Artikel ini kiriman Cik Azriey Amriey. Jom kita baca artikel penuhnya bawah.
Abu Hurairah r.a menerangkan bahawasanya Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “ Seorang lelaki berkata : “Demi Allah saya akan memberi sedekah. Maka dia keluar membawa sedekahnya lalu diletakkannya di dalam tangan pencuri. Maka pada paginya, orang ramai pun memperkatakan hal tersebut. Mereka berkata : “Telah diberi sedekah kepada pencuri. Si pemberi itu berkata : “Wahai Tuhan ku, hanya untuk Engkaulah segala puji-pujian. Demi Allah, saya akan sedekahkan satu sedekah lagi. Maka dia keluar membawa sedekahnya lalu diletakkan di tangan wanita penzina. Pada pagi hari itu orang ramai pun memperkatakan hal tersebut.
Mereka berkata : “Telah diberikan sedekah kepada wanita penzina. Orang tersebut berkata : “Wahai Tuhan ku, hanya untuk Engkaulah segala puji-pujian. Demi Allah saya akan memberikan satu sedekah lagi. Maka dia keluar membawa sedekahnya lalu diletakkan di tangan orang kaya. Pada pagi hari itu orang ramai memperkatakan hal tersebut. Mereka berkata : “Telah diberikan sedekah kepada orang kaya. Orang itu berkata : “Wahai Tuhan ku, hanya untuk Engkaulah segala puji-pujian terhadap si pencuri, si penzina dan terhadap si kaya.
Kemudian datanglah seseorang kepadanya dalam tidurnya lalu berkata kepadanya : “Sedekah mu kepada si pencuri, mudah-mudahan ia akan memelihara dirinya daripada mencuri, manakala kepada wanita penzina mudah-mudahan ia akan memelihara dirinya daripada berzina dan orang kaya mudah-mudahan ia akan mengambil ibarat lalu menafkahkan sebahagian harta yang telah Allah berikan kepadanya.”
(al-Bukhari dan Muslim)
Keterangan:
Sedekah adalah satu amalan yang sangat dituntut dalam Islam. Dalam hadis diatas telah disebut bahawa bersedekah bukan hanya kepada fakir miskin sahaja. Sedekah kepada pencuri, semoga dengan itu, dia akan berhenti mencuri. Meninggalkan tabiat yang tidak baik itu, memulakan kehidupan yang baru hasil sedekah yang kita berikan. sedekah kepada penzina sebagai satu jalan keluar bagi si penzina supaya berhenti dari mencari nafkah dengan jalan yang tidak diredhai Allah. Dam sedekah kepada orang kaya supaya si kaya itu akan sedar dari kelalaiannya dan turut menghulurkan sedekah kepada yang memerlukan.
Dalam setiap amalan, selagi niat kita ikhlas, Allah akan memberi ganjaran pahala yang berlipat kali ganda. Kerana hanya Allah yang Maha Mengetahui. Jangan kita menilai sesuatu perkara kebaikan itu sebagai tidak bermanfaat. Apa yang penting adalah keikhlasan kita dalam melakukan sesuatu perkara. Insya Allah, setiap amal kebaikan itu akan dicatit pahalanya oleh Malaikat Atid dengan sepuluh ganda kebajikan.
Hairul.com: Terima kasih cik azriey kerana sudi menulis dan berkongsi artikel yang bermanfaat ini.
TehR says
bersedekah dengan hati yang ikhlas
kalau nak ikut cakap orang, sampai bila2 pun mereka tak berhenti mengata
Hairul Hissam says
Keiklasan krn Allah yg membuatkan hati kita tenang spt kata bro tehr.. 😀