Pernah kena kutuk? Mesti tension kan. Kebetulan saya terbaca artikel dari seorang blogger yang meluahkan rasa kesal kerana dikutuk. Tension betul akak tu. Saya juga menerima email dari pekerja yang tension. Katanya rakan sekerjanya suka mengutuk dia. Yang pastinya ramai yang tension kena kutuk. Kerana dalam kehidupan ini, memang tidak boleh lari dari bertemu dengan mereka yang suka mengutuk.
Tak sabar nak tahu petua atau tipsnya. Simple je. Sebelum itu anda perlu fahami, kutukan tidak akan memberi apa-apa kesan kepada anda jika anda tidak mula memikirkannya. Tipsnya begini. Angaplah kutukan ini seperti langau atau lalat. Ia masuk dan berlegar-legar dalam fikiran anda. Merosakkan motivasi diri anda, menghancurkan keyakinan diri anda dan merampas keceriaan hidup anda. Jadi sebelum ia masuk, cepat-cepat bunuh ia. Pukul dengan penyapu cepat-cepat bagi langau tu mati. Atau ketuk dengan tukul bagi ia hancur. Atau pijak dengan kaki gajah, bagi ia lenyap dari muka bumi. he.he.he.
Guna imiginasi anda dalam menghalau langau-langau ini dari berkeliaran di minda anda. Terfikir je kutukan tersebut, hapuskan cepat-cepat. Terfikir je muka orang yang mengutuk tu, padamkan cepat-cepat dari minda anda. Teringat je gaya mereka mengutuk, halang cepat-cepat dari masuk ke dalam fikiran anda. Percayalah, jika anda tidak mula memikirkannya, ia tidak memberi apa-apa kesan pada diri anda. Utamakan keceriaan hidup kerana perkara yang lebih penting ialah keceriaan dan motivasi diri.
Mungkin anda risau apabila orang lain mendengar atau membaca kutukan mereka. Percayalah, tiada siapa yang akan mengingatinya. Tak caya. Cuba tanya pada diri anda. Sepanjang hidup anda mendengar orang mengutuk sana dan sini. Adakah anda mengingatinya? Tidak bukan. Begitu juga dengan orang lain. Tiada siapa akan ingat. Semua orang sibuk memikirkan hal-hal berkaitan diri mereka. Sibuk dengan masalah dan kehidupan diri mereka sendiri. Tiada masa nak memikir dan mengingati semua ini. Kalau mereka memberi komen, sekadar menjaga hati kawan mereka sahaja. So tak perlu risau.
Sekiranya anda seorang yang suka kutuk mengutuk pula. Saya tidak salahkan anda. Mungkin anda dibesarkan oleh ibu bapa atau keluarga yang suka mengutuk. Atau dibesarkan di dalam persekitaran dan kawan-kawan yang suka mengutuk. Inilah yang membentuk sikap anda. Namun ia hanya akan menyebabkan banyak masalah dan kecelakaan pada kehidupan anda. Sebabnya, Allah s.wt. telah berfirman di dalam Al Quran “Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji”.
Memang celaka dan bertambah celakalah hidup kita jika asyik mengutuk sana dan sini. Pernah anda terfikir mengapa hidup anda penuh dengan masalah dan tekanan. Salah satu puncanya ialah bala dari mulut kita. Itulah bala dari perbuatan kita sendiri. Mengapa bersusah payah memerah otak mengutuk sana dan sini. Yang akhirnya membawa bala dan kecelakaan pada diri kita sendiri. Kecelakaan ini, mungkin nanti bila anda kahwin, bila ada anak atau bila dah tua. Oleh itu, berubahlah dan berhati-hatilah ketika bercakap. Itupun kalau tidak mahu hidup lebih celaka.
