Ubat batuk tradisional paling mujarab. Khasiat bawang putih bakar. Pernah makan?


batuk

.
Memang menyeksakan kalau kena batuk nie. Lebih-lebih lagi batuk berkahak. Mulalah asyik nak buang kahak je. Yang lemahnya pernafasan kita turut terganggu. Dah tercungap-cungap berjalan. Memang cepat letih. Inilah dugaan yang paling mencabar apabila kena batuk kahak.

Saya sendiri sering diserang batuk kahak. Semenjak kecil lagi. Biasanya seminggu lebih baru baik. Pastu bermacam-macam warna kahak akan keluar. Terus terang, setahun sekali atau dua kali, saya pasti akan kena. Sehingga saya dah masak dengan tanda-tandanya. Masa sekolah dulu, macam-macam ubat batuk kahak yang emak ayah bagi. Seminggu lebih jugak baru baik. Sama je.

Dan semasa saya menyiapkan pakej roti canai, tanda batuk kahak datang lagi. Saya dah risau. Macam mana nak siapkan pakej ini dengan suara yang garau nanti. Pada mulanya kena demam. Alhamdulillah selepas saya buat picitan kaki dibahagian ginjal dan salur kencing, esoknya berkurangan. Tapi kalau kena batuk kahak, so far saya belum jumpa lagi ubat batuk kahak yang mujarab. Sehinggalah emak saya bercerita. Syukran.. syukran…. Dapat lagi petua dari orang tua. :D

Emak saya bercerita, kawannya yang berumur lebih 65 tahun masih sihat walafiat. Kawan dia ni suka sangat makan bawang putih bakar. Kira makanan favorite dia la. Pelik kan. he.he.he. Kalau mak dia beli bawang putih. Habis dibakar dan dimakannya. Orang dulu masak guna dapur arang. So kawan mak saya letak bawang putih kat dalam abu arang dengan kulit-kulit sekali. Selepas masak barulah dia kupas kulitnya dan ngap. Dah macam makan french fries daaa..

bawangputih

Pastu mak saya pula mencubanya. Alhamdulillah, masalah dada yang mak saya alami dah banyak berkurangan. Bila saya dengar, wah… mesti cuba nie. Kebetulan saya baru nak kena batuk. Dua hari saya makan bawang putih bakar pada waktu malam. Dalam dua ulas. Alhamdulillah batuk saya hilang. Saya betul-betul bersyukur lah. Kalau tak memang tak boleh siapkan pakej roti canai on time.

Lepas ini, kalau saya kena lagi tanda-tanda batuk kahak, kena la cepat-cepat makan bawang putih bakar. Harap-harap ubat batuk tradisional ini masih mujarab. Caranya bakar dengan kulit sekali dan sehingga benar-benar masak. Kalau tidak benar-benar masak, rasanya memang tidak boleh nak dikunyah. Kena betul-betul masak dibakar. Barulah bawang putihnya ranggup dan boleh dikunyah. Tapi tak de lah sedap macam coklat homemade. :P .

Untuk lebih teperinci, ambil seulas bawang putih dengan kulitnya. Cucuk dengan garfu dan bakar terus ke atas api. Bakar dalam 2 minit. Kemudian kupas kulitnya dan basuh sedikit dan boleh dimakan bawang putihnya. Kalau dah masak betul, rasanya tiada lagi rasa pedas-pedas. Tapi emak saya lebih suka bakar sebiji labu besar bawang putih dengan penyepit. Untuk lebih mudah, bakar dengan oven dalam 20 minit pada suhu 180 darjah.

Berkenaan dengan bawang putih, terdapat dua khasiat penting didalamnya. Pertama antibodi semulajadi yang paling bagus. Dan yang kedua antioksidan yang paling bagus. Antioksidan ini bermaksud ia membantu mencegah kerosakkan sel di dalam tubuh. Jika sel di dalam tubuh kita sihat dan kuat, kita akan kelihatan muda dan organ dalam tubuh kita lebih kuat. Seterusnya mengelak dari pelbagai jenis penyakit. Memang besar khasiat bawang putih ini.

P/s: Kalau nak muda, esok kenalah berbuka puasa ngan bawang putih ya. Ala macam korang makan french fries. he.he.he.. Selamat berpuasa.



