Beberapa minggu lepas saya beli sebuah motor yang lebih besar sikit. Teringin pula bawa motor tu. Tapi tak de la besar sangat. Cuma bezanya motorsikal nie menggunakan clutch. Dan saya memang tak reti langsung bawa motor clutch nie. “Hello amoi, Macam mana nak free gear nie” Aduhai, nak free gear pun dah pening kepala. Siap kena gelak lagi ngan sales girl tu. he.he.he..
Motor clutch nie berbeza dengan motor biasa dari segi penukaran gearnya. Untuk tukar gear, kena tekan dan cungkil pedal gear dengan kaki. Dan perlu tarik tuil clutch di tangan kiri. Dan yang peliknya, gear free berada diantara gear satu dan gear dua. Dan ia perlu dicungkil lebih perlahan. Dalam hati saya, kenapalah dia orang tak buat bagi mudah. Kereta yang besar tu boleh buat auto, tak kan la kot motorsikal macam nie tak boleh. hu.hu.hu.
.
Cara Membawa Motor Clutch Atau Klac
1. Pastikan motor dalam gear free dan hidupkan enjin motorsikal anda.
2. Untuk ke gear satu, tarik habis tuil clutch dan tahan dengan tangan kiri. Kemudian kaki kiri menekan pedal gear ke bawah untuk masuk gear satu.
3. Dengan perlahan-lahan, lepaskan sedikit demi sedikit tuil clutch di tangan kiri. Sebelum habis tuil klac dilepaskan, anda akan dapati motor anda akan mula bergerak sedikit. Pada masa ini pusing minyak di tangan kanan anda. Selepas motor selamat berjalan barulah lepaskan habis tuil klac di tangan kiri anda.
4. Untuk masuk ke gear dua pula, lepaskan minyak di tangan kanan anda. Kemudian tarik habis tuil clutch di tangan kiri dan tahan. Seterusnya pedal gear ditarik ke atas atau dicungkil dengan kaki kiri. Anda perlu cungkil kuat sikit untuk masuk ke gear dua. Kalau anda cungkil perlahan, ia akan masuk ke gear free. Selepas itu lepaskan tuil klac perlahan-lahan. Semasa tuil clutch dilepaskan, pusing minyak di tangan kanan. Biasanya, semasa saya lepaskan tuil clutch, saya akan tahan sekejap sikit di hujungnya dan baru pusingkan minyak. Bila jalan ok, barulah lepaskan habis tuil klas nya.
5. Dan untuk gear 3, 4, dan 5, caranya sama seperti menukar ke gear 2 sebelum ini. Manakala untuk kurangkan gearnya, kaki kiri perlu menekan ke bawah pedal gear. jangan lupa untuk tarik tuil clutch terlebih dahulu sebelum menurunkan gear. Caranya sama seperti menambah gear.
Yang lemah sekali, motorsikal clutch boleh mati enjinnya jika kurang cekap guna tuil clutchnya. Bila enjin mati, mulalah mencari-cari gear free untuk hidupkan motornya. Kalau kena kat tengah jalan raya, mau panik beb. Tapi lepas paham caranya, memang syok guna motor clutch nie. Untuk cara mengelak enjin motor mati ialah dengan mendengar bunyi motorsikal. Jika bunyi motor mula tersengut-sengut, tarik tuil klac sedikit sahaja dan pusingkan minyak di tangan kanan.
Lepas saya beli motor nie, motor lama saya macam merajuk pulak. Maklumlah terpaksa bermadu he.he.he. Mula-mula tak boleh start dengan starter tangan. Lepas tu, pakai kaki pun tak boleh start. Terpaksalah hantar ke kedai motor. Lepas tukar bateri motor, dah elok balik motorsikal lama saya. Lebih enam tahun tu pakai motor yamaha lagenda tu. Memang tahan motor yamaha nie. Gambar atas tu kat luar rumah saya. Kalau anda nak tengok dalam rumah saya ada di artikel Cara kuruskan badan Dalam Rumah.
