Alhamduillah Pakej Kek Butter, Lapis dan Roll di www.bisneskek.com selamat dilancarkan minggu lepas. Memang teruk juga nak proses ratusan order dalam sehari dengan pos laju. Saya juga nak minta maaf sebab ada yang terlewat pos sebab order terlalu banyak. Kebanyakkan dari bekas pembeli dvd saya sebelum ini.
Sekarang saya dah tak guna lagi mesin copy/burn dvd sekali banyak. Kalau guna mesin tu, mesti ada satu atau dua dvd bermasalah. Sekarang saya copy/burn dvd satu persatu dengan komputer & laptop. So far dvdnya running lebih baik dan tiada masalah. Takpe laa… makan masa sikit copy dvd, asalnya pembeli dapat dvd yang running smooth dan tiada masalah.
Testimonial pembeli pakej baru nie belum ada lagi sebab baru je dilancarkan. Tapi ramai juga bekas pembeli share gambar-gambar hasil dari video panduan sebelum ini sejperti di bawah. Terima kasih juga kerana terus membeli dvd saya. InsyaAllah akan terus hasilkan dvd yang terbaik sahaja.
Dari pembeli dvd www.rahsiakek.com
Dari pembeli dvd www.rahsiabun.com
Dari pembeli dvd www.rahsiapuff.com
Dari pembeli dvd www.rahsialoaf.com
Beliau juga beli dvd www.bisnesair.com
Jom tengok video preview dan detail modul kek butter, lapis dan roll dengan klik >>> Kelas BIsnes Kek Butter, Lapis dan Roll di www.bisneskek.com.
Persediaan Sebelum Berhenti Kerja Atau Bersara
Artikel nie saya naikkan semula dari artikel lama.
Teringat masa arwah ayah mula bersara dari Tentera Laut Diraja Malaysia. Setahun juga tak bekerja. Tapi bila kewangan dah teruk, barulah arwah ayah start berniaga menjual kuih di tepi bus stop dengan van. Malangnya, tempat tak strategik dan tidak ramai orang. So tak banyaklah hasilnya. Abang dan kakak pula belajar diperantuan. So sayalah yang mengikut arwah ayah menjual kuih muih. Ia menjadi kerja kami selepas arwah ayah bersara atau berhenti kerja.
Syukur alhamdulillah, selepas mula berniaga di pasar malam, barulah kehidupan kami bertambah baik. Kami menjual bermacam kuih muih, air dan mee. Yang bestnya, kami berniaga tiga hari jee seminggu. Tiga hari penat berniaga, empat hari berehat. Memang sesuailah bisnes makanan nie untuk pesara tentera seperti arwah ayah. Saya pula, dapat upah menolong arwah ayah di pasar malam. Memang berbaloi.
Memang benar, bisnes makanan amat sesuai untuk mereka yang bersara dan berhenti kerja. Kosnya rendah dan tidak rumit untuk dimulakan. Yang bestnya, anda tidak perlu berniaga setiap hari. So masa rehat anda lebih panjang untuk bersama keluarga tercinta. Disamping tu, dapat menambah lagi kenalan dengan peniaga dan pelangan.
Ini ada sedikit penduan persedian bersara untuk anda. Langkah pertama persiapan bersara ialah belajar memasak makanan yang boleh dijual. Tak kiralah belajar dari siapa. Mungkin dari orang tua anda, sauadara mara atau dari DVD hairul.com yang kat bawah artikel tu. Selepas tu mula masak dan bagi test pada kawan-kawan dan saudara mara. Dengar feedback mereka dengan hati terbuka dan perbaiki lagi masakan anda.
Langkah seterusnya cuba berniaga pada hari cuti atau hari minggu. Buka jee kat mana-mana dulu. Masuk jee kat tapak pasar malam yang tuannya tak datang dulu. Redah jee dulu. Kerana tujuan anda lebih kepada mencari sedikit pengalaman dan kenalan. So bila anda sudah ada sedikit pengalaman, sudah tentu lebih mudah untuk anda memulakan bisnes makanan untuk persiapan selepas bersara nanti.
Elok anda baca juga artikel cara tambah pendapatan sampingan keluarga (<<<klik). Benyak info menarik di sana dari pengalaman ramai orang berniaga.
Orang tua-tua kata, janganlah dah terhantuk, baru nak mengadah. So persiapan sebelum bersara atau berhenti kerja tu amatlah penting. So eloklah anda cuba tips yang saya sarangkan tadi supaya memudahkan anda bersara dan menjalankan bisnes makanan nanti. Semoga artikel persediaan bersara nie bermanfaat.
akubiomed says
Masih belum mantap lagi sumber pendapatan tambahan. Kalau sudah kukuh barulah yakin hendak bersara awal. Tidak bermakna tidak berusaha sehingga berjaya.
Hairul Hissam says
Benar tu, walaupun dah bersara nanti, kita tetap kena berusaha untuk kebahagian keluarga kita kan…tapi walaupun lambat lagi bersara, persediaan tu amat penting bro…
Hairul Hissam says
eh.. nie bukan artikel cara jual produk saya bro .he.he.he.
psst: kalau bro nak tanya cara persediaan sebelum bersara, boleh saya jawab dlm komen nie. heeee
mrhanafi says
memang bestlah cerita bro masa muda..betul-betul memberi inspirasi..
berniaga pasar malam memang best kerana selang seli hari..kalau di sarawak pasar minggu..
