Saya nak berkongsi satu kajian yang menarik dari luar negara tentang punca obesiti atau gemuk. Ia diterbitkan oleh Akhbar Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) Bulan Apr’13. Menurutnya, pakar kesihatan kini membuat kesimpulan bahawa nasihat “lemak adalah buruk” pada tahun 80an tidak membantu menurunkan berat badan. Patutlah ramai masih gemuk walaupun telah bersenam dan mengurangkan makanan berlemak. Kerana ada sebab lain yang merupakan punca kepada obesiti atau gemuk.
Antara puncanya ialah gula kerana tubuh mampu menukar gula pada lemak badan. Apabila kandungan gula dalam badan berlebihan, badan kita akan menghasilkan lebih banyak hormon insulin. Tujuan utama insulin ialah menyingkirkan gula supaya kandungan gula dalam darah menjadi stabil. Tetapi sebenarnya insulin menyingkirkan gula dengan cara menukarkan gula kepada lemak pada badan kita. Inilah punca kenapa anda masih gemuk atau obesiti walaupun telah mengurangkan makanan berlemak.
Satu lagi kajian menunjukkan tubuh badan akan membakar gula terlebih dahulu daripada lemak. Selagi badan masih ada kandungan gula ia akan membakar gula dan tidak membakar lemak. Malangnya keupayaan tubuh untuk membakar adalah rendah. Gula yang tidak sempat dibakar akan ditukarkan kepada lemak. Dengan kata lain, walaupun anda kuat bersenam, tubuh tetap tidak membakar lemak tetapi membakar gula terlebih dahulu.
Sekiranya anda telah berusaha mengurangkan lemak dan bersenam tetapi masih lagi gemuk. Maka gula adalah punca obesiti atau gemuk yang anda alami. Amat bijak anda mengurangkan makanan dan minuman yang manis untuk kesihatan tubuh badan anda. Atau gantikan dengan kurma seperti artikel cara kuruskan badan dengan kurma sebelum ini. Elok dapatkan Utusan Pengguna Persatuan Pengguna Pulau Pinang, untuk info yg lebih banyak. Di JB ada dijual di Bookstore Badan di Angsana Mall.
Khairul Zamri says
setuju sangat, gula juga penyebab kita berlemak banyakkan minum air masak supaya dapat kurangkan kandungan gula dalam badan
Hairul Hissam says
Setuju ngan bro, byk minum air masak dapatkan meningkatkan kesihatan kita dan mengelak obesiti…
titan says
dua-dua memang punca utama.
Hairul Hissam says
Elok kurangkan yg termampu 😀
suri says
salam..
gula2..gula mana2 pergi ada makan jenis bergula hee..musuh utama saya ni .tpi doc tka bg sy diet kata berat badan sy ok.cuma sy jer terlampu rasa bdan ni comel sgt2 erk hee..
Hairul Hissam says
Sesetengah wanita yg inginkan badan kurus dan kurus lagi pun bahaya juga. pada kesihatan.. 😀
suri says
apa bila kita lupa ada juga yang mengingatkan.terima kasih
Hairul Hissam says
Saling mengingatkan utk manfaat bersama…
akubiomed says
Pengambilan berlebihan akan mengundang masalah kesihatan seperti diabetes.
Hairul Hissam says
Mmg bahaya gula ini pada kesihatan kita.. elok kurangkan yg termampu… 😀
TehR says
manis yang berlebihan memang punca segala masalah
jadi lebihkan manis dalam senyuman sahaja
Hairul Hissam says
Setuju ngan bro… manis dlm senyuman adalah ubat stress yg terbaik…
ingathanafi says
gula berlebihan yang tidak ditukar kepada tenaga penyebab kepada obesiti..bab kesihatan saya mudah faham tapi sukar pula nak terang dengan orang.
Hairul Hissam says
Saya pun memakan masa juga untuk menulis agar mudah dipahami.. 😀
blackrosehunter says
setuju bro..saya pernah pergi satu talk oleh pharmacist ni, kajian sebenarnya, gula amat memberi kesan kepada kegemukan dan menyebabkan ketagihan..