Email artikel ini pada rakan Email artikel ini pada rakan


Anda dialu-alukan :D
1. Jika anda suka artikel ini, boleh klik button LIKE. Barulah saya tahu anda sukakannya :D
2. Anda dialu-alukan berkongsi artikel ini dengan button disediakan atau share url link artikelnya.
3. Utk button "Email Artikel ini pada rakan", anda boleh juga email kpd diri sendiri sebelum forward kpd rakan. (Boleh letakkan ruangan Email Anda dan Email Rakan dgn email id yg sama)
4. Kalau nak Print, tekan pada keyboard anda: Ctrl dan P serentak.


Artikel Menarik Berkaitan:


Artikel Pilihan Blog Hairul.com:









Posted on 04 Aug 2011 - Visited 96208 times, 170 so far today    88 Comments » Hak Cipta Terpelihara @ HAIRUL.COM

Ada 2 ruangan komen iaitu Komen FB dan Komen Biasa.



Komen Menerusi Facebook (Baru Dibuka June 2012)

Ruangan Komen & Pertanyaan Biasa:

 

88 Responses to "Ubat batuk tradisional paling mujarab. Khasiat bawang putih bakar. Pernah makan?"

  1. Wan Haffiz says:

    Nak bakar macam mana yer..klu goreng gune kuali tanpa minyak boleh x?

  2. terima kasih atas perkongsian.Cuma soalan saya mcm mana bayar.Terus ke api atau mcm mana.Lagi satu mcm mana nak tau sudah betul2 masak.Bagus amalan ni.Setahu saya goreng aje tanpa minyak.Elok sebiji sehari.Cuma bau kurang enak sikitlah.Ubat memang mcm 2 lah.

    • Hairul Hissam says:

      Jawapannya telah saya muatkan semula di artikel diatas. Nanti ramai pula yg tanya soalan yg sama. Jenuh nak jawab tu. :D

      Tima kasih en tarmizi atas info cara mengoreng sebiji2 tanpa minyak. Tentu cara tu lebih mudah kan.. tq ya.. :D

    • ija aziz says:

      bakar lagi bagus kot…
      tak tau la apa faedahnya, tapi goreng dalam kuali bawang tu tak kena direct pada api.. :)

      • Hairul Hissam says:

        Pada pandangan saya pula kulitnya bila dibakar, khasiat kulitnya menyerap ke dalam bawang putih. Hanya pandangan saya. tq :D

  3. Norizah says:

    Kebetulan anak perempuan batuk berkahak, tadi baru membakar bawang putih. Anak ckp sedap jugak. Harap2 mujarab… InsyaAllah…Tq hairul..

  4. Hairi says:

    Kebetulan dh seminggu saya demam dan batuk berkahak. insyaALLAH sahur esok saya cuba guna tips ni.

    • Hairul Hissam says:

      Saya doakan en. Hairi cepat sembuh. Pada pandangan saya, lebih elok makan bawang putih ketika perut kosong. Mudah sikit perut kita nak menghadamkannya. selamat mencuba :D

  5. Zaki says:

    Salam’alaik Tuan…

    Terima kasih atas perkongsian pasal bawang putih bakar ni.. pernah dengar sebelum ni.. tapi tak pernah cuba.. last lupa mcm tu saja.. Insya Allah akan cuba untuk anak saya yang dah byk hari batuk…

    Terima kasih sekali lagi.. Wassalam

    • Hairul Hissam says:

      Wsalam en. Zaki,

      Memang banyak manfaat bawang putih ini untuk kesihatan.
      Semoga anak en. zaki cepat sembuh ya. tq :D

  6. beth says:

    emmm..satullagi kegunaan bawang putih ni selain dijadikan ubat batuk..sesiapa yang diserang gastrik bolehlah mencuba bawang putih sebagai ubat..caranya lebih kurang sama…berdasarkan pengalaman saya sendiri sewaktu remaja..petua ni diberikan oleh atuk saudara saya…
    satu lagi petua mengubati atau mengurangkan batuk..petua ni baru saya dapat dan kebetulan ketika tu anak saya diserang batuk yang teruk hingga tahap sampai muntah jika batuk..caranya gunakan sedikit jus asam jawa..kira2 5ml..minum 2 kali sehari..insya-allah hari yang kedua akan ada perubahan…SELAMAT MENCUBA.

