Program Kongsi Resepi Dapat Duit Tajaan Blog Hairul.com
Resepi Lepat Pisang ini kiriman Kak Raja. Jom kita pelajarinya.
Bahan-Bahan Resepi Lepat Pisang
300 g pisang emas
30 g gula melaka
1 /2 c kelapa parut putih
1/4 st baking powder
1/2 c tepung gandum
Secubit garam
Daun pisang
Cara Membuat Resepi Lepat Pisang
1.Hancurkan pisang bersama gula melaka, garam dan baking powder
2. Masukkan kelapa parut dan tepung sikit2 (ketepikan sikit untuk inti) sambil digaul sampai adunan cam jemput2 / cokodok pisang yg keras sikit. Kacau rata.
3.Sudukan adunan tadi atas daun pisang yang telah disediakan.
4. Letak sedikit kelapa ditengah adunan cara memanjang n tutup lg ngan adunan.
5. Lipat kiri kanan sampai adunan tertutup kemudian lipat ujung2 daun pisang itu
6. Kukus selama 20 minit.
7. Blh hidang untuk minum petang atau sarapan pagi.
Siap
Hairul.com: Terima kasih kepada kak raja kerana sudi berkongsi resipi lepat pisang
Leave a Reply