Hairul Hissam says
Terima kasih atas info tu bro….ramai juga yg belum tahu ttg perkara ini.. 😀
hafizmd says
Setuju 100%. Kalau kita byk minum air manis, mmg badan cpt naik. mksudnya lmak makin byk.
jd kurangkan minum manis dan bykkan bersenam.
thanks bro kongsi tips dan kasi motivasi
Hairul Hissam says
Minuman ringan yg menggunakan ibu gula lagi byk memberi kesan kpd obesiti. Bersama-sama kita cuba kurangkan 😀
onlajer says
kena pergi angsana lah cari buku tu
Hairul Hissam says
Akhbar utusan pengguna diterbitkan 2 bulan sekali… Elok bro pergi awal takut habis.. 😀
puteri kasih says
oleh itu kurangkan la pengambilan gula. Kerana gula yang berlebihan memang tidak baik untuk kesihatan kan 🙂
Hairul Hissam says
Tepat sekali. 10 markah utk puteri.. heee 😀
puteri kasih says
ada markah juga eh…. ingatkan ada hadiah..hehe
Hairul Hissam says
setiap minggu saya bagi hadiah kat puteri dan pembaca blog saya… melalui artikel yg bermanfaat. hee . 😀
puteri kasih says
hadiah yang memang bermanfaat…hehe 🙂
Hairul Hissam says
he.he.he 😀
cik tom says
ciktom skang tgh diet…ramai duk tgur makin gmuk blk pru13 br ni..sob3..ni nk kurangkan minuman bersusu…
Hairul Hissam says
Elok kurangkan makan pada waktu malam cik tom… dan makan byk2 pada waktu pagi…
psst: Nasib baiklah saya lelaki… org tak kisah pun kalau saya berisi atau tidak.. heee
cik tom says
haha..aah tue mslh plg besar…sblm ni byk mkn waktu mlm..pastu byk plk stok2 makanan kt umah…bahaya..kena kunci mangga…haha…
tue la kan..lelaki org xkisah pun gemuk..kl pmpn naik badan ish abis smua org duk pi tgur…mmmg satu perkara yg blh stress…hee
Hairul Hissam says
Kalau byk sangat stok makanan.. boleh pos kat saya. heeee 😀
cik tom says
bagus jgk tue…hehee…
Hafizul says
Hehe..menarik artikel ni..minuman bergas juga merupakan faktor untuk gemuk…
Hairul Hissam says
Betul kata bro.. dlm akhbar persatuan pengguna tu pun ada cerita pasal minum ringan nie pada obesiti.. Jom kita kurangkan yg termampu 😀
Hafizul says
Hehe..saya kurang gemar minum air gas ni..tapi kalau ais, memang tak pernah jemu la..tu sebab badan saya muda2 dah rasa tak larat..penat jer..hehe
Hairul Hissam says
Bila byk minum ais.. badan kita akan bekerja lebih keras utk meningkatkan suhu badan kita. tu yg buat organ badan kepenatan kot… masih boleh berubah bro.. heee 😀
Hafizul says
Terima kasih bro kongsikan dan berikan sedikit nasihat..insyaAllah saya akan cuba kurangkan..terima kasih bro..hehe
Hairul Hissam says
terima kasih kembali.. semoga bro kembali machooo.. heee
donnyien says
Panduan yang berguna bro Hairul. Tq
Hairul Hissam says
semoga bermanfaat…
nazra says
kena pastikan semasa turunkan berat badan, yg hilang adalah lemak. bukannya air. sebab kalau turunkan berat air saja, lemak masih berkumpul. banyak lemak pun bahaya. kang kena serangan sakit jantung lak
Hairul Hissam says
Terima kasih atas pendangan tu.. 😀
Ally says
Ya, memang betul tu. kalau banyak makan manis atau minum manis2, cepat sangat berat badan meningkat…
Hairul Hissam says
Tapi agak mencabar juga nak kurangkan manis sebab kebanyakkan makanan kegemaran semuanya manis2 😀
fyna says
faktor pemakanan dan aktiviti seharian kan antara faktor obsesiti juga kan. info yang berguna nih. thanks.
Hairul Hissam says
Betul tu fyna.. kalau kita rajin bersenam dan beriadah, insyallah kurang masalah obesiti ini.. 😀
takai says
Cara menggunakan kurma tu memang teknik yg bagus untuk mengurangkan kegemukan..jgn pula lepas makan kurma terus makan mcdonald, nanti lain pula effect dia huhuhu…..
Hairul Hissam says
Kalau mcm tu, berganda2 obesitinya.. hee 😀
devi says
olahraga pun susah untuk mengecilkan perut gemuk
Hairul Hissam says
kena masuk olahraga bina badan… 😀
jai says
oh..macan tu ke?
Hairul Hissam says
Yaaa.. itulah punca obesiti atau gemuk..