kan cik lisa…. 😀
blackrosehunter says
pernah dengar cara ni..lebih cantik kalau praktis masa berjalan..buat cara ni.
Hairul Hissam says
saya pun selalu buat masa berjalan untuk cover ke macho an diri ku ini.. heee .. bila selalu buat, ia jadi mudah sangat.. 😀 Tapi apa yg saya tulis nie mmg tulen dari idea saya….
blackrosehunter says
hehehe..tapi lebih baik bersenam jugak bro..lemak kt perut perlu dibuang..hehe
Hairul Hissam says
Mmg selalu juga bersenam dgn treadmill saya… heee
blackrosehunter says
terbaik…:)
mancai says
memang mudah.. boleh ajar kat sedara mara ni…. syukur aku belum lagi buncit… tq bro..
Hairul Hissam says
Untung betul bro mancai.. elakkan makan berlebihan utk mengelak kena buncit 😀 ..
Eaty says
Klaw ctoh nyer kte kuat tido,,selalu bangun lmbat..???ramai juga orang kate perot buncit disebab kn banyk tido..lagi bagos bape lame tahan nafas,,????
Hairul Hissam says
Mungkin juga tu sbb bila kurang besenam dan asyik tido, maka bertambahlah lemak dlm badan dan menyebabkan perut buncit.
.
yg tahan perut supaya tak buncit tu, buat jee berterusan sampai terbiasa.. dah terbiasa, tak de masalah nak bernafas 😀
Hafizul says
Emm baru tahu..bagus jugak tips yang diberikan..haha
Hairul Hissam says
lepas nie bolehlah berjalan dgn macho.. heee
cik tom says
ciktom pn tgh praktips tip nak hilangkan perut buncit ni..esp. jgn makan berselang minum air tue..kurangkan@ lg bagus stop terus minum ais..hee
Hairul Hissam says
Kalau waktu lunch elok sgt jgn order minuman ais nie krn menganggu proses penghadaman makanan yg perlukan byk haba…. semoga perut cik tom cepat kempis… heee
wazy says
Boleh cuba la ni nanti
Hairul Hissam says
selamat mencuba…. mudah jee caranya.. 😀
Blog Bahrain says
wah!! menarik entry…
saya nie hampir2x nak ke buncit..hahaha
Hairul Hissam says
kalau baru nak buncit.. mudah seikit dan kempiskan… heee 😀
Datin Tyka says
ok insaf dah taknak minum sambil makan.. tp dah biasa.. aisehhh
Hairul Hissam says
kalau mcm tu tak boleh makan mee sup atau makanan berkuah.. kerana kuah tu pun air juga. heee 😀
daddy zuki says
salam. perut sy makin membuncit selepas kahwin… sy amalkan minum air sunquick. buat 1 jug n letak je dlm peti sejuk. bila dahaga minum la…amalkan selalu. InsyaAllah perut akan kempis…
Hairul Hissam says
terima kasih atas info yg bermanfaat tu En. zuki… Nak kena selalu minum sunquick nie… 😀
Khairul Zamri says
terkemut-kemut perut try buat haha, camne tulang belakang nak naikkan tu
Hairul Hissam says
Caranya tegakkan tulang belakang.. perut buncit saya pun dah tak kelihatan sgt dgn cara ini.. :d
Azmiey says
Salam… Pkgsian yg bagus.. Trima kasih.. Saya ada terlihat teknik ini dlm sbuah rcgan tv berbayar… Dari korea kalau x silap.. Tpi teknik tu dilakukan dgn bantuan seorang yg menolak tulang blakang guna lutut dia, dlm masa yg sama menarik ke atas bhgian dagu suapaya kpala mdongak ke atas..dlm kiraan 10 @ 15 saat ke apa.. Saya lupa. Ya memang betul bkesan.. Buncit hilang trus.. Tpi akan dtg balik.. Teknik duduk, bediri dan berjalan memainkan peranan utk hilangkan buncit..