Saya sendiri suka ke blog yang memberi semangat, nasihat dan peringatan. Sebabnya, itulah yang diperlukan di dalam kehidupan kita. Kalau ada blog yang suka mengutuk sana sini. Saya kurang suka membaca. Lebih baik baca benda lain. Jika tidak, ia hanya akan membentuk pemikiran negatif dalam diri kita secara bawah sedar. Nanti mulalah kita asyik berfikiran negatif yang hanya memberi tekanan pada diri sendiri. Ya, fikiran negatif hanya akan lebih menyakitkan hati sendiri.
Ok sampai di sini celoteh untuk minggu ini. Maafkan saya jika ada tersalah kata di dalam artikel atau blog ini. Ia sekadar memberi peringatan buat diri saya sendiri dan sesama kita. Jangan lupa ya, kalau TAK mahu kecelakaan dalam hidup ini, berlajarlah bercakap baik atau diam. π
Juan says
yep, cara mengatasi tu lagi penting, tp kekadang malu juga kalau dikutuk dan kita x mampu menghandle nya
Hairul Hissam says
Benar tu en. Juan. Cara menangani amat penting dan jangan biarkan kutukan tu mengganggu keceriaan hidup kita π
amira says
Masalah saya pula ttg jiran sblh rumah. Setiap kali bersembang topiknya hya nak bagi saya rasa ‘down’.
Dia akn rasa sronok klu bleh buat saya rasa down.
Hairul Hissam says
Kalau ada jiran macam tu, tak perlu lah berbual sangat dgn dia.. Tegur sikit dan blaa jee. Jangan laa fikir sangat pada jiran yg teruk kerana terlalu ramai jiran dan org yg baik disekeliling kita yg patut kita lebih fikirkan utk keceriaan hidup kita..
mahani says
Salam Hairul,
Baca artikel ni, saya macam nak share satu kata-kata motivasi yang pernah saya dengar; ‘ANDA BERTANGGONG JAWAB MEMBAHAGIAKAN DIRI ANDA dan JANGAN BIARKAN ORANG LAIN MEROSAKKAN HARI-HARI ANDA’. Terma kasih Hairul.
Hairul Hissam says
Wsalam cik mahani. Best la kata-kata tu. “Jgn biarkan org lain merosakkan hari-hari anda” tq ya π
Nurul Izzati says
assalamualaikum..
saya bersetuju dengan pendapat dan cadangan hairul. cuma nak tambah sikit… itulah sikap manusia yang hatinya lebih ditumpukan kepada makhluk bukan kepada khaliq (pencipta). Kalau hati kita lebih memikirkan Allah, kita tiada masa untuk memikirkan kelemahan orang lain. Carilah ilmu yang menghukum diri kita iaitu ilmu tasauf..Kita akan nampak aib seniri..Jadi hati kita akan sentiasa sibuk membetulkan diri sendiri, bukan sibuk menjatuh hukum kepada org lain. Saya cadangkan rakan-rakan membaca buku bertajuk Hidup Sesudah Mati karya Ben Ariffin. Tak rugi beli buku tu!
Hairul Hissam says
Wsalam. tima kasih atas nasihat cik Izzati. Benar tu. Dari kita asyik mencari kelemahan org lain dan menghukum, lebih baik kita memperbaiki diri sendiri yg serba kekurangan dan beramal.
p/s: kena cari nie buku Hidup Sesudah Mati. tq cik Izzati π
chi says
slalunya orang yang suka kutuk2 ni..sebab dia xde keyakinan diri..
pastu ada perkara yang dia cemburukan sangat..tu yang dia dok kutuk2 tu..ehehe
Hairul Hissam says
Benar tu cik Chi, biasanya masalah ini berpunca dari penyakit hati.