    • Hairul Hissam says:

      Tima kasih Puan beth atas info dan petua tersebut amat dihargai……
      Baru saya tahu jus asam jawa boleh mengubat batuk yg teruk. tq ya :D

      • nozie says:

        saya baru tahu yang bawang putih boleh dijadikan ubat untuk batuk berkahak… selalunya saya akan amalkan minum air asam jawa…

  7. suzaimah says:

    thanks for the tips…insyaallah akan dipraktikkan walaupun tak suka bawang putih sebenarnya.thanks again.

  8. ija aziz says:

    wah… tak sangka bawang putih bakar boleh ilangkan batuk jugak…
    selama ni saya amalkan bawang putih bakar cuma untuk hilangkan angin/sebu dalam perut/badan…
    saya tak suka bawang putih, jadi saya cuma bakar & makan setengah ulas saja..
    lepas 1minit, saya sendawa sepuas2nya, terus rasa lega 1 badan..
    alhamdulillah…banyak khasiatnya ye…

    • Hairul Hissam says:

      Baru saya tahu, bawang putih boleh hilangkan agin dan sebu dalam perut.
      terima kasih Cik Ija kerana sudi berkongsi. tq ya :D

  9. Azlina says:

    Saya pun dah seminggu lebih batuk berkahak..ni petua terbaru yg saya dapat..Insyallah saya nak cuba petang ni..mudah2an dengan izinNYA sembuh batuk saya ni..tkasih En Hairul

    • Hairul Hissam says:

      Tima Kasih kembali cik azlina
      semoga petua nie dapat membantu cik azline nanti. Benar tu, hanya dengan izin Allah barulah sembuh kan.. tq ya. :D

  10. azie says:

    mmg betul,klau nak yg lg wangi guna bawang putih yg berkulit hitam.wangi n sedap cm yg hitam ni hrgenye mhl ckit la.

    • Hairul Hissam says:

      Tima kasih cik azie kerna sudi berkingsi info tentang bawang putih kulit hitam..
      boleh cuba nie.. tentu lebih sedap kan :D

  11. saishah says:

    As Salam untuk menambah lagi ada juga cara lain yang dipraktikkan.
    1) Ambil Satu Labu Bawang Puteh Lapkan dengan Kain(Basah).
    Relaikan bawang Puteh.
    Goreng atas Kuali Tanpa Minyak (atas Dapur apa jenis pun boleh)
    tapi Api Peralahan sahaja.
    Misti dikacau selalu hinggakulit Bawang Kuning—baru tutup Api.
    Buleh di makan selalu rasanya macam kacang
    Ini nasihat kawan saya dari Benua India (Untuk elak penyakit ParuParu Janting ,Diabetes

    Sedap dimakan anak anak kecil pun suka.

    2) Cuba campur Bawang Puteh Bakar Dengan Sambal Belacan atau Lada Berkicap—sedap dan Berselera bila makan Nasi.

    • Hairul Hissam says:

      Tima kasih cik saishah kerna sudi berkongsi teknik mengoreng bawang. Petua dari India lagi tu. Semoga ia memberi manfaat buat kita bersama. tq ya :D

      p/s: mesti sedap makan dengan sambal belacan….

  12. wai says:

    terima kasih la atas perkongsian ilmu ni. sangat-sangat berguna. banyak info di blog ni. teruskan menulis ye enche hairul!

  13. kamizi says:

    Boleh makan hari-hari ke nak selang sehari

  14. Hanya aL says:

    ada pendapat yang mengatakan makan bawang putih ni nanti badan berbau …lau berpeluh … betoii ke ..

    • Hairul Hissam says:

      Dalam apa jua pemakanan, jika berlebihan pasti ada kesan sampingan..
      kalo makan sebijik dua sehari bawang putih.. tiada masalah.. :D

  15. Mazlini Omar says:

    Encik Hairul, x berbau ke badna nnt? Setahu saya, klu makan bawg putih byk sgt, badan akan bau busuk dna hapak! Tp sy tetap suka mkn bwg putih(yg dah dimasaklh cth mcm buat sayur goreng). he…he…he….