suri says
saya tak reti bawa motor manual klu auto sy laju
Hairul Hissam says
Saya pun suka yg auto,, pusing minyak jee dan jalan.. heee 😀
suri says
jangan sedap bawa last2 tak perasan minyak tak der..jgn buat hal eh
Hairul Hissam says
Kalau minyak habis, letih tu nak menolak motor nie.. heee
Juan says
wahhhh ada motor baruuu, bro camner motor FZ ni, apa rasa dia best ker x
Hairul Hissam says
Compare ngan motor lagenda saya, mmg jauh lagi best.. Nak memotang pun syok.. Tapi tu la tak de bakul nak isi barang. Saya guna untuk balik rumah mak di Jb jee 😀
onlajer says
pasang tong la bro hehe
Hairul Hissam says
tak ensem la bro ada tong.. saya baru order tank bag…bag tu diikat pada tangki minyak…saya order ngan fairing dia sekali… tgh tunggu sampai nie . he.he.he
TehR says
tahniah bro, dapat motor baru
tetiba terkenang dan rasa nak naik vespa lagi
cara clutch dan gear dia memang mencabar jiwa
Hairul Hissam says
terima kasih bro… mmg betul tu bro.. baru2 pakai mmg tension bila mati depan trafik light.. tapi lama2 pakai rasa syok pulak.. 😀
puteri kasih says
wah dah bertambah bini yer. patutlah bini tua tu merajuk..jeles bini muda hairul bawa balik rumah mak..hahaha.
Hairul Hissam says
Mungkin juga kot. he.he.he… Lain kali kena bawa dua-dua sekali balik rumah mak nie… naik lori… he.he.he
puteri kasih says
bertambah plak bini seterusnya nanti…lori. hehehe
Hairul Hissam says
yg tu kalau merajuk tu.. nayaa tu… hee
Amirul Ramli says
Dulu try jugak bawak RXZ tapi tengah2 jalan je mati. hahaha.. best jugak motor ade cluth ni sebab pick up kuat. tapi nak buat macam mane EX5 dekat rumah tu ade lg. guna lah sampai dah tak boleh jalan. hehe
Hairul Hissam says
Kalau tak tahu caranya, mmg asyik mati je bro…tapi yg bestnya.. mmg syok memotong.. heee 😀
Hafizul says
Motor clutch berkuasa tinggi…perghhhh tahniah bro..bertambah sungguh bini mcm ni..hahaha
Hairul Hissam says
TErima kasih bro.. Dapat peluk motor tu pun jadiklah bro…. heeee 😀
Hafizul says
Emm untung bro boleh gak peluk..saya ni boleh tengok jer lah..hehe
Hairul Hissam says
kalau nak bawak, datanglah rumah.. ha.ha.ha.
akubiomed says
Seronok bawa motor klac ini sebab dia punya pick up tak ingat. 🙂
Hairul Hissam says
Pickup mmg lebih baik… cuma penukaran gear kena lebih berhati2.. kalau tak mati enjin tengah jalan.. heee 😀
keyme says
tahniah ! merah mengancam ! haha , nanti bini tua mesti merajuk , hehe
Hairul Hissam says
Dah merajuk dah… selamat berjaya dipujuk dengan bateri baru.. ha.ha.ha
Peja says
Kasi kat saya jela moto tu 😀
Hairul Hissam says
banyak cantik bro.. ha.ha.ha.. beli la sendiri. he.he.he
onlajer says
Sejak 10 tahun yang lepas macam dah tak pernah pulak bawa motor yang ada klac, fz ni rege dia bro
Hairul Hissam says
onlanjer nie mcm minat nak beli jee nie. heee
saya beli cash.. harganya rm8550.
