Lama juga saya kena alergik atau gegata nie. Yang paling teruk pada minggu kedua. Sampai tak boleh tidur kerana terlalu gatal-gatal. Alhamdulillah sekarang dah berkurangan sangat. Tapi sebelum saya cerita pengalaman menarik nie, jom tengok testimonial pembeli pakej bisnes air.

Petua Ubat Alergik Gegata dan Gatal-Gatal Dari Doktor Homeopathy
Lama giler saya kena alergik nie. Mungkin juga dari pokok kaktus yang baru diletakkan di rumah saya. Kebetulan tangan saya melecet dan pegang pula pokok kaktus yang berduri-duri tu. Mungkin bisanya meresap dalam tubuh saya kot dan menyebabkan alergik. Patutlah ada darah hitam beku pada jari tempat melecet tu. Lama juga darah beku tu hilang.
Pada mulanya keluar sedikit jee bintik-bintik macam kena gigitan nyamuk. Tak de lah gatal-gatal sangat. Minggu kedua. Perghhhh. Memang menyeksakan. Gatar giler. Satu badan pula tu. Sampai tak boleh tidur. Memang tak boleh dibiarkan. Bermacam-macam juga petua dari peniaga-peniaga makanan di tempat saya. Ada yang siap bagi lempoyang lagi. Tapi petua tradisional yang terbaik dari doktor homoepathy nie. Caranya bukan sahaja bagus, malah menjimatkan duit.
Cara doktor homeopathy nie menggunakan bawang putih. Hanya tumbuk bawang putih sahaja hingga lumat. Kemudian sapukan cecairnya pada bintik-bintik alergik tu. InsyaAllah berkurangan. Bawang putih merupakan bahan antibiotik yang terbaik. Kalau dapat bakar dalam oven dan makan, lagi bagus untuk kesihatan tubuh badan kita. Kerana ia meningkatkan keupayaan antibody di dalam tubuh kita. Klinik doktor homoepathy nie di bangunan mara kulai di tingkat bawah. Yang bagusnya doktor homoepathy nie menggunakan ubat-ubat dari herba. Itu yang saya suka.
Dan lagi cara yang sangat membantu mengurangkan alergik saya ialah sabun mandi madu propolis dari syarikat dherb terlajak laris. Secara jujurnya sabun nie memang bagus mengurangkan masalah alegik dan juga masalah kulit. Anda hanya perlu gunakan smeasa mandi sahaja. Memang berkesan ubat mengurangkan alergik nie. Semoga artikel ini bermanfaat yeee.
Hero Borneo says
sepanjang pengetahuan saya..perubatan homeopathy sangat bagus janji tahan dengan komplikasinya.
ubat yang diberikan itu akan menyebabkan penyakit bertambah teruk supaya akhirnya ia sembuh sepenuhnya secara perlahan-lahan
Hairul Hissam says
Saya pun suka cara perubatan homeopathy sebab guna herba.. Itulah yg terbaik utk kesihatan tubuh kita.. Masa saya kena gegata atau alergik tu, ada peniaga yg rekomenkan saya ke tempat tu..
Helmi Aliarit says
Saya pun ada allergi macam ni. Boleh terjadi tak kira masa, dalam setahun akan kena 1 ke 2 kali. Biasanya jika keadaan sejuk keadaan akan lebih teruk. Terima kasih kerana berkongsi untuk menggunakan bawang putih.
Hairul Hissam says
Saya pula terbaiik pula.. masa kena alergik atau gegata teruk, saya buka aircond kuat… kurang sikit gatalnya tapi badan sejuk laa pula.. heeee
akubiomed says
Orang tua-tua panggil kena sembut pontianak. Teringat arwah nenek akan sapu kapur sirih untuk menghilangkannya.
Hairul Hissam says
Ada makcik nasi berlauk pun kata kena sembur pontianak. ada kata tertegur pontianak. dia bagi petua tetak tangan dgn belakang pisau. Ada yang suruh gangang badan dgn api. Pelik juga petua org tua2 untuk merawat alergik atau gegata nie.
onlajer says
wah dengan bawang putih sahaja pun boleh mengubati gegata ni ya
Hairul Hissam says
InsyaAllah bro dengan inzinNya…
myrujukan says
saya x pernah mencuba lagi rawatan dari homeopathy, rasa menarik untuk dicuba
Hairul Hissam says
Ubat2 heomopathy comel2 jeee bentuknya bro.. 😀
Hafizul says
Terima kasih bro kongsikan..saya pun pernah kena..tapi mintak ubat klinik jer..tak tahu pulak bawang puteh boleh guna..hehe..lepas ni memang akan cuba kalau gatal tu kembali lagi..
Hairul Hissam says
Lepas nie tak perlulah ke klinik lagi.. jimat duit. heee
reezluv says
macam tu rupanya..kena banyakkan bawang putih ni kat rumah..macam nak halau drakula plak..ehee
Hairul Hissam says
Mmg banyak manfaat bawang putih nie pada kesihatan. Kira macam membunuh drakula yg kat dalam badan. heeee
Azzahairi says
Pernah kena alergik ni. Gatal yang amat sangat sampai kmerahan. Serik rasanya. Lepasni blh la guna bwang putih 🙂
Hairul Hissam says
Saya pun serik sangat kena pada permulaan. Semoga membantu menghilangkan allergik kalau kena lagi nanti..
omydroid says
baru pertama kali dengar..tq share petua ya..
Hairul Hissam says
semoga bermantaat.. tq