Baru-baru ini saya ada terima email yang bertanyakan “Kenapa video ebook hairul mahal?”. Di dalam forum juga banyak pertanyaan yang sama “Kenapa ebook online mahal-mahal?”. Dan saya yakin ramai pembaca tertanya-tanya kenapa produk yang dijual secara online harga boleh tahan.
Sebenarnya pertanyaan ini timbul apabila perbandingan dibuat antara produk offline (diluar sana) dengan produk online. Kenapa ya buku di kedai buku harganya tak sampai RM20, tapi kat internet mau RM40. Mencecah lebih seratus pun ada. Lagi-lagi yang hanya bagi download link. Dimana kosnya?
.
.
Salah satu kos yang pembeli tidak nampak ialah kos pembangunan produk online tersebut. Dari segi masa, tenaga dan wang ringgit untuk menghasilkan produk tersebut. Menghasilkan produk biasanya memakan masa yang agak lama. Seperti pakej kraftangan keychain sulaman benang saya. Saya mengambil masa lebih dua bulan membuatnya.
Balik kerja, ambil gambar-gambar membuat huruf-huruf keychain. Benang diangkat, satu gambar. Benang diturunkan satu gambar. Dan lebih 500 gambar saya ambil untuk menunjukkan dengan jelas membuat huruf A-Z, a-z, 1-9 dan simbol menarik. Itu belum lagi video-video yang saya ambil untuk memudahkan pembelajaran pembeli.
Dan bila videonya dah siap, bila tukar pada flash, gambarnya jadi berline-line kerana resolution kamera video rendah. Terpaksa keluar duit beli kamera video baru. Yang nak menangisnya kena buat semula videonya. Nasib baik la gambar tiada masalah. Akhirnya siap juga pakejnya. Alhamdulillah setakat ini tiada seorang pun pembeli meminta refund kerana semua berpuas hati. Begitu juga dengan jombinaweb. Semuanya berpuas hati.
Sekiranya anda pernah membuat produk sendiri, saya yakin anda lebih memahami. Kerana sebagai penjual kita akan cuba sedaya upaya menghasilkan yang terbaik. Kerana kita mahukan pelangan kita berpuas hati dan terus menjadi pelangan kita dimasa hadapan. Sebab kita ingin menjadikan bisnes ini long term untuk manfaat bersama.
Sebab kedua ialah program affiliate yang dianjurkan. Program affiliate ini memberi komisen kepada agen yang membantu promosi produk kita melalui link affiliate yang didaftar. Mungkin ada yang akan mencadangkan. “Kalo macam tu, saya nak beli terus tanpa melalui link affiliates”. Kesian pada agen-agen, penat-penat mempromosikan dan memperkenalkan produk kita. Senang-senang kita menafikan hak mereka. Tanpa agen, pelangan tidak akan mengetahui produk tersebut. Itulah jasa agen kepada pelangan dan juga kepada penjual. Ia perlu dibayar dengan komisen.
Sebab ketiga ialah kos promosi. Tahukah anda kos promosi atau pengiklanan diinternet agak mahal. Berbeza dengan menjual di pasar malam atau kedai-kedai. Kita buka kedai, orang lalu lalang akan lihat, masuk dan beli. Tapi diinternet, kita perlukan promosi yang berterusan untuk memberitahu bakal pembeli. Memang banyak cara promosi percuma. Namun promosi berbayar lebih cepat menghasilkan jualan. Saya pernah meletak iklan banner di hmetro.com.my dengan harga RM800.00 untuk seminggu sahaja. Alhamdullillah nasib baik ia memberi pulangan.
Sebab keempat, peniaga online tidak menjual sebanyak peniaga offline. Sebagai contohnya, sebuah buku fizikal dicetak berpuluh-puluh ribu dan dihantar ke seluruh kedai-kedai buku di Malaysia. Kalau untung seringit pun dah amat lumayan. Sebab itu mereka boleh memberikan harga yang rendah dengan keuntungan yang tinggi.
Sebab kelima jualan produk online biasanya akan menurun. Ia tidak sama seperti menjual goreng pisang. Kalau jual goreng pisang, semakin hari pelangan semakin ramai. Hari ini beli sedap, esok beli lagi. Tetapi menjual produk online. Pembeli akan beli sekali sahaja produk tersebut. Bayangkan berbulan-bulan anda membuat produk tersebut, pembeli hanya bayar RM60.00 sekali sahaja seumur hidupnya. Jika anda penjual adakah anda rasa berbaloi? Berbeza dengan kedai buku, jika buku tersebut semakin kurang laris, ada beratus-ratus buku baru akan sampai.
Sebab ke enam, pembeli hanya bayar sekali sahaja untuk ilmu yang akan digunakan seumur hidupnya dan menjana pendapatan . Sebagai contohnya beli pakej jombinaweb dengan harga RM65.00. Pembeli boleh membina seberapa banyak laman web dan produk online seumur hidup anda. Sebagai pembeli, tidakkah anda rasa beruntung?
Semoga enam sebab ini sedikit sebanyak memberi penjelasan yang jelas buat pembaca agar tiada lah yang menuduh bukan-bukan kepada peniaga oniine di dalam forum dan sebagainya :).
ellen says
satu info yang menarik..Thanks for sharing..
Hairul Hissam says
Tq Ellen… 😀
ali says
yang lain2 tu ok, tapi point ‘peniaga online tidak dapat menjual sebanyak peniaga offline’ ada masalah sikit. sebenarnya peniaga online boleh jual lebih banyak daripada peniaga offline kerana pasaran internet lebih luas sebenarnya. bergantung kepada kita macam mana nak promote….
Hairul Hissam says
Tq Ali atas pandangan tersebut.. 😀
yap.. promosi amat penting dalam perniagaan internet…
Abu Jarir says
Satu lagi, pembeli dapat berhubung terus dengan penulis ebook melalui email jika mereka ada sebarang masalah untuk memahami tulisan penulis tersebut. Ini dipanggil support. Berbeza denagn penulis buku fizikal. Pernahkah anda menghubungi mana-mana penulis buku dan bertanyakan tentang isi kandungan buku yang anda kurang jelas?
Hairul Hissam says
Tq saudara Abu Jarir.. …
memang benar.. peniaga online bekerja lebih untuk pelangan tersayang 😀
Judie Dubill says
naturally like your web-site but you need to take a look at the spelling on quite a few of your posts. A number of them are rife with spelling issues and I in finding it very bothersome to inform the reality however I will surely come again again.
Hairul Hissam says
thanks for your advice and visit Cik Judie.. InsyaAllah akan terus diperbaiki.. tq ya.. 😀