Kiriman My1981 (Program Kongsi Resepi Dapat Duit Tajaan Blog Hairul.com)
Resepi kari ayam kashmir ini merupakan kiriman Puan My1981. Masakan style India nie mesti berempah dan sedap. Jom kita pelajarinya:
Bahan-Bahan Resepi Kari Ayam Kashmir ;
BAHAN A.
4 ulas bawang merah (hiris)
1 labu bawang besar (saiz sederhana)
3 ulas bawang putih (tumbuk)
1 inci halia (tumbuk)
1 batang serai (ketuk)
rempah 4 sekawan(secukup kegunaan)
1 tangkai daun kari
BAHAN B Resepi PES Kari Ayam
1 sudu besar serbuk cili(kalau xsuka pedas boleh kurangkan)
2 sudu besar rempah briyani
2 sudu besar rempah kari daging
jika guna tomato puri gaul sekali dgn bahan C
satukan semua bahan dan gaul dgn sedikit air utk dijadikan pes.
BAHAN C
3 sudu besar tomato puri(boleh gantikan dgn tomato>pastikan tomato yg btl2 masak@ranum)*potong dadu
2 biji ubi kentang (potong dadu)
setengah ekor ayam(saiz sederhana)
garam/serbuk pati ayam secukup rasa
air mengikut kegunaan/kuantiti ayam.
Cara-Cara Membuat Resepi Kari Ayam Kashmir;
1) gaul ayam dgn garam dan serbuk kunyit.goreng separuh masak.angkat dan ketepikan.
2) panaskan minyak,tumis bahan A hingga naik bau.kemudian masukkan PES.kacau sebati.
3) masukkan pula kentang dan tomato yg telah dipotong dadu.kacau seketika.
4) masukkan ayam dan tambahkan air.setelah mendidih.perasakan dgn garam secukupnya.masak sehingga kentang empuk.
5) setelah kuah agak pekat,matikan api.sedia untuk dihidangkan.
Hairul.com: Terima kasih kepada My1981 Kerana sudi berkongsi resepi kari ayam.
Leave a Reply