onlajer says
tak lah cuma saja nak tahu, rasanya zaman motor gua macm dah berlalu , pakai je la kapchai buat pergi dekat – dekat
Hairul Hissam says
bila dah bekeluarga, tentu anak dan keluarga diutama kan … kan bro 😀
safwan seth says
saya fail motor klac. haha
Hairul Hissam says
Mungkin panduan nie dapat membantu abg saftwan.. eh lama tak nampak… 😀
Khairul Zamri says
aku fail jugak kalu bwk moto clucth yg besar2 lagi2 bila nk turunkan gear kt selekoh nga traffic light
Hairul Hissam says
Saya kalau kat selekoh dan kat trafik light. biasa tarik sikit clutchnya… mmg risau kalau mati.. 😀
blackrosehunter says
saya pun tak reti nak bawak motor clutch ni..berapa harga motor baru tu bro?hehe
Hairul Hissam says
Saya pun mula2 tak reti juga… main bawak je….:D .. harganya cash RM8550 bro.. 😀
takai says
mesti mahal harga motor ni kan…cluch kalo x tahu guna boleh jadi accident…tip di atas memang bagus…
Hairul Hissam says
Mula2 rasa risau juga takut accident spt kata bro.. lama2 dah biasa.. seronok pula… 😀
jutawan muda says
tips yg berguna…
ingat lg mse 1st time bwk moto clutch…kelakar…
asyik mati2 je moto…
Hairul Hissam says
Saya masa mula2 bawak motor tu, saya bawa malam2.. org tak nampak .kalau tak malu beb.. he.he.he 😀
hamisah mohri says
Samekom, terkejut akak ingatkan hairul kahwin lagi. Nak tengok gambar bini baru tek, rupa2nya ….. motor Cluth.
Hairul Hissam says
He.he.he.. gurau je kak hamisah 😀
cik tom says
tahniah bli kete br..mesti dekat nk raya ni ramai nak beli ebook bro..hee
ciktom mmg xreti+xamik lesen motosikal ni…
amik lesen kete je..hehe
Hairul Hissam says
Eh.. yg moto tu baru beli cik tom.. yg keta alza tu, tahun lepas saya beli tapi jarang bawak..
saya lebih suka naik moto.. belajar la naik motor cik tom.. berdesup sampai. heee
cik tom says
eh sori ciktom typo…nak taip tahniah beli motor baru…hehe
erk tak nak lah…cik tom takut naik motor..hahaha..
Hairul Hissam says
tak mengapa cik tom dan terima kasih.. heee 😀
20sen_ says
salam bro….nak tanya sikit, ape yang di maksudkan dengan:
saya akan tahan sedikit di hujungnya dan baru pusingkan minyak, klau jalan ok barulah lepaskan tuil cluth nya….
Hairul Hissam says
wsalam, maksudnya jgn lepaskan sampai habis. masa kita lepas sikit demi sikit sehingga dekat hujungnya, tahan sekejap… 😀
20sen_ says
Ok,thanks bro..nanti saya prektis sampai brjaya
Hairul Hissam says
kena biasakan jee.. insyaAllah boleh.. 😀
devi says
keren nih motor gedenya,,,
Hairul Hissam says
beli la satu bro..
saidy anwar says
Bang! Clutch akan mati semasa gear 1 je ea?? Ad pd semua gear boleh. .
Motor LC baru sme x mcm motor. Abg ue?? Cara penggunaan clutch??
Hairul Hissam says
Saya tak pernah guna pula motor LC..
mana2 gear pun boleh mati cuba artikel dgn teliti utk panduannya 😀
zarul says
Salam… apa punca enjin mati tiba2 waktu tukar gear, ada tips tak nak tukar gear dgn senang ?
Hairul Hissam says
wsalam, elok baca artikel nie dgn teliti.. semua ada diterangkan.. 😀
MK Kimi says
Salam…sy tgh berkira-kira nak beli motor ni. Ramai kata jimat minyak tp xlaju sgtlah. Kalau ulang alik JB KL ok x?
Bro pasang alarm tak moto ni? bpe ek rege?
Sampan psg x? kat gmbr tak nmpk sgt bhgn bwh. rege dia bpe plak?
Sori byk tanya. Tgh survey sampai betul2 yakin nak beli
Hairul Hissam says
Mmg jimat minyak dan tak laju sangat.. teringin pulak nak pasang gear ke enam. heee
Elok rujuk fanpage pnejual fairing di dalam artikel fz150i convert to r15. disana ada harganya mengikut pilihan 😀
korie says
Bawak moto clash ni ade org kate klu pndai bwk kete manual pndai la bwk moto clash…sbb konsep die same..btul x…?sbb sy xprnh mrase bwk moto clash..hnye tahu konsep je…huhu
Hairul Hissam says
Kalau tanya kedai moto, mmg diaorg cakap macam tu sbb diaorg malas nak ajar.. heee
wan muhamad firdaus says
Hai, nak tumpanh tnya. Kalau gear 5 ke gear manual cam mna?