cemburu, iri hati, dengki dan sebagainya…. semoga kita dijauhkan π
p/s: satu lagi.. mungkin ada sesuatu yg dia tak dapat atau permintaannya ditolak…
chi says
yeszaa..chii setuju. sebagai contoh..kalo hasrat laki untuk pikat seorang awek tidak berjaya..dia kena reject..memang nanti dia akan kutuk kaw2 punya. dia akan kata gadis ni poyo la, perasan cantik la. sedangkan diri da kena reject..dia xleh nak terima kenyataan =)
Hairul Hissam says
Mmg ada sesetengah lelaki spt tu cik chi. Yg penting jangan biarkan kutukan mereka merosakkan motivasi dan keceriaan diri kita.. π
MR.Z says
jika kutukan membina takpa, ini kutukan benda negatif, kadang2 perasaan kita pun rasa marah,sedih dan macam2 lagi.. sabar sajalah.. moga kita diberi ketabahan olehNya. π
Hairul Hissam says
Benar tu Mr z. kalo kutukan membina, dapat juga kita memperbaiki diri… π …
nizamghazi says
Tips yang baik.
Sy juga pernah dikutuk.
Malah entri blog sy dulu pernah diperkecilkan (tapi tak apalah) π
Pengutuk == langau. hehehe
Hairul Hissam says
Setiap orang ada cara, gaya dan pandangan tersendiri..
tak patutlah kita memperkecilkan org lain kerana tidak sefahaman dgn kita..
biarlah mereka, yg penting kita terus kehadapan kan en nizam π
nizamghazi says
Betul tu hairul.
Sy selallu fikir positif dan kedepan.
Pedulikan kutukan orang lain utk terus berjaya.
Sbb diri sendiri yg mampu majukan diri sendiri π
wuaa lebih bersemangat π
Hairul Hissam says
Yap. sape lagi nak memajukan kita kalo tak diri sendiri kan..
terus terang.. fikiran positif sangat membantu kita kehadapan…
semoga terus berjaya bro Nizam…. π
azman says
Kutuk dengan sindir aku rasa sindir lebih pedih..kutuk biasanya ckp depan2..kalau sindir kita pun was2…sama ada dia sindir kita ke tak…apa2 pun wat dek je…kalau fikir sgt hati susah kepala sakit.
Hairul Hissam says
Ada benar kata en Azman.. Sindiran ini buat kita terpingga-pinga mencari jawapannya..
so spt kata en azman.. buat dek je.. tak payah nak fikir-fikir.. buang masa je menyakitkan hati sendiri π
titan says
em…tak suka kutuk orang..
Hairul Hissam says
kutuk mengutuk nie spt kita mencari bala untuk diri kita sendiri… π
neo says
sbg blogger kutukan dah menjadi rencah jika apa yg kita tulis tidak dipersetujui oleh pembaca @ blogger…tips dia mudah, pedulikan kritikan, kutukan @ komen yang tak membina tu – just teruskan hidup spti biasa, enjoy…
Hairul Hissam says
Benar tu en. Neo.. tips dan cara berkesan sebenarnya mmg mudah iaitu jangan pedulikan…lebih baik fikir benda lain yg menyeronokkan dan teruskan hidup spt biasa.. tq ya π
akubiomed says
Kalau kutukan dilakukan depan orang lain boleh jatuh air muka dan tidak boleh dibiarkan nanti kepala dipijak pula
Hairul Hissam says
Benar tu bro.. maruah dan harga diri perlu dijaga. Jgn dibiarkan diinjak-injak oleh org lain. Kalo sampai menjatuhkan maruah… tak boleh dibiarkan tu π
DuluLainSekarangLain says
Kawe suka tengok Cristiano Ronaldo bila main bola. Makin di KUTUK, makin menjadi mainan nya.. lama-lama org pon give-up nak kutuk dia. Pengajarannya.. respond dengan positif terhadap kritikan yg diterima, insya-allah.. everything will be ok π
Hairul Hissam says
Mmg indah hidup ini jika kita berfikiran positif . Yg penting kita terus memperbaiki diri sendiri kan bro π
sayacomel says
tambah dosa aje kutuk-kutuk nih..
Hairul Hissam says
betul kata bro π
kyrul says
aku selalu kena hentam dengan blogger otai .kadangkadang, x otai pun kutuk aku π
Hairul Hissam says
tu tandanya blog bro dapat perhatian ramai blogger tu …
yg penting kita terus berusaha kehadapan en. kyrul :D…..