Hairul Hissam says
Mmg betullah kata azmiey, cara duduk, berdiri dan berjalan juga dpt membantu mengurangkan buncit. Yg penting kena tegak dan machooo.. heee 😀
yasmin says
haah laaaaaaaaaaa berkesan …. hahahaha 🙂
Hairul Hissam says
dan jimat lagi. heeee
yasmin says
haah .. yela .. haha
buat la lagi banyak2 cara ..
erry says
salam. hey. just nak tanya sikit.. kalau perut buncit nthen kite buat senaman sbb nk kurus tp kite buat senaman untk dpt 6pack, agak2 perut kite boleh kecil tak or still besar but fit?
Hairul Hissam says
boleh dicuba.. apa salahnya.. hasilnya saya pun tak pasti sebab tiada pengalaman.. .. 😀
Myliferia says
Menarik petua ni 🙂
Hairul Hissam says
Terima kasih.. 😀
kak ebi says
Perut buncit selalu buat sit up pasti berjaya ramping
Hairul Hissam says
Terima kasih di atas tips tambahan tersebut 😀
ELLA says
assalamualaikum…
terima kasih atas tips ni….sambil menaip saya buat…lenguh jugak otot perut ni…hrp2 kempis..hehe
Hairul Hissam says
Kena rajinkan diri selalu utk hasil lebih baik.. 😀
sunanbadai says
kalau tunjukkan gambar lagi cantik,cara2 senaman perut tu
Hairul Hissam says
Rasanya mudah dipahami cara tersebut. so tak perlulah gambar. tq, 😀
tasa says
best . tapi mula2 buat macam krem kat pinggang blah kiri . lepas tu buat lagi dah okay . terima kasih atas perkongsian . tahan smpai berangan perut kempis , hehehe
Hairul Hissam says
TAhan.. jgn tak tahan.. janji machoo dan cute … heee
Azimah Mohd Zainuddin says
Salam, sharing artikel untuk entri petua kempiskan perut ye sesambil blog walking TQ.
Hairul Hissam says
terima kasih kerana sudi membaca artikel cara menghilangkan perut buncit ini 😀
shah says
Terima kasih atas perkongsian…….baru nak cuba.
Hairul Hissam says
Selamat mencuba.. semoga bermanfaat 😀
boboy says
apa kah masa yg sesuai untuk membuat senaman kempiskan perut buncit ini..
Hairul Hissam says
Elok sangat buat setiap masa dan biasakan perut dgn cara ini.. bila lama2 buat, ia jadi kebiasaan dan tidak buncit lagi 😀
sha says
x brp fhm la…buat sambil berdiri ke?
Hairul Hissam says
Sama ada berdiri ke duduk ke.. buat je terus menerus sehingga terbiasa… insyaAllah nanti kekal seperti bentu tu yg kempis.. 😀
nizan says
Bolh buat ni.?? Brp lame boleh kurus ni
Hairul Hissam says
Kenan buat terus menerus sehingga perut terbiasa 😀
saniah says
selepas berpencen baru sedar perut dah buncit..ni tgh tercari2..dah jumpa terus buat…rasa2nya boleh kempes ke di usia emas ni…
Hairul Hissam says
Boleh cuba petua nie… buat terus menenerus sehingga perut terbiasa 😀
yasmin_mokhtar says
Bagus2. Tme ksh ats petua anda. T knp kne angkat tulang blkg? Klu bdn yg obes tu? Jd x? Hehe
Hairul Hissam says
Boleh cuba.. tapi kalau terlalu obes, makan masa juga 😀
nurul hidayah says
Da pnah bca tips nie tp xpnah try buat.. Nti nk buat la..time baring boley buat x?hihi
Hairul Hissam says
Masa buang air pun boleh buat cara kempiskan perut buncit nie. heee
Nurul Huda MD says
Salam , berapa lama berkesan buat senaman teknik ni? Dpt pengurangan berapa cm? Menarik sgt sharing ni
Hairul Hissam says
wslm, cubalah sendiri utk lihat hasilnya.. lagipun tak perlu guna wang ringgit 😀
juliza mhd sarif says
wah..boleh cuba ni…cuma saya lepas czer..xberapa berani nak ikat perut ketat-ketat…seat up pon tak berani…cara ni agak menarik..=)
Hairul Hissam says
selamat mencuba.. cara yg mudah tanpa wang ringgt.. 😀
kakipromo says
susahnya nak atasi perut buncit ni hehe
Hairul Hissam says
usaha tangga kejayaan.. heee
niswah says
agak2nya kalau sy bwat , brapa lama bleh mnunjukkn hasilnya ?