Hairul Hissam says
tak tahu pula saya ada gear manul..setahu saya… gear 1 ke gear free ke gear 2 ke gear 3 ke gear 4 ke gear 5 ke gear 4 ke gear 3 ke gear 2 ke gear free ke gear 1.. Tu je laa yg saya tahu.
wan muhamad firdaus says
Gear free la maksud sya… silap tdi! Sorry
Hairul Hissam says
Oh patutlah 😀
helpmie says
salam bro…klu nk free gear…kna sentiasa dlm gear 1 ngn 2 lah yer bro…tp berbeza tekan ke bwh dgn tuil lah ekkk…bdw..dri gear 2 nk ke gear 1…kna tekan 2 kali kan…tol x pemahaman sye??
Hairul Hissam says
DAri gear dua ke gear satu.. kalau tekan perlahan akan ke gear free.. tapi kalau tekan kuat akan ke terus ke gear 1. Kena bawa motornya baru nampak…
Wan Izzul Fadlan says
Salam bro .. nak tanya moto Yamaha 125z ada klac ke ? kalau Rxz yes memang ada klac , pikirkan nak beli 125 .. seriously kalau klac memang saya tak pandai tapi kalau jenis takda klac jenis gear je saya bolehlah sikit2 itupun baru nak practice masih belum mahir , even saya selalu drive jenis moto auto je so teringin nak pakai 125 😀
Hairul Hissam says
Saya pun tak pasti bro, sbb tak pernah bawa yamaha 125 lagi… 😀
zulfiqa says
Assalam. Sy bru nk blaja naik moto. Tringin nk pkai LC 135 ES. First time blaja dh nk pakai moto clutch
Hairul Hissam says
semoga berjaya bawa motor dgn baik dan selamat.. 😀
ciku says
Tq bro.. aku on xpnah bwk motor clus ni.. aku nk bli motor r25.. cmne nk bwk balik? Ms bli nti kdai tu ajar x cmne nk bwk?? Tringin tp xpnh try bwk moto clus hoho
Hairul Hissam says
Masa saya beli fz tu, saya suruh kedai tu hantar rumah.. Lepas tu baru saya bawa slow2 malam2 sehingga pandai.. 😀
Man says
Bro… Semua moto clutch sama ka cara nk change or drop gear.. Mohon penjelasan 🙂
Hairul Hissam says
Setahu saya sama… tak tahu pula kalau ada yg berbeza…
shah says
thanks ..info yg brguna sbb da lme tak bwk moto ad clutch ni ..lpe da cara nk bwk sbb bru bli moto cg ..huhu
Hairul Hissam says
memang best bawa moto clutch nie.. skrg saya bawa moto kawasaki ninja 250r se, lagi best bawa…
amer says
Macam mana nak buang gear ? Kena tarik clutch jugak ke?
Hairul Hissam says
Ada diterangkan di dalam artikel datas.. baca slow2 bro..
nudi suhani says
senang nak belajar dengan cara macam nie..straight forward..hehe btw thanks ?
Hairul Hissam says
sama2.. selamat menggunakan motor clutch
Fitseven says
Salam..macam mana nak free gear motosikal clutch.?
Hairul Hissam says
wslmm.. dalam artikel ada diterangkan.. elok baca dgn teliti..
Beritra says
fuh bru paham.. terima kasih abe..
Hairul Hissam says
semoga dapat bawa motor clutch / klac dgn baik…
awie says
tq ajar saya pakai moto clutch ..kekok jugak lah masa 1 time bawak gear 1 je hahhaha..skrg 60 persent dpt ..tq saya pon umur 17pakai valcon 535
Hairul Hissam says
Semua org mesti kekok punya pada permulaan… tapi lama2 terorr la tu.. heee
Aliff says
Hai klau kita tngh bwa moto and kita lengah kita nk lepaskn minyak tu sekejap je. Perlu ke tarik klac? Klau kena tarik. Tarik habis or skit je?
Hairul Hissam says
Saya tarik cluth bila bunyi motor lain mcm jee..