Lizz says
masalah orang kita adalah suka sangat amik kutukan orang secara negatif sahaja.
Hairul Hissam says
tengok pada mood org jugak cik lizz.. bila mood kita kurang baik. kita akan mudah sakit hati..
dan setiap org ada sensitif tersendiri, bila kena pada sensitiviti mereka..
mereka akan mudah tension..sebenarnya semua org sama sahaja
p/s: mmg ramai yg pandai bercakap dan mengutuk.. tapi bila kena hal sensitif pada dirinya.. tahu plak dia bengang.. Oleh itu cara menegur tu penting agar tidak menyakitkan hati org lain. Perlu tegur, tapi dgn cara yg berhekmah π
suri says
saya org perli..tapi buat dek jer..
diam dan amik perhatin apa yg dia ckp heee..klu mjwab satu mslh plk huhu..
byk istifar jer..saya kena kutuk tak tapi kena perli mmg perit depan org2 yg saya kenali..
Hairul Hissam says
Mmg bagus cara cik suri tu. byk beristigfar. InsyaAllah tenang sikit perasaan kita.. π
gemokk says
2 la psl…sy pn sm…ad kwn sy ni kutuk sy kaw2 pnye dpn mmber lain dsebbkn slh phm..sdg kn sy da mnta maaf da kt dia sbb tak sengaja xletak phone call slps sy bergayut ngan member sorg lg ni..so mmber sorg lg ni pn dgr la dia mengata…lps 2 dia nk mrh sbb mmber y sorg ni mrh dia…dia plak mrh sy sbb sy la pnyebab org ni mrh dia…sy pn xfhm kenapa…y xleh blah 2 dia siap tnya pe y sy dengki sgt ngan dia n xpuas ati…sdgkn sy xda ape2 pn nk didgki kn dgn dia…pening2…ce komen ckit cane sy nk bdpn ngan org mcm ni…..wlau pn kita sdr kita pn lebih krg..tpi at least kita da insaf…=)
kyriyah says
sy kalau org buat mcm tu… mula2 bleh la diam… tp kalau dia punya mulut x reti nak diam gak… bom la jwb nya… bru tetutup mulut tu… hehe… org y x paham bahasa ni… susah… tegur salah… x tegur salah… so, diamkan je dlu.. kalau x sedar2 jgk… kena besuara jugak.. supaya mulut org tu terkunci… hihi…
ppum says
mmg kene baling bom bile dikutuk dpan org ramai….ayat kata tak nk malukan…tp kalo dah dok bercrita kumpul ramai2 bukan niat nak jatuhkan maruah ke? kite ada maruah….baling bom biar sampai tersungkur
adele says
hahaha..saat nak menghilangkan tu lah kita terfikir akan kutukan tu…mcmana tu? π
Hairul Hissam says
Oh .. petua nie lebih kpd halang dari ia masuk ke dalam minda kita…
Jika tak masuk.. tak perlulah nak hilangkan lagi kan..
try la cik adele π
MEKAR says
kalu masa study dulu, kutuk-mgutuk ni sebagai satu bahan hiburan sesama kawan2. oleh itu, jgn ambik serius sgt kalu ia tak menjejaskan kehidupan seharian kita. Tapi sebaiknya si pengutuk tu perlu lihat keadaan sekeliling sblm nak kutuk org supaya ia tak menjatuhkan air muka sahabat tersebut.
Hairul Hissam says
Berhati-hati cik mekar… sebab ada hadis mengatakan dua perkara yg mengelincirkan anak adam ke dalam neraka iaitu mulut dan kemaluan. So syaitan dan iblis akan attack dua perkara nie. Mereka akan buat kita rasa seronok melakukan dua perkara yg dicegah ini.
bEe says
Hehehehe
Mana2 kita pi sure akan kena kutuk kan!