Hairul Hissam says
Mmg benar tu bro.. dulu arwah ayah berniaga pasar malam pada hari Ahad, Rabu dan Jumaat. Bila berniaga selang seli, kita tak penat sangat dan boleh meluangkan bersama keluarga….
Noriza Rahman says
Sangat bagus artikel ni..bisnes makanan adalah bisnes paling ramai yang orang buat sebelum retire kan? Sangat menguntungkan sebab setiap hari orang akan makan..cuma kena pandai cari bisnes makanan jenis apa yang paling digemari orang…
Hairul Hissam says
Memang benar tu.. yg penting makanan yg digemari dan margin keuntungan tinggi. Bila margin keuntungan tinggi, berniaga tiga hari jee pun dah cukup untuk perbelanjaan keluarga. Tapi kalau nak untung lebih, kenalah pasang pekerja dan cawangan. Mmg lumayan…
Raihanah Ahmad says
sangat bagus posting ni. sebelum berhenti kerja dan join the bisnes make sure ada proper planning.
Hairul Hissam says
Proper planning tu mmg penting utk masa depan keluarga yg lebih baik….
Helmi Aliarit says
Impian saya dan kebanyakkan orang, ada duit dan masa bersama keluarga. Rasanya Tuan Hairul dah nikmati perkara tersebut sejak 2010. Sangat beruntung.
Hairul Hissam says
Selain dari berusaha bersungguh2 meningkatkan taraf hidup, kita juga perlu bersyukur dengan apa yg kita ada.. Itulah kunci kebahagiaan hidup ini….
Helmi Aliarit says
Betul tuan. Bab bersyukur tu sangat tepat. Sebab lihat orang disekeliling, pendapatan banyak macam mana pun kadang-kadang kata tak cukup.
Hairul Hissam says
Betul tu bro. Lagi byk duit, lagi mcm2 nak beli sampai tak cukup… 😀
ahmadyani says
Makanan akan dicari orang walau ketika gawat. Sentiasa ada permintaan…
Hairul Hissam says
Bisnes makanan untungnya berpanjangan, insyaAllah..
Hafizul says
Ni yang buat saya rasa macam nak berlaih arah kepada bisnes makanan pulak ni..haha..terbaiklah bro..
Hairul Hissam says
Sangat sesuai tu bro. Skrg nie pun org boleh terima harga makanan yg mahal yg dijual ditepi jalan. Mmg boleh buat duit dan untung besar skrg nie. heee
Uncle Zuan says
tengah structure balik 2nd income. tak berapa menampakkan hasil
Hairul Hissam says
Mmg perlukan muhasabah dan strategi utk menampakkan hasil..
Belang Tarung says
saya cadangkan umur bersara dilanjutkan ke 100 tahun…nanti banyak la duit persaraan bila nak beli kepok sendiri haha
Hairul Hissam says
kalau 100 tahun mcm bekerja seumur hidup laaaaa
lepas tu syarikat jadi pusat penjagaan org tua bergaji. hu.hu.hu..
Rahman says
En. Hairul punya blog ni betul2 sangat memberi inspirasi untuk transform diri ke arah kejayaan demi suvive kehidupan
Hairul Hissam says
Semoga dapat membantu en rahman dan pembaca blog meningkatkan lagi taraf hidup keluarga..
Ana says
Assalamualaikum Cef Hairul,
Tumpang tanya Cef Hairul ada buat tak DVD untuk orang yang zero knowledge tentang perihal kek dan pastri? Maksud saya yang langsung tidak ada pengetahuan asas tentang kek dan pastri.
Kedua, sekiranya DVD yang sudah dibeli dah dibuat tetapi timbul masalah pula, bolehkah Cef Hairul bantu selesaikan secara talian?
Terima kasih Cef Hairul.
Hairul Hissam says
wslm.. DVD saya semua memang untuk yg zero knowledge belajar hingga pandai..
Cara timbang pun saya ajar dgn detail…
Jika ada masalah memang boleh tanyaa melalui wasap..
Tapi biasa pertanyaan pembeli telah saya masukkan dalam dvd dalam bentuk tips..
Lagipun saya buat dvd nie semenjak tahun 2009… mmg ramai yg zero dah pandai melalui dvd saya.. tqvm..
mrhanafi says
terbaik la sifu..
moga terus sukses dan berjaya membantu ramai lagi anak murid
Hairul Hissam says
tq bro.. Begitu jug abro semoga berjaya dlm bidang yg diceburi..
anies says
teringat Dr Irfan khairi cakap… kalau nak berhenti kerja pastikan ada income yg boleh cover utk tempoh 3 bulan. kalau x ada, jgn berhenti dulu. cari solusi lain…
Hairul Hissam says
Mmg benar tu tu duit backup amat penting. tapi rasanya tak cukup tu 3 bulan. sbb pada permulaan bisnes kita akan buat kesilapan sebelum kita berjaya. Yg penting dlm bisnes sentiasa terus memperbaiki dan tidak mudah putus asa….