
Semasa penjajahan Inggeris, lebih 200 tahun orang Melayu tak dibenarkan ke sekolah, tak boleh berniaga dan ke bandar. Orang melayu dihalau ke kampung dan bisnes orang melayu dirampas oleh penjajah inggeris.
Kemudian penjajah Inggeris ni membawa masuk beramai-ramai orang cina untuk mengurus bisnes orang malayu yang mereka rampas. Ini lah sebab kenapa ekonomi Malaysia di kuasai oleh orang Cina. Dan punca agak ramai orang cina di tanah melayu.
Sebelum saya cerita lebih lanjut, jom tengok dulu roti sarang lebah masyaAllah sedap.

Waktu pkp ni kalau risau nak keluar dan beli roti lembut di kedai, apa kata anda buat sendiri di rumah. Dengan resepi dan teknik yang betul, anda juga boleh buat roti yang sangat lembut. Boleh belajar di www.rahsialoaf.may.my <<< Klik Linknya.
Sejarah Melayu Yg Ditipu Oleh Inggeris
Kebanyakkan sejarah yang kita belajar adalah sejarah yang ditipu oleh penjajah inggeris. Mereka siap robohkan semua bangunan besar2 milik kesultanan melaka untuk menipu sejarah.
Sebelum orang Inggeris, cina dan india datang….. orang melayu dah uruskan perlombongan, perladangan, pembuatan kapal, besi dan lain2 selama beratus tahun. Masa orang portugis mula-mula datang ke tanah melayu, mereka terperanjat melihat bangunan batu besar-besar di Melaka yang tiada di negara lain.
Kenapa buku sejarah pun salah…
Lebih 200 tahun orang melayu tak dibenarkan ke sekolah dan berniaga. Katakan 200 tahun tu ada 8 generasi (Sbb bila berumur 25 tahun akan melahirkan generasi kedua). So generasi ke 8 dah tak tahu sejarah sebenar dan terpaksa ikut buku sejarah dari sekolah Inggeris yang ditulis dan ditipu oleh orang Inggeris. Dan orang melayu pun dah tak tahu apa bisnes nenek moyang mereka.
7 tahun Kajian Sejarah Melayu Sebenar dari UKM
Nasib baik ada kajian sejarah melayu sebenar selama 7 tahun oleh pakar arkeologi dari Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Mereka ialah Puan Zaharah Sulaiman, Prof Emeritus Datuk Dr Wan Hashim Wan Teh dan Prof Emeritus Datuk Dr Nik Hassan Suhaimi Nik Abdul Rahman.

Inilah buku hasil kajian mereka yang sangat berharga untuk kita mengenal sejarah melayu yang sebenar. Nama bukunya: Asal Usul Melayu, Induknya Di Benua Sunda. Siap Perdana Menteri lancarkan buku ini pada tahun 2017. Ada gambar dalam harian metro di link ini: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2017/07/245221/pm-lancar-buku-asal-usul-melayu
Buku ini ada dijual online. Tapi sekejap jee sold out sebab ramai beli. So korang tunggulah hingga stoknya ada semula. Kalau tak dapat beli bukunya, boleh tonton video youtube dari Puan Zaharah Sulaiman.
Thailand, Vietnam, Burma, Kemboja asalnya negara melayu
Dari kajian UKM, negara Thailand, Vietnam, kemboja dan Burma semua asalnya negara orang melayu. Tapi telah di serang oleh bangsa dari tanah besar China. Dan mereka sembelih jutaan orang melayu di sana. Ramai orang melayu terpaksa melarikan diri ke kepulauan indonesia dan tanah melayu.
Zaman dulu orang cina di negara China sendiri terpaksa berhijrah ke negara lain pada skala besar akibat kekejaman tentera di negara asal mereka.

Asal Usul Orang Asli.
Orang asli di tanah melayu ada dua kategori. Pertama orang asli yang tinggal di pendalaman seperti kelompok semang. Kedua orang asli tinggal di pesisiran laut iaitu melayu proto. Melayu proto ni yang membentuk kerajaan seperti kerajaan Melaka dan kerajaan kedah tua.
Di negara2 lain pun ada orang asli di kawasan pendalaman. Cuma di negara lain, orang asli pedalaman telah dihapuskan. Alaaaa negeri berdekatan pun mereka serang dan hapuskan, ini kan pula, orang asli pendalaman di tempat mereka. Selalu berebut kawasan antara puak.
Di tanah melayu sahaja, negeri lain mereka tak kacau, orang asli pendalaman mereka tak kacau, pendatang pun mereka layan dengan baik sekali. Sebab zaman dulu Melaka ialah pusat perdagangan dunia.
Bahasa orang asli pun bahasa melayu. Lagi fasih mereka berbahasa melayu.
Contohnya, orang cina di Malaysia. Walaupun ke sekolah dan ke pasar kena cakap bahasa melayu, tapi di rumah tetap berbahasa cina. Tak ke pelik, orang asli di kawasan pendalaman hidup yang sesama mereka, tetap cakap bahasa melayu. So maknanya mereka serumpun dengan melayu. Sama macam indonesia dan malaysia adalah serumpun.
Muka orang asli pun tak jauh beza dengan muka orang melayu. Kerajaan melaka kan merupakan pusat perdagangan dunia pada zaman dulu. So ramai orang melayu kahwin campur dengan pedagang dari luar negara seperti arab dan cina muslim. Manakala orang asli di pedalaman hanya kahwin sesama mereka sahaja. Itulah punca, ada sikit beza wajah melayu sekarang dengan wajah orang asli di pedalaman.
Ini sejarah leeee
Lepas ni, tak de lah anak-anak kita kena tipu dengan mereka yang mengatakan malayu pendatang lagi. Mereka ni suka buat andaian untuk mendapatkan sesuatu. Semoga artikel ini memberi sedikit sebanyak info tentang sejarah bangsa melayu. Dialu-alukan klik button share. tq



























Khalifah says
Saya dah lama tahu
Arwah ayah saya ceritakan hal sebenar. Nenek Moyang kita dah terror buat meriam, senjata semua dari dulu
Hairul Hissam says
Memang betul tu tuan. Mari kita kembalikan kegemilangan zaman dulu.
Hazlina says
Buku Sejarah kita memang tipu, British yang buat. Sejarah Melaka semua “ditanam”
Hairul Hissam says
Saya ada baca kisah di timur tengah, negara yang Inggeris jajah habis semua perpustakaan atau arkib di bakar. Memang mereka biasa buat kerja2 memadam sejarah supaya bangsa Inggeris dia jee yang nampak bagus. Bangsa lain nak dijadikan hamba mereka.