bEe senang je kalau kena mcm ni. bEe jwb balik “sbb aku lawa korg jaki” π
Then buat bodo je kuikuikuikui…
Sbnrnya dlm kehidupan kita tidak lari dari mendpt pujian palsu, pujian bertingkat, pujian ikhlas ataupun kutukan….. Anggap shj semua itu adalah lumrah alam. Kita pun kena juga fikir, kalau kita kena kutuk sbnrnya, kita juga pnh mengutuk…. Sesama beringat π
Hairul Hissam says
benar tu cik bee.. kutukan satu ujian.. pujian juga satu ujian…
bersama-samalah kita sabar menghadapi ujian di dunia ini kan cik bee.
rohaya says
ustazah saya pernah didik saya supaya menididk hati dgn kena kutuk,maksud nya biar lah kita kena kutuk ke hina ke,klu di hina dgn manusia itu ada lah salah satu tanda2 derajat kita dk di naikkan Allah…maka banyak2 lah bersabar..mcm kesah seorang sahabat Nabi SAW kena kena puji ,tapi tapi Nabi marah sahabat nya dan kata nabi amik lah selipar pukol di muka mu kerana pujian hanya untok Allah,bukan untok manusia.
Hairul Hissam says
Mmg benar kata cik rohaya.. banyak hadis yang melarang memuji yg membawa kepada riak atau syirik kecil yg merupakan dosa besar dan perosak amalan. Begitu juga banyak hadis menyuruh kita menjaga mulut dari mencaci mengeji dan mengumpat. Semoga kita sentiasa memperingatkan satu sama lain π
shraqs says
Terlalu banyak pkir negatif, sampai bila pun kita tak dapat buat apa-apa. Kita jugak yang rugi. Saya senang je, skali org buat hal, sampai sudah saya akan buat tak tahu seolah-olah org tu x lagi wujud dlm dunia saya. Ha Ha
Hairul Hissam says
Benar tu. Fikiran negetif hanya merugikan diri sendiri. Lebih untung jangan memikirkannya. π
Mohd Rujhan says
orang yang mengutuk tidak sedar kesannya terhadap kwn2 orng lain…mungkin orng yang dikutuk akan mengalami strees dan sanggup bunuh diri…Ia boleh meninggalkan impak yang besar dan dalam kepada orang yg dkutuk sehingga seseorang itu membesar…
Hairul Hissam says
Benar tu En Rujhan…. kesan emosi amat teruk pada org yg kena kutuk.. sebab itu islam melarang kutuk mengutuk nie.. π
Mohd Rujhan says
memang benar kerana Allah s.w.t ada berfirman dalam sebuah hadis qudsi: “Wahai sekalian manusia,janganlah kamu mengutuk makhluk lain,kerana kutukan itu akan kembali kepada diri kamu.”hee
Hairul Hissam says
tima kasih atas peringatan tersebut en. Rujhan…
bukit gambang says
bagus tip bro kali ni, tapi alhamdulillah setakat ni takde yang mengutuk tapi tak tau lah kat belakang, apa pun tak perlu nak memikir sangat kutukan orang kalau kita tak buat salah.
Hairul Hissam says
Benar tu bro, jgn difikirkan sangat. Bukan kita buat salah kan π
Selipar Jepun says
Satu muhasabah untuk diri sendiri..terima kasih atas tips yang diberikan..
Hairul Hissam says
tima kasih kembali… rajin2lah kita muhasabah diri kita yg serba kekurangan π
kyriyah says
Assalamualaikum….
bagus sgt perkongsian ni…. susah jumpa org kaki kutuk ni… semua org nak d kutuknya even kawan sendiri… depan kita, kutuk orang len… depan org tu, kutuk kita plak… mcm mna la ada manusia mcm ni yerrr??? kpd y kaki kutuk ni… klu nak kutuk, agak2 la… terkutuk org y salah kang, x pasal2 dapat HADIAH istimewa… x merana diri mcm tu??? pikir la sblm ckp… xda org y sempurna kat dunia ni… kalau diri tu dah 100% komfom sempurna, nak kutuk2 org, x pa la… hoho…. sy pun slalu jumpa org y mcm ni… pelik jgk napa la dia ni x reti nak berhenti kan… hr tu sy minta tolong wat sesuatu… dah la x nak buat.. suh org len buat… siap kutuk plak… padahal keje bersama… nasib main kutuk blakang2… kalau depan2 dia buat… sah tebal kot bibir dia… huhu… gerammmm….
