Saya ada menerima satu email. Terus terang, saya agak terharu membaca email tersebut. Semasa baca email tu, saya tengah penat menghasilkan produk terbaru. Hilang terus penatnya. Terasa bersemangat dan ceria pula dibuatnya. Rasa nak melompat pun ada. 😛 . Dibawah ini emailnya
Berkenaan pakej kek didalam email diatas. Ia akan dihasilkan selepas saya menghasilkan satu atau dua lagi produk makanan terbaru. Cuma saya ada sedikit kerisauan berkenaan harga. Saya tidak pasti samada bapa saudara saya akan setuju dengan harga cadangan dari saya nanti. InsyaAllah bila siap satu atau dua produk terbaru nanti, barulah saya pergi dan berbincang dengan kedai kek bapa saudara saya.
.
Tips Usahawan: Buanglah Sikap Dengki Dalam Diri Kerana Rezeki Datang Dari Allah s.w.t.
Mesti ramai pernah dengar tentang peniaga melayu yang bersikap dengki dan iri hati. Tak boleh tengok orang melayu lain berjaya sikit. Tak boleh tengok orang lain lebih sikit dari dia. Mulalah pasang onar dan duri. Sikap ini sebenarnya merosakkan bisnes sendiri kerana bala Ilahi pasti akan tiba. Namun saya percaya. Tidak semua begitu. Hanya sebilangan kecil sahaja.
Kenapa nak rasa dengki atau iri hati. Sedangkan rezeki itu datang dari Allah s.w.t. Sekiranya kita rasa dengki atau iri hati. Itu bermakna, kita mempersoalkan ketentuan Allah s.w.t yang memberi mereka rezeki yang lebih. Sedangkan Allah itu maha adil dan saksama. Allah maha adil. Mereka dapat lebih kerana usaha mereka lebih. Usaha ini termasuklah tenaga dan minda.
Apabila kita memahami konsep tips usahawan ini. Kita akan lebih ceria. “Oh bisnes dia lebih maju kerana usahanya lebih dari aku. Kalau aku nak rezeki lebih kenalah usaha lebih lagi”. So tak delah nak menyalahkan sana sini sehingga membawa memfitnah, pergaduhan dan sebagainya. Islam memberi garis panduan yang cukap baik iaitu usaha, doa, tawakal dan redha.
Selagi kita yakin, rezeki itu datang dari Allah s.w.t dan Allah maha adil dan saksama. Selagi itulah kita akan lebih ceria dalam apa juga pekerjaan kita. Semoga tips usahawan ini bermanfaat.
Ahmad Tarmizi says
Memang terharu baca artikal ni.Sikap dengki ni bagus dengan meningkatkan diri sendiri lebih baik daripada saingan kita.Carilah cara yang terbaik.Membantu sesama bangsa dan agama.
Hairul Hissam says
Kalo sikap irihati untuk menjadi bisnes kita lebih baik itu memang bagus disamping membantu bangsa dan agama kita mengikut kemampuan dan cara kita. Tima kasih en. tarmizi 😀
shraqs says
Ini baru sifat yang betul. Bersaing cara yang adil jangan dok main bomoh apa semua. 🙂
Hairul Hissam says
Betul tu. bersaing biarlah adil.. barulah syokkk buat bisnes kan 😀
tehr says
tak ada orang boleh jadi kaya raya hanya dengan dengki
makin rosak dan sesak ada la
Hairul Hissam says
BIla datang bala Ilahi, baru diaorg tahu sesaknya mcm mana kan en tehr.. 😀
azriey amrie says
salam… waduh2, jgn melompat En Hairul… hehehe.. sy setuju dgn ayat diatas.. mmg En Hairul byk bantu sy, beri nasihat.. yelah, sy pun masih baru dlm bisnes ni.. byk hal yg sy pun xtau.. sy pun pernah ditipu dgn kwn sy sndri… apa pun semua 2 pengajaran yg sgt berguna utk sy…
Hairul Hissam says
wsalam cik azriey.. sekali sekala melompat.. syok gak .he.he.he .
Sama-sama kita belajar dan menambah ilmu dalam bisnes nie cik azriey…
dlm biznes nie mmg tak lari dari kesilapan. Yg penting jgn berputus asa 😀
azriey amrie says
betul 2.. klau bab iri hati, org melayu mmg terkenal dgn sikap iri hati.. cuba kita tgk org cina berniaga, dtglah byk mna pun persaingan, diorg xkisah pun.. yg penting, bersaing cara sihat
Hairul Hissam says
Semoga org melayu dimasa hadapan lebih bersikap positif kan cik azriey 😀
sjiehan says
mentaliti mereka masih belum terbuka…
pantang tgk orang berjaya… mula dia gelisah…
huhuhu…sedih~
Hairul Hissam says
Kita doakan mereka berubah kan en. Sjiehan 😀
yas says
Tahniah bro..itu satu tanda yg baik buat bro tu….bukan mudah nk raih kepercayaan org ramai dlm dunia maya nih….