    • Hairul Hissam says:

      sorry.. mcm mana bleh tak perasan komen nie.. :D ..
      jgn la makan sampai seguni he.he.he … dua tiga ulas setiap hari pun ok….
      Makan time sakit je…. kalo nak hari2 pun bagus…

  16. nooraini says:

    setahu sy bawang putih untuk merawat kanak-kanak kencing tilam(malam).Bawang putih tu dibakar juga! Wah, banyak betul khasiat bawang putih. Inilah anugerah dari ALLAH.

    • Hairul Hissam says:

      Byk betul ya cik nooraini khasiat bawang putih nie… :D
      Kalo diamalkan selalu tentu bagus untuk sistem imun kita..

  17. nooraini says:

    Apa nak ditakutkan badan berbau asalkan penyakit boleh sembuh.Sekarang ni kan pewangi banyak dipasaran berbagai jenis jenama guna sajalah.

  18. permata hati says:

    yap,sya mmag bnr bnr mengakui apa yg di katakan d ats,eblum nya sya sudh mencoba p bkn lah niat nk ubati batok,
    sya menghadapi tekanan drh dn mencoba petua mkn bwg bkar,yg mana tika itu sya berkebetuln batuk
    berkahak.tpi yg menghairankn sya seang 2 hari sya mkn 2 labu bwg puteh sya menyadari batuk sya pun hilang,tetapi tidak menyedari ia nya di sembuhkn gara gara mkn bwg bkar ni,sehingga sya bca artikel di ats bru sya mebyadari apa yg berlaku ada lh bnr khasiat dari bwg puteh bkar.terima kasih teman kerna berkongsi petua yg mana sya tk menyedarinya

    • Hairul Hissam says:

      Yap.. mmg banyak khasiatnya bawang putih ini terutamanya mengubati batuk kahak. Saya pun bersyukur mengetahui petua ini dari emak saya. Terima kasih jua pada cik permata hati kerana sudi berkongsi pengalaman tu :D

  19. gee nana says:

    SALAM EN HAIRUL
    BAIK JUGAK PETUA NI..MESTI CUBA CARA YG SENANG MSKKAN DLM OVEN BIAR JER SAMPAI MASAK
    TERIMA KASIH YER..

    • Hairul Hissam says:

      Wsalam cik gee.. benar tu.. lebih senang bakar guna oven je… :D
      tapi kalo guna oven.. bawang putihnya tidak akan ranggup spt dibakar terus pada api….
      namun tetap sedap dimakan… :D

  20. din says:

    salam, mak saya dah batuk 2 minggu lebh, dah mkn ubat mcm2 tp tak baik jgk, mcm mana yer bwg putih ok ke

    • Hairul Hissam says:

      Wsalam.. cubalah en. din.. insyaAllah mujarab dengan izinNya..
      boleh bakar direct atau bakar guna oven.. semoga ibu en. din sembuh ya..

  21. hoyahadis says:

    alhamdulliah..jumpe petua ni..kesian tengok anak teruna berusia 4 tahun batuk tanpa henti..mudah-mudahan berkesan..blum sempat bg tgh bakar bwg ptih beliau tidur plk..wangi bau bwg ptih bakar ni rupenye..he..he..

  22. Che su says:

    Tq bg petua…che su kalau batuk memang lama…kadang2 sampai dua tiga bulan br okey. Ada juga orang kata kunyah daun kaduk (daunnye macam daun sirih n rasanye pun lebih kurang sama) n telan jus n daunnye. Setakat nie ianye serasi ngan che su.

    • Hairul Hissam says:

      Tima kasih cik su atas petua tu. tentu bagus daun kaduk pada masalah batuk ini. Kalo dah serasi ngan che su.. kena tanam depan rumah tu :D

  23. rafiqkie says:

    baru tadi lepas sloat jummat bersembang dengan mak kawan satu taman, dia bagi tips tapi dia main ‘hint-hint’ jer..dok fikir laa..ubat apa yer?? cari punya cari jumpa…sebenarnya perubatan ini diambil daripada perubatan Ayuverda (perubatan kuno india)Jangan terkejut selepas Perang Dunia 1 Kerajaan UK pernah mewartakan setiap penanaman bawang ni..Saya pula baru jer nak try buat garlic spray antiseptik dan spray serangga