Hairul Hissam says
wsalam… tu laa.. dah jadi hobi tegarnya… dah menjadi keseronokkan bagi mereka. Tapi mereka tak sedar, bala dan kesengsaraan menanti mereka. π
shi says
sye nk tnye pendpat…sye de sorg kawan yg suke pinjam brg org tnpa kebenaran dah tu dia bleh plk dia ckp ‘wei aq nk gne la,nnt brg tu jatuh’ bukan nk kte pinjam atau maaf..malah kne arah plk..dah 2 kali sye bgitau yg tu brg sye..bleh plk dia wt x tau..sye ne klu marah mmg smpai ke bnci..jadi sye pun diam la..istighfar…ble sya cter kat kwn sye rupe2nye dorg pun sme..kami ddk stu rumah ingatkn nk kumpul ramai2 then bleh luahkan pe yg trpndam..hurm…tp masing2 sibuk..lagi satu dia ne mudah terasa..mcmne ye?
Hairul Hissam says
Mungkin sikap dia dari kecik sampai ke besar mmg mcm tu.. So mmg kena tegur dgn clear dgn jelas lah kepada dia.. Kalau cara baik tak berjaya, terpaksalah guna cara kasar. Elok juga ramai2 tegur beli atau gunakan org yg beliau hormati. Bab terasa nie.. cik shi sendiri pun dah terasa sgt bila dia guna barang cik shii. so tak perlulah fikir dia terasa atau tidak sbb benda yg salah kenalah ditegur dan diperbetulkan supaya kita sendiri tidak terus terasa dan sakit hati π …. .
liza says
sye slalu dikutuk kerana kekurangan sye.sakit hati jugk.tpi time sush diorng cri sye.sye slalu tlong dikala diorang sush.yeelah kn, x kn nk biar jee.tpi pelik kn.diorng kutuk sye, pinggirkn sye.wktu diorng sush pndai pulk cri sye
Hairul Hissam says
Sebab itu kita kena memilih kawan yg baik-baik agar hidup kita lebih baik dan ceria.. Kalau mereka nak pinjam duit. kata jee nak pakai dan terus pergi tanpa menhiraukan pujuk raju mereka. nanti mereka akan serik dan tidak pinjam duit kita lagi. π
luncai says
saya cukup bengang pada orang yang suka mengutuk.dia pikir orang yang dikutuk tu tunggul kayu gamaknya.kadang-kadang bila dibiarkan makin menjadi-jadi sikap kurang ajarnya.bagi saya ada 3 cara nak menghadapi specis-specis orang yang macam tu.pertama mula-mula diamkan saja.sabo ja la.tapi kalau didiamkan specis-specis tu masih nak mengutuk.cara seterusnya dengan menasihatinya.kalu tak berkesan sindir-sindir dia balik.kalu tak bekesan juga maki hamun je.biar sama-sama biol.kalu maki hamun pon tak bekesan.dan peringkat seterusnya bagi hadiah sepak terajang.tak cukup lagi bagi kayu beluti kat kepalanya.baru ada
akai.kalau tidak jadi macam sakai.sakai pun saya ingat lagi elok dia punya perangai.
Hairul Hissam says
Terima kasih di atas tips tersebut… Selain dari cara bro tu, elok kita jauhkan diri dari mereka. biarlah mereka dengan bala yg mereka cipta. kita jangan lah mencipta bala utk diri sendiri. sbb Allah dah bagitaw dalam alquran, Celakalah pengutuk dan pengeji nie. Tapi kalau kita nak hidup kita dimasa depan lebih celeka, bolehlah ikut perangai mereka… π
jessica says
kawan saya ni selalu kena kutuk dekat perhimpunan..saya rasa geram sangat pastu satu hari tu dia kutuk kawan saya dan saya..saya kata macam ni “woi nak kutuk pun depan orang ko ingat ko tu sempurna sangat ke..muka macam longkang cantik lagi lembu dekat tepi jalan tu..
