Ramai yang tanya cara buat bisnes makanan dari rumah. Ni ada 3 cara yang paling berkesan untuk buat bisnes makanan dari rumah. Ramai dah berjaya.
Tapi sebelum tu jom kita tengok dulu abang nie dapat berbelas ribu sebulan dengan jual putu mayam.
Wow income berbelas ribu sebulan jual putu mayam. Tapi betul ke? Jom kita kira…
Harga sebiji putu mayam RM0.50. Sehari buat 12kg. Sekilo dapat 120biji. So jualan sehari: Rm0.50 X 120biji X 12kg =Rm720. Kalau berniaga 20hari. RM720 X 20hari = RM14,400 sebulan.
Kalau korang nak jual putu mayam, boleh belajar di www.rahsiaputu.com.
Dulu saya ajar guna dvd. Tapi sekarang dah ada versi belajar online. Boleh buka di handphone, tablet dan laptop.
Selain putu mayam anda juga akan belajar putu bambu dan piring. Ini pun ramai yang berniaga. Banyak anda akan belajar di www.rahsiaputu.com
Cara Bisnes Makanan Di Rumah
Di bawah nie, 3 cara mulakan bisnes makanan dari rumah.
Tips 1: Cara Letak di kedai / penjaja tepi jalan.
Sebelum nak letak produk makanan di gerai penjaja, kena berbaik-baik dengan owner kedai makanan atau penjaja tepi jalan. Elok, dua minggu pertama, rajin bertanya khabar dan berbual-bual mesra dengan penjaja tersebut.
Minggu ketiga baru anda bagi free test masakan anda pada mereka. Tapi jangan cakap nak jual. Cakap jee nak minta komen untuk perbaiki lagi masakan anda.
Dan anda kena bagi makanan tu pada kuantiti banyak. Sebabnya nanti penjaja tu akan bagi pada pelangan dia. Kalau pelangan dia suka, pelangan dia akan pujuk penjaja tu jual masakan anda di kedai. Tapi pastikan masakan anda dah betul-betul sedap baru bagi
Belajar buat kek butter gebu moist atas ni ada diajar di www.bisneskek.com
Dari kisah saya sendiri,…
Semasa buat video putu, saya bagi test putu kat kedai makan dan penjaja. Tujuan saya untuk perbaiki lagi pakej putu saya. Tapi lain pula yang berlaku. Mereka minta saya jual/letak di kedai mereka. Katanya pelangan mereka makan dan nak lagi.
Kisah lain pula, saya bagi satu pingan besar kek pada penjaja. Penjaja tu terletak kat meja jualan. Pelangan dia siap nak beli kek tu. Itulah sebab kita perlu bagi banyak.
Jika penjaja tak berminat untuk jual masakan anda, jangan putus asa. Secara santai-santai, minta nasihat penjaja bagaimanan nak jual masakan anda. InshaAllah mereka akan bantu dengan bermacam jalan.
Berbaik dengan penjaja tepi jalan nie banyak untungnya. Senang nak cari peralatan dan bahan niaga yang lebih murah. Senang nak cari tempat niaga baru dan cara apply. Biasanya mereka nie lebih tahu. Anda cuma perlu tanya mereka sahaja.
Untuk harga makanan yang nak di tolak pada penjaja. Biasanya penjaja ambil komisen 20 percen dari harga makanan. Contoh kalau harga jualan rm1.00, maka 80sen untuk anda, 20sen untuk penjaja. Namun komisen bergantung juga pada tempat. Lain tempat lain komisen penjaja. Boleh tanya kat penjaja tepi jalan di tempat anda.
Tips 2: Minta Bantuan Runner Di Kawasan Anda
Runner ni orang tengah yang akan menjual produk makanan anda. Biasanya mereka akan ambil produk makanan dari rumah anda dan hantar terus pada pelangan. Runner yang berurusan dan cari pelangan.
So anda hanya mencari runner di kawasan anda. Boleh tanya kat penjaja tepi jalan. Penjaja tepi jalan mesti tahu. Atau sertai group wasap dan sebagainya untuk mencari runner. Sebab runner akan promosi produk makanan di sana.