    • Hairul Hissam says:

      wah.. satu taman tu berbincang… tentu ramai yg dah tahu manfaat besar bawang putih nie kan… mcm2 kegunaannya…
      perghhh siap buat spray serangga, mmg hebat tu.. tima kasih atas info tu en Rafiq :D

  24. ninie says:

    assalamualaikum…thanx en.hairul atas perkongsian info psl bawang putih nih…sy da cuba…terbukti mmg sedap bawang putih bakar nih…skang nih tggal tggu hasilnya je sbb baru praktis jap td…sy nih batuk dah dekat sminggu…ubat batuk sampai x larat nk telan dah…hopefully…petua tradisional nih dpt le melegakan batuk sy nih…pape pon…thanx again!

  25. manja says:

    salam… saya pun nk cuba juga la sbb dah 3 hari batuk je.. sakit tekak & pening dah kepala ni.. kalau tdo mlm blh sampai terduduk la kalau batuk.. dah campur plak dgn demam sikit dah ni…

  26. am says:

    boleh hilangkan gaout ke

  27. yas says:

    ada org kata, klau kuat makan bawang putih ni ketiak dai kuat berbau…betul ke bro? Aku ni mmg minat gak ngan bawang putih…tp setakat ni belum cuba lagi la petua yg bro bagi ni…insyaallah bole cuba satu hari nanti…:)

    • Hairul Hissam says:

      Saya pun kurang pasti pasal badan berbau tu. :D . Tapi kalo makan dua ulas je sehari, tak kan dikira banyak kot. wallahualam :D

  28. aus says:

    salam..menarik artikel ni..sy pn tengeh cuba petua ni gak..baik untuk rambut gugur katanya..sy ambil dalam 2-3 ulas dua kali makan..mmg sedap..mcm mkn kacang..sedap tu..

  29. Liena roskelana says:

    saya ade satu lg petua utk hilangkan batuk berkahak atau batuk yg lama..cara dia mudah je..ambil madu sesudu besar di cmpur dengan air suam secawan dan perahlah limau nipis sikit..selawat 3x dan minum..insyaallah kalau batuk kuat akan rede serta merta, dan yag berkahak akan berkurangan..

    • Hairul Hissam says:

      Tq cik liena atas petua.. mmg byk khasiat madu nie… :D
      dulu masa saya kat universiti, ada org kata perahan limau nipis campur kicap boleh mengurangkan batuk…

      • Liena roskelana says:

        betol2..mmg sama fungsi dia..kicap dgn madu..tp lg cepat limau nipis en hairul..

        • Hairul Hissam says:

          Oh begitu Cik Liena.. tqvm kerna sudi share ilmu dan petua disini.. :D

          • halim says:

            Adoii..memang tgh batuk ni…mula batuk..sekarang ni.dah demam pulak…tekak semakin sakit..waktu malam je batuk..jenuh nk menahan sampai pagi…siang batuk tidak ketara sangat….aduooii..ganggu prestasi kerja betul..tapi tak pe saya akan cuba petua hairul…Allah yang maha penyembuh…Amin..

            • Hairul Hissam says:

              Benar tu.. kita hanya berusaha. Allahlah yang menyembuhkannya. kalo batuk kahak, elok cuba petua diatas. Manakala batuk kering pula elok minum air rebusan cekur. semoga cepat sembuh ya.. :D

            • halim says:

              Tidak dinafikan bawang putih punyai banyak khasiatnya..saya dah cuba..baru satu malam dah beransur sembuh…Alhamdulilah..

            • Hairul Hissam says:

              Syukurlah En halim dah sembuh.. Setiap penyakit yg Allah s.w.t turunkan, pasti diturunkan penyembuhnya.. yg penting kita kena berusaha kan… :D

  30. san says:

    Salam.says nak tnya kalau petua ni diberikan pada anak kecil boleh tak

    • Hairul Hissam says:

      wsalam, saya tak pasti pula puan samada sesuai atau tidak utk bayi.
      tapi akak saya berikan pada anaknya yg sekolah rendah.. mujarab

  31. adia says:

    Alhamdulillah..akhirnya jumpa petua tradisional yg mudah. Sy mesti cuba ni sy dah lbh sebln batuk..smg ada jodoh sy nga bwng putih bakar ni. Tq en hairul..doakan sy sembuh ye..Amiiin

    • Hairul Hissam says:

      InsyaAllah, saya doakan cik adia sembuh. Amalkan setiap hari mcm makan ubat.. insyaAllah berkesan dgn izinNya.