Hairul Hissam says
bergantung juga kepada kulit muka.. kita berusaha, Allah jua yg menentukan…
kakipromo says
kalau ada motivasi dan keazaman yang tinggi, baru boleh hilang buncit ni, kalau sambil lewa memang susah nak hilang hehe
Hairul Hissam says
Betul tu, yg penting konsisten.. heee
man says
SLM Cik..
Mmg kalo kite wat kite akan sedawa ke time buat tu?
Hairul Hissam says
Saya buat, tiada pula… tqvm
akmal rusydi says
punca sebenar perut buncit adalah makan secara berlebihan dan tidak bersenam. Sebba tu la sunnah nabi makan ketika perut lapar dan berhenti sebelum kenyang. tapi apa yang berlaku sebaliknya. Lapar pon makan, kenyang pon makan..
Hairul Hissam says
Mmg bagus amalkan cara nabi, berhenti makan sebelum kenyang… mungkin sebab sedap sagt.. keita makan sehingga terlebih kenyang itulah punca perut semakin buncit…
Diana Putri says
Bagus banget neh tipsnya, cocok banget untuk yang punya masalah dengan perut buncit.
Hairul Hissam says
semoga membantu cik mengatasi perut buncit..
Siti Rozita says
salam,hairul hissam.
satu lagi teknik yg baru dan boleh dicuba.mungkin susah pada mulanya tapi mungkin boleh berjaya.
apa apa pun saya fikir untuk berjaya mengatasi perut buncit bukan mudah kalau tiada usaha bersungguh sungguh dengan disiplin diri untuk menjaga makan supaya tidak makan berlebihan juga kerap bersenam seperti sit-up.
yang pentingnya perlu usaha dan bertingkah laku atau tabiat yg betul.biasakan yang betul dan betulkan yg biasa.
apa apa pun good sharing brother hairul hissam….
Hairul Hissam says
Mmg betul tu, tabiat perlu diperbetulkan untuk mengelak perut terus buncit… terima kasih atas tips tersebut… 😀
Nur Diyana Muhamad Isa says
Assalamualaikum. Terima kasih sbb kongsi cara menghilangkan perut buncit. Ramai sebenarnye org yg cri cara ni.
Hairul Hissam says
Wslm, semoga bermanfaat.. tqvm
Syafy says
Keadaan kaki mcm mana eh? Melunjur or bengkok mcm buat sit up?
Hairul Hissam says
Mana2 pun boleh.
Emy says
Terima kasih di atas perkongsian maklumat tu bro. Nak tanys sikit..boleh apply kat perempuan ka? Saya ni tak banysk makan tapi perut agak buncit. Terima kasih
Hairul Hissam says
Tak salah utk dicuba..tqvm..
Bali Tour says
terima kasih atas informasinya 🙂
Hairul Hissam says
semoga tips disini membantu mengatas perut buncit anda..
Wani says
Haha terus praktik,tq for sharing
Hairul Hissam says
selamat mencuba…
lynda says
yg ne sy pcy,n sy biasa amalkn jg,alhamdulillah,sy amalkn dgn sit up jg
Hairul Hissam says
Mmg bagus gabungkan dgn sit up..
Farha IbuCergas says
haha.. instant kempiskan perut. mana aci
Hairul Hissam says
sesuai utk masa kecemasan. heeee
Haidazura says
hahaa….baru tau teknik ne….
sebelum ne try yang tiarap melunjur dan tangan hingga siku dilantai kemudian angkat seluruh badan macam bamping tu je….
Hairul Hissam says
lepas nie bolehlah cuba cara nie pula.. express dan berkesan. heee
Azrol says
Pernah gak pakai benda alah bengkung tu.Memang xboleh tahan bro…sesak nafas rasenyer…nak buat kerja pon tak selesa. Sempat pakai dalam 3 jam pastu terus tanggal dan tak akan pakai lagi.
Hairul Hissam says
Cuba cara pernafasan di dalam aritkel di atas. .lagi mudah…
Norra says
Btol ni.. dh try gak
Hairul Hissam says
Semoga bermanfaat…