Hairul Hissam says
Tima kasih en. Yas. InsyaAllah saya akan terus menghasilkan produk berkualiti agar terus mendapat kepercayaan pelangan.. 😀
nizamghazi says
Saya pun turut rasa terharu En. Hairul ;(
Kalaulah saya pandai memasak
Hairul Hissam says
Kalo org I.T. pandai memasak.. tentu lebih hebat kan.. 😀
chii says
orng IT pandai masak?? ada je..chii kenal ramai org IT xpert masak 😀
Hairul Hissam says
ramai rupanya ya cik chii 😀
chii says
chii org IT gak..tp x berapa nak pandai..tp setakat nak kenyangkan perut sendiri dan family..ok je :p ehehe
Hairul Hissam says
org I.T. rupanya cik chii.. baru saya taw…. tapi belajar I.T. lagi susah dari belajar memasak sebenarnya 😀
chii says
hurm.kalau chii pun.pasti lebih bersemangat kalau dpt email mcm tu.ada yg ternanti2kan ebook dari kita =)
iri hati,dengki atau PHD..memang sukar nak dilupuskan dalam diri manusia..lebih2 lagi orang melayu. tak boleh tgk orang lain lebih sikit
Hairul Hissam says
Mmg bersemangat cik chii, bila ramai bertanya video ebook terbaru saya dan request mcm2 jenis produk makanan….
cuma skrg saya menguruskan lima produk sedia ada, membuatkan proses buat produk baru bertambah slow la..
entah.. bila agaknya siap produk terbaru… kat otak mcm2 nak buat… 😀
Izzuddin Fauzi says
Keikhlasan tu penting… Kita boleh buat apa sahaja dan boleh berjaya namun berjaya tu x sama antara orang yang ikhlas dengan tidak 😀
Hairul Hissam says
Kejayaan dari keikhlasan tentu lebih bermakna kan en izzuddin 😀
Adif Fida says
tak semua org pikir ape yg kite pikir….
mmg sedih dgn org2 yg busuk hati ni…..
🙁
Hairul Hissam says
Semoga mereka berubah kan cik adif fida… 😀
Mus says
semoga usaha bro memberi kejayaan kepada yang lain..
Hairul Hissam says
InsyaAllah en Mus.. akan terus memberi manfaat kepada org lain melalui blog dan produk saya.. 😀
bada says
sharing is caring…rezeki dr Allah SWT 🙂
Hairul Hissam says
Benar tu… rezeki dari Allah s.w.t. bukan dari manusia 😀
suri says
kita tak akan brjaya slgi kti ada sifat2 seperti itu tak blh tgok org senang..mmg pedih hati klu tgok org senag tapi tu bukan cara yg terbaik utk bals dendam bagai.kita patut anggap tu satu cabaran insyallah kita blh berjaya
Hairul Hissam says
Cabaran yg menjadikan kita lebih berjaya di masa hadapan kan Cik Suri 😀
suri says
bila ada respon mmg bt hati kita senyum kan
Hairul Hissam says
Mmg memberi semangat cik suri.. 😀
fiezaradzi says
tahniah.. tentu ni satu kepuasan yg sukar digambarkan.. kan?
tetang hasat dengki tu, mmg susah sikit, nak2 di kalangan kita.. byk dah macam tu, sedangkan org lain, siap bantu sesama mereka lagi..
harap2 amalan tu bertukar jadi tolong menolong lau benar2 mereka percaya rezeki, Allah yang tentukan.. lau ikhlas berniaga, insyaallah..
Hairul Hissam says
Kepuasannya tak terkata 😀 ..
Harap-harap begitulah Cik fieza. Semoga masyarakat kita berubah kepada yang lebih baik nanti.
cik tom says
ciktom pn rs terharu bc emait tue..mesti lg buat hairul smgt utk hasilkan produk yg terbaik kan..
xperlu ada sifat iri hati semasa bangsa..kena la slg tlg menolong..
Hairul Hissam says
Mmg lebih bersemangat cik tom. Benar tu. Saling tolong menolong ke arah kebaikan 😀
mr.eims @ emas says
hati yg bersih akan menarik lebih banyak rezeki 🙂
Hairul Hissam says
Benar tu… Keiklhasan hati banyak membantu bisnes yang kita ceburi… tqvm mr. eims 😀
aina says
saya suka cerita dalam artikal ini..bagus
Hairul Hissam says
semoga memberi manfaat bersama… 😀
Wati Rahman says
Assalam En Hairul,
I couldn’t agree more on the above. Sungguh terharu saya membaca. Terima kasih En Hairul kerana “menurunkan ilmu” kepada para pembaca dan peminat. Semoga Allah sentiasa memberkati En Hairul dan keluarga. Amin ya rabb..
Hairul Hissam says
Wsalam Cik Wati, tima kasih di atas doa dan sokongan tu. semoga Allah memberkati kita semua 😀