  32. ismail says:

    kalau kt budak bawah 2thn boleh amal tak petua ni. sebab saya ada amal pada budak guna bawang putih bakar tp lepas bakar penyek dalam sedikit minyak masak. minyak tu nnti buat sapu kt dada dan belakang baby tu td. tapi kalau budak tu dah 2thn dan boleh makan lebih baik bagi dia makan terus kan?

    • Hairul Hissam says:

      Saya tak pasti pula en Ismail. Terima kasih atas tips tersebut.. Lebih selamat utk sapu spt kata en. ismail utk baby bawah 2 tahun..

  33. nurul atira says:

    bawang ni petua untuk batuk kering ke batuk kahak???
    sebab mak mertua saya batuk kering..

  34. aida says:

    akan cuba

  35. intan nurbella says:

    Salam . Saat ini sy sedang cuba beri anak sy makan bawang putih bakar dlm 3ulas . (14/02/2013) .
    Sangat sukar apatah lagi anak sy mmg kurang minat dgn bawang segala bawang ni . Tp, dpandang balik pada sakit batuk yg xpernah sembuh ni sy paksa juga. Smpai mengalir2 air mata anak . Tpaksa menelan juga benda yg paling dia x minat ni . Anak sy dh mengalami batuk selama sebulan . Amat2 menguji sy yg lagi sedang sibuk bkerja tpaksa bkejar ke sekolah anak , pihak sekolah call anak muntah2 dek kerana batuknya . Pelajaran & psekolahan tganggu . Minta2 la khasiat bawang putih bakar ni dpt myelesaikn masalah sy yg tlah sekian lama ni.

    • Hairul Hissam says:

      wsalam.. kalau bakar sehingga ranggup, mmg sedap dimakan. Sebab anak akak saya suka pulak makan bawang putih bakar. Saya doakan anak cik intan sembuh ya. Apa2 pun kita berusaha, Allah jualah yang menyembuhkan.. :D

      • intan nurbella says:

        Btul tu . Mudah2an khasiat bawang putih bakar ni penamat bagi sakit batuk yg anak sy alami akrg . X tahan tgk dia nangis bila batuk . Seakan2 dia dh xlarat nk btahan . Batuk sgt2 myiksakn bagi kita yg dh dewasa ni .apatah lagi anak sy yg baru nak masuk sekolah tadika. Kesian tgk dia . Badan pun dh kering. Asal makan muntah balik. Dia pun dh semacam fobia dgn makanan . Asal batuk je rasa mcm makanan tu pun ikut tkeluar dr dlm perut dia.. Ya allah . MUDAH2AN ya Allah .

        • Hairul Hissam says:

          Kesian saya dengar… Saya pernah tonton tv perubatan islam, katanya kalau batuk berpanjangan salah satu tanda ganguan makhluk halus… Allahualam… :D

          • intan nurbella says:

            Ya allah. Jgn la smpai benda tu blaku. Minta jauhi bala. Sy ikhtiar kemana2 .. Dh nama pun anak. Sape la xsyg anak .. Minta2 sembuh la dr penyakit ni. Xsanggup lagi dh xbtido smpai ke pagi .. Teman anak muntah tgh malam.. Ayahnya puas mbeli ubat batuk smpai ke china . Dek mcari ubat herba smpai ke seberang sana. Bbotol2 ubat dh habis dtelan. Kesian .. Kalau betul la sprti yg en. Katakn td, gngguan makhluk . Tpaksa la pula sy mcari yg bijak pndai dlm hal2 begini . Xsenang mencari mereka yg arif dlm bidang ni . Sekarang dunia dh maju .. Aduhai ..

            • Hairul Hissam says:

              Just nak kongsi satu cara menyembuhkan penyakit yg sukar diubati..

              baca surah alfatihah banyak kali pada air masak dan berikan minum pada anak tersebut… Ia diamalkan oleh para sahabat nabi dan banyak ulamak dan terbukti menyembuhkan penyakit yg sukar diubati..

Content Protected Using Blog Protector By: PcDrome.