Bila jumpa, ajaklah mereka datang kerumah. Layan mereka dengan baik dan jamu mereka dengan produk makanan. Kalau sedap dan layanan baik, inshaAllah mereka akan membantu.
Tips 3: Jual Sendiri Dan Hantar Sendiri Ke Rumah Pelangan
Cara nie penat sikit sebab anda kena buat masakan, kena cari customer dan kena hantar ke rumah customer. 3 in 1 kerjanya. Tapi untung tentu lebih lumayan.
Strategi 1: Bagi free dulu produk makanan anda pada masjid, kenduri, majlis, dan sebagainya. Dan perlu letak sticker pada bungkusan. Pada sticker tu, beritahu cara hubungi anda, cara tempahan, minimum order dan service penghantaran terus ke rumah. Pack comey2 ye supaya mereka tak pindahkan masakan anda ke pinggan. Buat hadiah door gift pun bagus.
Macam mana nak buat sticker??? Anda boleh wasap En. Abdul Rahim di 60137820220 untuk service design sticker dan printing sticker. Dia boleh poskan sticker ke rumah anda. Baik orangnya. Sticker printing dia pun memang cantik.
Strategi 2: Bawa ke tempat kerja & bawa bekal anak anda ke sekolah. Jamu kawan-kawan secara percuma. Elok bagi lebih untuk mereka bawa balik rumah dan bagi pada keluarga mereka. Letakkan juga sticker untuk memudahkan ahli keluarga mereka membuat tempahan.
Strategi 3: Sertai group wasap di tempat anda untuk promosi. Cuma kelemahan group2 nie ialah terlalu ramai yang jual disana. Tak kan la nak berniaga di kiri kanan pesaing anda. So lebih elok anda hantar flyer ke rumah-rumah di kawasan anda.
Tips Best: Jualan open order di fb atau group biasanya tak konsisten. Lebih baik anda cari peluang supply ke sekolah dan gerai makanan kerana jualannya lebih konsisten dan lumayan.
Upahlah anak jiran hantar flyer tu ke rumah-rumah. Boleh minta brother En. Abdul Rahim di 60137820220 untuk design dan buat printing.
Cukup lah tiga cara nie yang sangat membantu anda menjual produk makanan anda di waktu pkp. Sebenarnya ada banyak tips yang telah saya berikan sebelum nie. Carilah di artikel lama saya di dalam blog ini.
Contoh Bisnes Makanan Di Waktu PKP
Ramai juga pelajar roti sarang lebah saya, buat jual dari rumah. Pelangan sentiasa repeat order sebab rotinya sangat lembut dan sosnya sangat sedap. Anda boleh belajar roti sarang lebah di www.rahsialoaf.may.my
Pandai akak tu. Kali pertama buat terus bagi free pada kawan2 pejabat. Bila ramai suka, dah boleh ambil order. Jika produk makanan benar-benar sedap, non stop orang order. Cepat betul duit masyuk tuuuut.
Akak nie pulak dapat banyak order jual roti sarang lebah dan donut. Sekejap jee balik modal lepas beli video saya. Non stop duit masuk pulak tu. Selain dari roti sarang lebah, anda turut akan belajar roti buku dan donut di www.rahsialoaf.may.my
Saya juga ada buat artikel tentang cara promosi bisnes makanan dari pengalaman pelajar saya, klik link ini >>> Cara Tambah pendapatan
wak lat says
yg penting masyukk.. ???
Hairul Hissam says
bila duit masyuk.. hilang penat… think positif….
akubiomed says
Sudah jadi norma berniaga diatas talian. Kami juja dapatkan makanan dan kuih dengan beli diatas talian.
Hairul Hissam says
yang best sekali, dah tak perlu keluar rumah. semua dihantar di depan pintu.. jimat duit minyak dan masa..
mrhanafi says
wah…sifu semakin banyak memberi manfaat sekarang ini..
alhamdulllah..
semoga terus sukses dan maju jaya
Hairul Hissam says
alhamdulillah.. tq tuan.. semoga dapat meringankan beban keluarga yg terjejas akibat pkp..