Hairul Hissam says
Jangan terlalu fikirkannya, nanti menjejaskan kesihatan kita pula..
Atiqah says
Salam abg hairul . Saya selalu rasa orang kutuk belakng saya . Saya selalu syak melalui layanan dia kepada sia . Saya rasa dia cuma berlakon di depan saya . Kononnya dia suka berkawan dengan saya . Tapi saya takut itu semua lakonn . Sebab dia ada kawan baik yg lain yg juga dikenali geng . Saya selalu bayangkn dia bercerita tentang saya kepada geng dia sambil gelak mngejek . Kakak saya kata ini cuma masalah psikologi . Masalahnua macam mna saya nk atasi sedangkn saya memang konfiden yg dia cuma berlakon baik di hadapan saya
Hairul Hissam says
Wslm.. samada benar mereka berlakon atau tidak.. samada benar mereka kutuk kita atau tidak, buat apa kita nak fikirkan. Dan buat apa nak fikirkan benda yang akan menyakitkan hati kita. dan buat apa nak fikirkan perkara yang merosakkan emosi dan mental kita secara bawah sedap. Ini semua hanya merugikan diri kita sendiri yg akhirnya menjadikan diri kita mengalami tekanan mental dan emosi. JIka kita terus didik diri kita berfikir spt ini, hidup kita akan lebih bermasalah nanti. So kena latih diri kita untuk stop fikir benda nie. Hanya buat serta fikir benda yg hanya mengembirakan diri kita shj. Itupun jika mahu hidup terus bahagia..
Puteriku says
Ada kawan baik saya…kitorang selalu bersama sama,sejak dia jumpa kawan baru ni..dia dh lupakan saya dan tinggalkan saya..dye ngn kwn dia tu tk abisΒ² kutuk sy..bila jumpa saya je mesti dikutuk..saya ni ibarat bagaikan di buang tepi jalanan,dicaci,dihina..
Tapi saya diam je..sy tk kutuk diorg tpi diorg yg kutuk sy…smpai lah skrg..bagaimana sy blh tempuhi semua tu??
Hairul Hissam says
Kena belajar melawan juga dengan cara yg berkhemah dan tidak keterlaluan…
dan Kena cari kawan2 baru dan ramai… baru mereka takut sikit..
Aree says
Panduan yang cukup bagus…motivasi buat peniaga memang bagus
Hairul Hissam says
semoga membantu…
Wana says
Tpi apa yg dikutuk tuh semunya btul,sy ada perasaan,dah tentu sy terasa,apa yg ptut sy lakukan?
Hairul Hissam says
Jauhkan org2 spesis yg suka mengutuk niee..tenang hidup…
Azralizer@Asra says
Huah!!!!ni lg sy x mau pegi skola smpai je kena kutuk..dahlah satu bas,satu kelas,sebelah meja,sekampung,sama je tempat ibadat smua tmpat d atas tue dah perna dah dia kutuk sy..dri thn 1-6 buli&kutuk siap citer lg kat kwn lain camna snangnyer dikutuknya sy masa tue,skang dah menengah pun x sanggup dah sy bap smuer akhirnya kutuk sy mcm apa yg diciter nya pd kengkawan dia..camna tue?????????
Hairul Hissam says
Kena cari ramai kawan.. semakin ramai kawan kita.. semakin takut org lain nak mengutuk atau memperlekehkan kita… kita pun akan jadi semakin berani..
nana says
Sayaa pun pernah drg cakap bapa saya tdk pandai membaca.. saya hanya diam saja…Apa perlu saya buat
Hairul Hissam says
jangan layan sgt.. cuma kena ramaikan lagi2 kawan2.. bila kawan2 kita ramai, org lain lebih gerun dan tak mengata kita..